Euforia Bola 2026
Program TV By: Atiqah Johari October 7, 2023 @ 4:23pm

Famili Duo 3: Anggap Ryan & Adam Bakery Jadi Cabaran Utama! Siapakah Pasangan Duo Ke-6 Ini?

Pasangan duo ke enam ini memang meletop! Mereka sememangnya dikenali sebagai penghibur serba boleh! Berlakon boleh… menyanyi… pandai masak… melawakk… bersukan… pempengaruh… menari pun boleh! Hebat betul! Siapakah mereka ini?

Namun begitu, pasangan misteri ini menyatakan bahawa cabaran utama mereka dalam Famili Duo 3 ini adalah pasangan Ryan dan Adam Bakery!

“Cabaran utama kami dalam Famili Duo 3 ini nanti adalah pasangan Ryan dan Adam Bakery!,” itulah ungkapan yang keluar dari mulut pasangan duo keenam ini.

Kata pasangan duo keenam ini, mereka berasa gementar bila menyertai mana-mana program realiti walaupun sudah lebih sedekad terlibat dalam industri seni.

“Kami dah sedekad terlibat dalam bidang seni. Masa mula-mula dapat kritikan dari orang ramai terutamanya kritikan daripada juri, memang kami berasa sangat down (sedih). Tapi lama-kelamaan kritikan ini menjadi asam garam buat kami dan terimanya sebagai teguran positif yang dapat menyuntik semangat kami. Nak kata nervous (gementar) memang nervous bila menyertai mana-mana program realiti, walaupun dah lama dalam industri seni. Nak tak nak memang kena hadapi perasaan itu. Tapi kami anggap ia seperti satu perasaan nervous yang sangat best (seronok).” ujar mereka.

Ramai yang tertanya-tanya apakah keistimewaan pasangan keenam ini. Adakah petunjuk yang diberikan dapat menjawab teka-teki ini sebelum episod pertama bermula? Nantikan kemunculan pasangan duo terakhir ini pada 15 Oktober, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store. Gunakan hashtag #FamiliDuo2023 #FamiliDuoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial media.

Lima pasangan telah diumumkan untuk bertarung di pentas Famili Duo 3 iaitu Shila Amzah & Syahir Amzah (adik-beradik), Adira & Emma Suhaimi (adik-beradik), Fuad Rahman & Tom (suami isteri), Ryan Bakery & Adam Bakery (adik-beradik), Haqiem Rusli & Ariff Bahran (sepupu).

Famili Duo 3 ini dibawakan khas oleh penaja utama OGAWA, penaja bersama Elegant Cosmetics, dan rakan penaja Centrum Multivitamin. Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan! dan XTRA sebagai Famili Digital, serta Hot FM sebagai Famili Radio.

Musim terbaharu yang lebih menyengat ini diterajui oleh Russell Mark Rodrigues sebagai pengurus projek, Muhamad Sufian Che Isa sebagai penerbit eksekutif dan Noradillah Binti Abdullah sebagai penerbit.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, jangan lupa ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia serta TikTok @TV3MalaysiaOfficial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 12 Jun 2018

Wow! Gambar Trump – Jong Un Bersalam Jadi Perhatian

presiden Donald Trump dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, berjabat tangan dan tersenyum ketika memulakan pertemuan bersejarah, sebentar tadi.

Hiburan Thu, 27 Mar 2025

Nabil Ahmad Dedah Menangis Di Masjid Selepas Dapat Berita Sedih, Berzikir & Beramal Sepanjang Tempoh Direhatkan

Nabil Ahmad hanya menumpukan ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan selepas berdepan dengan kontroversi.

Hiburan Fri, 6 Jun 2025

“Kalau Ada Rezeki, Saya Akan Umumkan” – Ernie Zakri Bakal Berduet Dengan Siti Nurhaliza?

Ernie Zakri pasang impian duet dengan Siti Nurhaliza dalam album Sahabat

Cahaya Mata Thu, 20 Jul 2023

Isteri Yonnyboi Selamat Melahirkan Cahaya Mata Pertama, Diberi Nama Panggilan Kairo

Alhamdulillah congrats Yonny & Nik Nazira! Sempat tengok Barbie lagi tu

Featured Tue, 29 Apr 2025
Trending Wed, 20 Dec 2023
Trending Mon, 9 Dec 2019

Wanita Dipenggal & Dijamah Otak Gara-Gara Cakap Bahasa Inggeris

Alamak kena berjaga-jaga bila bercakap selepas ini.

error: Content is protected !!