Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 6, 2023 @ 2:11pm

Ceburkan Diri Sebagai ‘Tauke Konsert’ Di Singapura, Sufi Rashid Bakal Jayakan Konsert Galau… Ajak Orang Ramai Healing!

Penyanyi Sufi Rashid semakin melebarkan sayap dalam bidang perniagaan di negara kelahirannya, Singapura.

Masih selesa berkecimpung dalam bidang hiburan, Sufi kini bergelar Pengarah Urusan SAH Entertainment yang menganjurkan pelbagai konsert serta acara di Kota Singa.

Bakal menganjurkan Konsert Galau buat pertama kalinya di sana, Sufi menyifatkan penganjuran konsert tersebut bagaikan satu malam berkonsep ‘healing’ buat para penonton.

Menurut Sufi, penganjuran konsert yang akan diadakan pada 9 dan 16 Disember ini di Singapore EXPO itu telah direncanakan bersama sebuah unit komiti yang menyaksikan pemilihan barisan artis juga diundi oleh orang awam.

“Pemilihan artis-artis yang akan terlibat dalam konsert itu nanti bukan dibuat oleh pihak SAH Entertainment sahaja. Tetapi kami ada unit komiti yang digelar SAHabat untuk terlibat sama menguruskan pemilihan artis yang turut melibatkan undian orang awam.

“Boleh dikatakan, konsert ini adalah yang pertama kali seumpamanya diadakan di Singapura dan yang pertama di Asia yang menampilkan barisan 10 artis original atau kumpulan popular yang asal.

“SAH Entertainment memang komited mahu memastikan semua barisan asal artis ini ada untuk menjayakan konsert ini untuk menghiburkan peminat-peminat menerusi seleksi lagu-lagu galau masing-masing,” katanya.

Berkongsi lanjut mengenai konsert, kata Sufi, Konsert Galau akan menyatukan barisan 10 artis ternama dari tiga buah negara serantau iaitu Singapura, Malaysia dan Indonesia.

Antara artis yang terlibat dari Indonesia ialah Judika, kumpulan Noah, Setia Band, ST12, Cakra Khan, D’Masiv dan Kangen Band.

Manakala artis dari Malaysia pula adalah kumpulan Insomniacks dengan Sufi Rashid dan Taufik Batisah pula mewakili Singapura.

Bagaimanapun, kata Sufi, kehadiran kumpulan Noah untuk Konsert Galau kali ini khusus sebagai tribute kepada kumpulan Peterpan.

Ini bermakna, vokalis Noah, Ariel bakal membawakan lagu-lagu hits daripada kumpulan Peterpan istimewa bagi menghiburkan peminat yang akan hadir ke konsert berkenaan.

Selain itu, jelas Sufi, penganjuran konsert dengan konsep dua malam merupakan yang pertama kali dilakukan di negara tersebut dan ia merupakan antara keunikan yang ingin ditampilkan oleh SAH Entertainment buat warga Singapura termasuk negara serantau.

“Konsert dengan konsep penganjuran selama beberapa hari, paling minimum dua hari, sudah biasa dilakukan di Indonesia mahu pun di Malaysia.Tetapi, jika di Singapura, konsep seperti ini masih dianggap baharu.

“Jadi, saya hadir dengan inisiatif ini untuk mendidik warga Singapura dengan memperkenalkan konsep konsert seperti ini supaya mereka dapat turut sama berhibur sambil menyaksikan artis kesayangan menyanyikan lagu-lagu galau kegemaran mereka dalam sebuah festival yang meriah.

“Kiranya, tak perlulah lagi mereka terbang ke negara jiran semata-mata untuk menonton persembahan artis kesayangan mereka. Ini kerana Konsert Galau Singapura juga ada!”katanya.

Menyasarkan kehadiran seramai 12,000 penonton untuk dua malam penganjuran konsert tersebut, Sufi turut berharap orang ramai terutama peminat lagu-lagu galau sama ada dari Malaysia, Indonesia, Brunei atau di mana-mana sahaja dapat memberi sokongan untuk hadir ke konsert ini.

Meletakkan sasaran seramai 10,000 penonton untuk satu malam, Sufi berkata, penonton dan peminat yang hadir juga berpeluang memilih lokasi ruang mengikut tiga kategori yang disediakan.

Ia termasuk Zon Galau untuk pengalaman ‘Galau’ yang eksklusif, Zon Berdiri dan juga Zon Duduk.

Tiket dijual pada harga yang mampu milik dari $88 hingga $168. Tiket juga ditawarkan dengan diskaun 10% jika pembelian adalah untuk dua malam.

Pembelian tiket boleh dilakukan melalui www.sistic.com.sg

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 7 Oct 2018

ABPBH31: Tiga Hos Gila-Gila Kongsi Rasa Menjelang Malam Kemuncak

Tak sabar nak tengok gandingan Ajak, Janna Nick & Zara Zya di pentas ABPBH 31 yang disiarkan secara langsung menerusi TV3, jam 9 malam ini! Anugerah ini mempertaruhkan 13 kategori utama dan lima kategori online. Jangan lupa tonton okay.

Hiburan Fri, 5 Oct 2018

美国队长正式告别!网泪崩:他会死在《复仇者4》

「美国队长」克里斯伊凡斯完成《复仇者联盟4》的补拍工作,正式宣布高挂盾牌,离开扮演8年的​​美国队长角色!

Hiburan Sun, 11 Aug 2019
Hiburan Wed, 10 Oct 2018

Isteri Cantik Kenapa Jarang Tunjuk Di IG? Ini Alasan Paling Win Dari Isteri Jep Sepahtu

Macam-macam soalan ditanyakan pada artis ni erk…Pilihan masing-masing, ada yang gemar tayang pasangan, ada yang lebih ‘tertutup’. Tepuk dada, tanya selera!

Hiburan Sat, 27 Jan 2018

Kenapa Yuna Rahsiakan Perkahwinan

Betul ke Yuna rahsiakan perkahwinan dan kenapa perlu berbuat sebegitu

Hiburan Sun, 3 Jul 2022
Hiburan Wed, 4 Feb 2026

Kongsi Pengalaman Jadi ‘Rider’, Ezzaty Abdullah Cakna Kepentingan Perlindungan – “Saya Pernah Nampak Sendiri Kemalangan Melibatkan….”

Ezzaty Abdullah menyifatkan pengalaman menjayakan watak sebagai pemandu p-hailing sebagai satu ‘peringatan’

Featured Sat, 31 May 2025
Featured Thu, 6 Nov 2025
error: Content is protected !!