Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 5, 2023 @ 7:25pm

“Mungkin Lima Atau Enam Lagu Untuk Buat Muzik Video” – Siti Nurhaliza

Penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa gembira apabila senarai lagu dari album terbaharunya iaitu album Sitism mendapat tempat di hati pendengar.

Menurut Siti, pihaknya turut berasa sukar untuk membuat pilihan lagu manakah yang akan mempunyai video muzik (MV).

“Album Sitism ini best sebab ramai peminat buat pilihan yang berbeza, ada yang suka lagu Romansa Kita, Nadi, Magis, Ganti… jadi banyak pilihan mereka.

“Itu yang buat saya ‘happy’ sangat sebab lagu-lagu yang dipertaruhkan itu ada pecinta dan peminatnya tersendiri.

“Jadi kami juga ‘pening’ nak buat video muzik (MV) mana dahulu, Romansa Kita memang list single. Lagu pertama yang keluar adalah Menjaga Cintamu, lagu itu orang dah kenal dahulu.

“Kemudian Sehebat Matahari, dan Romansa Kita. Romansa Kita mungkin kita akan buat MV. Ini antara lagu yang pendengar suka,” katanya kepada XTRA, baru-baru ini.

Disoal mengenai lagu manakah yang bakal mempunyai video muzik, Siti mendedahkan dia dan team sudah buat penggambaran untuk beberapa lagu.

Tambah Siti, berkemungkinan separuh lagu daripada senarai penuh album Sitism itu akan mempunyai video muzik.

“Nantikan… saya dah macam… banyak pula MV nak buat.

“Banyak yang orang suka, mungkin saya akan pilih separuh, mungkin lima atau enam lagu untuk buat MV.

“Dua lagu saya dah buat penggambaran, nanti akan keluarkan. Alhamdulillah, MV Sehebat Matahari dapat tajaan, mereka bermurah hati untuk taja MV,” kongsinya teruja.

Mengulas mengenai kulit album album studio ke-20 itu, Siti menyifatkan kulit album bagi album Sitism antara yang terbaik pernah dihasilkan.

“Pada mulanya nak gunakan teknik AI (Artificial Intelligence) tapi ada beberapa halangan.

“Jadi terpaksa edit satu persatu dan jadikan seperti real. Kerja yang sangat rumit. Saya suka sangat idea tersebut, dengan suasana teknologi yang semakin canggih.

“Saya rasa cover album ini antara yang terbaik yang pernah dihasilkan,” ujarnya.

Terbaharu, Siti memuat naik video pendek di Instagram (IG) yang memaparkan teaser video muzik rasmi bagi lagu Sehebat Matahari yang bakal dilancarkan 10 Oktober ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Album Sitism memuatkan lagu Menyapa Dunia (Melly Goeslaw/Melly Goeslaw), Tanpa Diri-Mu (Luca Sickta/Luca Sickta & Siti Nurhaliza), Sehebat Matahari (Aubrey Suwito/Rozisangdewi), Ganti (Mingaling & Nuha Nik/ Amir Hasan & Nuha Nik), Romansa Kita (Sharon Paul/Rozisangdewi), Teratas (Tomok & Rudy Nastia/Fedtri Yahya), Menjaga Cintamu (Andi Rianto/Sekar Ayu Asmara) dan Magis (Mas Dewangga & Jova Devito/ Mas Dewangga & Jova Devito & Aden King), Senyawa (Farouk Roman/Senna), Kalau Berkasih (Glowrush & Tam Cobain & Mike Chan), Nadi (Mim Hamzah & Illi Diyana), Kusedari (Dato’ Sri Siti Nurhaliza/Habsah Hassan).

ARTIKEL BERKAITAN:Siti Nurhaliza Dedah Alami Masalah Peti Suara, Rakam Album Sitism Sebanyak Dua Kali

ARTIKEL BERKAITAN: Gabungan Istimewa Bersama Awie Pelengkap Album Deluxe Sitism Siti Nurhaliza

ARTIKEL BERKAITAN: Haters Kutuk Album Sitism Sebagai ‘Gila Isim’, Siti Nurhaliza Minta SKMM Siasat Akaun Pembenci – “Cantiknya Bahasa Kakak”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 30 Jan 2024
Featured Tue, 27 Jan 2026

Ibu Puteri Aishah Meninggal Dunia

Pelakon Puteri Aishah berkongsi semula hantaran rakan artis yang menzahirkan ucapan takziah diatas pemergian ibu tercinta, Norita Sulaiman pada Selasa.

Automobile Mon, 4 Mar 2019

Jangan Terlepas Untuk Menonton Rancangan Menarik Di Saluran DW Mac Ini!

Saluran rancangan Inggeris, DW tampil dengan pelbagai variasi rancangan menarik pada bulan ini

Trending Thu, 28 Nov 2019
Hiburan Wed, 14 Nov 2018

Zaibo Meninggal Dunia

Al-Fatihah…

Events Thu, 2 Jan 2020

「小巨肺」李佩玲与玛莎狂飙高音!嗨翻全场迎接新年

李佩玲和玛莎携手再登云顶云星剧场开唱!年仅19岁的两人不仅频频飙高音让歌迷听得过瘾,更是挑战多种语言和年代的歌曲,让全场嗨翻天迎接2020年。

Hiburan Thu, 21 Dec 2023
Events Fri, 27 Jul 2018

Jurnal Minggu Ke-2 : #daiTV3 Singkap Kehidupan Di Sebalik Tirai Besi

Dan, apa yang menariknya bukan layanan istimewa yang bakal-bakal dai’ kita ni dapat ya, mereka juga tidak terlepas dari mendapat layanan sama seperti penghuni tirai besi ini. Jom kita saksikan klip menarik #daiTV3 minggu ini!

error: Content is protected !!