Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 25, 2021 @ 6:32pm

Dayana Roza Selamat Lahirkan Anak Sulung Secara Pramatang, Beri Nama Astrid Raheeya

Pelakon Dayana Roza, 30, selamat melahirkan anak sulungnya secara pramatang pada 20 Julai lalu.

Pemilik nama penuh Nur Dayana Kamsun Baharin selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.4 kilogram secara normal diberi nama Astrid Raheeya.

“Sepatutnya saya melahirkan anak sulung pada bulan hadapan. Alhamdulillah, keadaan saya dan anak baik-baik sahaja. Semuanya okay dan terkawal.

“Cuma ikutkan perihal lahir tak cukup bulan ini sudah jadi perkara biasa dalam hidup keluarga saya. Saya sendiri lahir tak cukup bulan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dayana Roza (@dayanaroza)

“Malah adik saya pun mengalami situasi sama seperti saya dan anak. Jadi saya rasa tak pelik. Cuma syukur tak ada komplikasi yang terjadi kepada anak saya,” katanya yang menyambut kelahiran anak sulung pada sambutan Aidiladha yang lepas.

Cerita Dayana lagi, sebelum dia melahirkan anak pada jam 11 malam, dia begitu rancak menikmati hidangan makanan raya pada siang harinya.

“Saya bedal macam-macam termasuk lemang, rendang dan sebagainya. Sebelah petang sebelum dimasukkan ke hospital, saya sebenarnya mengalami pendarahan. Tapi tidaklah teruk sangat.

“Hinggalah membawa ke malam saya selamat melahirkan anak. Takut juga sebab saya lahir tak cukup bulan, bimbang apa-apa terjadi. Tapi semua baik baik saja. Seminggu juga saya bermalam di hospital,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dayana Roza (@dayanaroza)

Ditanya mengenai nama anak yang dipilih, ia adalah keputusan bersama suaminya.

“Astrid itu kalau dicari maksudnya di internet membawa maksud keindahan dan kekuatan. Raheeya pula diambil daripada nama arwah ibu suami saya.

“Cuma ejaan asal arwah ibu mentua dieja Rahiya. Tapi saya ubah ejaannya jadi Raheeya dan membawa maksud seperti setia serta penyayang,” katanya.

Dayana dan suami, A’dale Adham Ayahudin, 34, mendirikan rumah tangga pada 25 Disember tahun lalu.

Sumber: BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 18 May 2020
Hiburan Sat, 24 Mar 2018

Katanya Abam Kongkong Isteri Selepas Kahwin !

Betul ke Abam kongkong isterinya selepas berkahwin atau ada sebab disebaliknya? Pasti ada sebab kalau betul

Featured Sat, 4 Feb 2023
Featured Mon, 8 Jun 2026

“Saya Memang Against Poligami” – Edika Yusof Sebak Lihat Penderitaan Ibu

Edika Yusof menolak poligami kerana ibunya sendiri pernah berdepan dengan situasi itu.

Featured Mon, 20 Dec 2021

“Saya Tak Guna Aset Kerajaan” – Jovian Mandagie Jawab Isu Tular Diselamatkan Naik Helikopter

Tular isu berkenaan pereka fesyen dan usahawan terkenal, Datuk Jovian Mandagie yang didakwa menggunakan kemudahan helikopter diselamatkan daripada bencana banjir di Shah Alam kerana statusnya sebagai menantu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. […]

Hiburan Tue, 25 Jul 2023
Featured Wed, 5 Apr 2023

Wow! Siti Nurhaliza Iktiraf Aliff Syukri Penyanyi Nombor Satu Malaysia – “Saya Di Belakang Awak Ya”

Fuhhh! TokTi pun mengalah 🤣🤪 Bukan biasa biasa.. Kita bagi peluang ok guys buat Datuk Aliff 😌

error: Content is protected !!