Euforia Bola 2026
Events By: Atiqah Johari October 6, 2023 @ 5:13pm

Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia, OHBULAN! Lancar Kempen ‘Besties, Pape Roger’

Dalam usaha mewujudkan kesedaran rakyat Malaysia terhadap isu kesihatan mental, OHBULAN! dengan kerjasama Mental Illness Awareness and Support (MIASA) melancarkan Kempen Kesedaran Penyakit Mental, ‘Besties, Pape Roger’.

Kempen ini akan berlangsung selama sebulan seiring dengan sambutan ‘Hari Kesihatan Mental Sedunia’ yang diadakan pada tanggal 10 Oktober setiap tahun.

‘Besties, Pape Roger’ ini bertujuan untuk memberi maklumat yang tepat mengenai pengetahuan asas penyakit mental termasuk jenis-jenis, faktor risiko dan cara pengurusan yang berkesan.

Bukan itu sahaja, kempen ini juga bertujuan untuk memerangi stigma dan membongkar stereotaip untuk mencipta persekitaran yang lebih prihatin dan mempromosikan kesejahteraan holistik.

“Semua penyakit mental berpotensi untuk sembuh, namun mereka perlukan satu pendekatan menyeluruh dan rawatan secara konsisten dari masa ke semasa kerana simptom selalunya akan berulang. Oleh itu, setiap individu memerlukan jangka masa yang berbeza-beza untuk sembuh,” kata Anita Abu Bakar, Presiden dan Pengasas MIASA.

Kata Anita lagi, tidak mudah untuk seseorang menerima diagnosis masalah penyakit mental kerana ia hadir dengan pelbagai tanggapan dan label negatif malah ada yang berada di dalam fasa penolakan dan hilang keyakinan diri.

Menurut Hooi Yin Yin, Ketua Operasi dan Pemasaran, TikTok Malaysia, “Perubahan perlu dimulakan dengan dialog. Kempen ‘Besties, Pape Roger’ berakar umbi dengan kepercayaan bahawa perbualan yang jujur dan empati antara individu boleh memecahkan stigma mengenai kesihatan mental.

“Apabila kita mendorong perbualan yang jujur, ia membuka ruang kepada individu untuk berkongsi pengalaman, belajar dari satu sama lain, mencari bantuan dan jalan kepada kehidupan yang lebih sihat, selamat dan komuniti berdaya tahan,”

Noraniza Azmi, Ketua Kandungan, Rangkaian Bahasa Melayu di REV Media Group, berkata, “Isu kesihatan mental seakan-akan topik tabu dalam kalangan rakyat Malaysia dan rata-rata masih malu ataupun tidak tahu cara untuk mendapatkan bantuan yang sewajarnya. Oleh itu, inisiatif ini diharap
dapat membantu individu yang mengalami penyakit mental untuk mencari jalan penyelesaian.

“Selain itu, kempen ‘Besties, Pape Roger’ juga mahu menggalakkan komuniti untuk memahami individu yang mengalami masalah kesihatan mental melalui kandungan yang lebih mesra audiens dan mudah difahami.”

Susulan itu, OHBULAN! sebagai Laman Sosialtainment nombor satu di Malaysia menemu bual beberapa selebriti terkenal bagi berkongsi pengalaman mereka menangani isu penyakit mental.

Antaranya ialah Nadia Brian, Zynakal, Sharifah Sakinah, Shuhada Shukri dan Ayu Hot FM.

“Pihak editorial sangat berbesar hati apabila ramai selebriti dan juga pempengaruh terkenal tampil untuk berkongsi pengalaman peribadi mereka. Antaranya ialah Nadia Brian, Zynakal, Sharifah Sakinah, Shuhada Shukri, dan Ayu Hot FM.” Kata Azyan Shorlokman, Pengurus Kempen ‘Besties, Pape Roger’.

Beliau turut menekankan bahawa penting untuk umum mengetahui bahawa penyakit mental ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Oleh itu, pesakit tidak perlu malu untuk mendapatkan bantuan yang sewajarnya.

Selain daripada kandungan artikel, video dan media sosial khas untuk kempen, OHBULAN! menyediakan satu laman sesawang eksklusif berserta aplikasi yang membolehkan individu untuk meluahkan perasaan secara anonim. Menerusi platform tersebut, audiens dapat berkongsi kisah mereka tanpa rasa risau kerana tiada maklumat peribadi diperlukan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ohbulan.com/BestiesPapeRoger 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 30 Aug 2022

Disaran Ambil Dadah & Difitnah Kutip Sampah Dengan Ibu! Puteri Balqis Cadang Saman Netizen Tapi…

Kesiannya Aqish kena hadap komen netizen sampai macam tu sekali 😌 tapi kenapa tak jadi saman tu?

Featured Tue, 23 Nov 2021

Pemuda Kecewa Barang Yang Diterima Tidak Sama Seperti Dipesan Selepas Sebulan Menunggu

Pembelian barang secara atas talian semakin popular kerana ia lebih murah dan dapat menjimatkan masa di mana orang ramai boleh membeli pada bila-bila masa. Namun, banyak juga kes penipuan yang berlaku seperti barang tidak sampai […]

Featured Thu, 9 May 2024
Hiburan Tue, 5 Mar 2024
Trending Sat, 16 Oct 2021

“Pelakon Kurang Followers Pun Kami Okay, Asalkan…” – Penerbit Tak Kisah Jika Artis Tiada Akaun Media Sosial

Pengarah Urusan dan Penerbit syarikat produksi Dream At Work, Muhammad Razlan Ismail tidak mempunyai sebarang halangan untuk menjalin kerjasama dengan pelakon yang tidak mempunyai pengikut yang ramai ataupun artis yang tidak mempunyai akaun media sosial. […]

Featured Fri, 5 Feb 2021

“Ustaz Buka Mata Ramai Pemimpin.. ” – Pertemuan Ebit Lew Dan TMJ Dapat Perhatian Ramai

Semoga lebih ramai peminpin yang mencontohi sikap Ustaz Ebit Lew, sentiasa memberi tanpa mengharapkan balasan🤲🏻

Hiburan Mon, 27 Jan 2025

CSOIAM: Eylia Guntabid Tersingkir, 5 Peserta Berjaya Ke Separuh Akhir

Eylia Guntabid tersingkir di minggu suku akhir CSOIAM.

Featured Mon, 29 May 2023
error: Content is protected !!