Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 4, 2024 @ 11:51am

Kes Pembunuhan Sabari, Suspek Belanja RM16,000 Berjudi Di Batam

Suspek lelaki berusia 38 tahun yang dipercayai mencampak pesara kewangan FELCRA, Sabari Baharom, 62, dipercayai membelanjakan RM16,000 untuk berjudi di Batam, Indonesia, sebelum ditahan polis.

Menurut sumber, suspek bersama anak saudaranya yang berusia 26 tahun itu ke Batam selepas bertindak membunuh Sabari dan mengelurkan wang simpanannya berjumlah RM16,000.

Katanya, suspek terbabit juga didapati mengalami masalah ketagihan judi dan sering keluar negara bagi melakukan kegiatan berkenaan.

“Suspek dipercayai membunuh Sabari pada 4 September lalu, sebelum bertindak ke Batam, Indonesia untuk berjudi.

“Suspek dikatakan mengalami ketagihan judi dan turut bermain judi dalam talian,” katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, kedua-dua suspek dipercayai telah menghabiskan wang hasil samun mangsa disebuah kasino di sana sebelum berjaya ditangkap.

“Suspek dipercayai menghabiskan wang yang disamunnya dari mangsa di sebuah kasino sebelum pulang ke tanah air.

“Suspek dan anak saudaranya ditahan polis di kawasan sempadan di selatan tanah air pada Jumaat lalu, selepas tidak menyedari polis berjaya mengenal pasti identiti mereka,” jelasnya.

Terdahulu, Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh memaklumkan, operasi pencarian mayat Sabari dihentikan petang semalam, selepas polis gagal menemui sebarang petunjuk sejak tiga hari lalu.

Sabari dilaporkan hilang sejak 4 September lalu dan gagal dikesan sehingga kini.

Polis dalam kenyataan sebelum ini berkata, siasatan yang dilakukan berkaitan kes orang hilang yang membabitkan mangsa dan dilanjutkan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu bunuh.

Kehilangan mangsa menjadi persoalan oleh ahli keluarganya apabila kereta Proton Waja milik mangsa ditemui dibakar di kawasan pembuangan sampah di gaung Hutan Gubir, Sik, namun mangsa dilaporkan tiada di tempat kejadian.

Berikutan itu, ahli keluarga mengesyaki Sabari dilarikan individu tidak dikenali berikutan berlaku beberapa transaksi pemindahan wang dari akaun Tabung Haji milik mangsa ke akaun bank orang lain dalam tempoh dua hari selepas kehilangannya.

Pelbagai usaha mencari dilakukan oleh ahli keluarga namun Sabari masih gagal dikesan.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 29 Jan 2021
Hiburan Tue, 6 Aug 2019

Elak Cinta Lokasi, Ini ‘Strategi’ Shukri Yahaya!

Saya tahu had saya sebagai suami dan bapa…terbaiklah!

Hiburan Fri, 7 Mar 2025

“Akhirnya Allah Tunjukkan Kebenaran” – Ibu Solat Hajat Setiap Hari Selama 4 Bulan, Jual Barang Kemas Demi Selamatkan Eda Ezrin

Ibu Eda Ezrin meluahkan rasa syukur selepas mahkamah membebaskan anaknya, menantu serta empat individu lain daripada pertuduhan memiliki 6,059 biji pil yaba.

Trending Thu, 21 Oct 2021

REV Media Group Lancar Jenama Media Permainan & Hiburan dalam Bahasa Malaysia

Edisi serantau jenama media untuk permainan, hiburan dan budaya peminat terkemuka di dunia, IGN Southeast Asia kini lokal! Para peminat permainan video dan hiburan di Malaysia kini boleh mengakses maklumat eksklusif terkini, pratonton, temu bual, […]

Featured Sun, 25 Sep 2022

Scha Alyahya & Awal Ashaari Jumpa Lee Min Ho, Ramai Cemburu

Seronoknya, Scha & Awal jumpa Lee Min Ho!

Featured Sat, 25 Apr 2020
Hiburan Mon, 9 Apr 2018

Siti Aafiyah Satukan Dato’ Siti Nurhaliza Dengan Bekas Isteri Dato’ K

Dalam ruangan caption tersebut,  Dato’ Siti menyatakan beliau sangat hati menerima kunjungan bekas isteri Dato’ Khalid itu. Beliau juga mendoakan agar mereka sekeluarga sentiasa di berkati

error: Content is protected !!