Euforia Bola 2026
Trending By: Dhia Iwana July 13, 2024 @ 4:21pm

Gabungan Alternate Records Dan Universal Music Malaysia Bakal Kembangkan Industri Muzik Tempatan

Dua syarikat rakaman terkemuka Alternate Records dan syarikat rakaman antarabangsa, Universal Music Malaysia kini berkolaborasi mejadi rakan strategik pemasaran muzik tempatan.

Gabungan dua yang terjalin antara Alternate Record dan Universal Music Malaysia dijangka membawa revolusi dalam landskap tempatan serta membuka peluang baharu bagi artis-artis tempatan meluaskan bakat muzik mereka di peringkat domestik, serantau dan global.

Kerjasama dua label yang terkenal ini sebenarnya telah meletakkan satu anjakan paradigma yang bakal memperkenalkan perubahan baharu dalam industri muzik tempatan bagi memenuhi cita rasa penggemar muzik melalui gabungan kepakaran dua syarikat yang berbeza.

Menurut Kim Lim, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia berkata, pihaknya perlu bekerjasama dengan syarikat rakaman tempatan yang berjaya untuk membina sebuah ‘rumah’ kepada bakat baharu.

“Sebagai syarikat rakaman antarabangsa, kami sentiasa percaya bahawa kerjasama dengan syarikat rakaman tempatan yang berjaya seperti Alternate Records adalah penting bagi mencungkil bakat baharu agar kepelbagaian genre muzik dapat dihasilkan.

“Ia juga merupakan satu langkah penting dalam mengembangkan lagi industri muzik tanah air. Dengan menggbungkan kepakaran kedua-dua belah pihak, kami percaya kerjasama ini bakal meningkatkan lagi keupayaan dalam memahami selera tempatan sekali gus mengukuhkan lagi komitmen kami dalam menggalakkan inovasi dalam indsutri muzik,” katanya.

Tambahnya lagi, Alternate Records & Talents telah berjaya mencungkil bakat dan melahirkan beberapa artis, lagu dan runut bunyi yang menonjol dalam pasaran masa kini.

Antara artis yang telah dan bakal memulakan projek kerjasama ini termasuk Marsha Milan, Rahmad Mega, Puteri Khareeza, Sonaone, Ernie Zakri, Bella Astillah dan Ezra Kairo.

Sementara itu,Pengurus Besar Kanan, Penerbitan Filem, Muzik dan Kandungan Rancangan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Puan Shahila Shah Harun berkongsi keterujaan dengan kolaborasi ini.

“Alhamdulillah, gabungan antara Alternate Records dan Universal Music ini sebenarnya permulaan era baharu dalam industri muzik Malaysia dan ia semestinya bukan sahaja membuka peluang kepada artis sedia ada, tetapi juga membuka pintu kepada bakat-bakat baru yang mencari platform untuk menonjolkan potensi mereka.

“Usaha sama antara dua syarikat ini bakal memfokuskan kepada pengeluaran muzik yang lebih berani, segar dan relevan dengan kehendak pasaran semasa,” kata Shahila.

Kerjasama yang terjalin ini memberikan sinergi unik, menjana keharmonian yang membolehkan kepelbagaian budaya dalam muzik Malaysia untuk terys berkembang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 17 Sep 2022
Trending Mon, 25 Jan 2021

Shuk Sahar Sah Digantung Dari Hot FM

Siasatan masih dijalankan…

Featured Fri, 26 May 2023
Featured Wed, 22 Jun 2022

Didakwa Bertunang, Syamsul Yusof Dedah Status Terkini Dengan Ira Kaza

Cukuplah… beri mereka masa untuk settle cara baik.

Trending Thu, 26 Mar 2020
Hiburan Wed, 25 Aug 2021

Dayana Roza Selamat Lahirkan Anak Sulung Secara Pramatang, Beri Nama Astrid Raheeya

Pelakon Dayana Roza, 30, selamat melahirkan anak sulungnya secara pramatang pada 20 Julai lalu. Pemilik nama penuh Nur Dayana Kamsun Baharin selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.4 kilogram secara normal diberi nama Astrid Raheeya. “Sepatutnya […]

Trending Sun, 6 Jan 2019

Benarkah NASA Sembunyikan Ancaman NT7?

Marilah kita sama-sama berdoa agar dijauhkan dari bala bencana

Featured Wed, 16 Nov 2022

Mesra Berkempen, Ketampanan Shahril Hamdan Raih Tumpuan – “Kalau Single Baru Saya Pangkah”

Ahli politik, Shahril Sufian Hamdan merupakan salah seorang calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding di kerusi Parlimen Alor Gajah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU 15). @shahrilhamdan Rata-rata warga yang lebih berpengalaman daripada saya […]

error: Content is protected !!