Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain October 10, 2023 @ 11:16am

Ben Amir Dedah Alami Masalah Penglihatan, Kemalangan Di Set Penggambaran Jadi Punca – “Saya Hampir Buta”

Pelakon Ben Amir akhirnya tampil berkongsi tentang masalah kesihatan matanya yang menjadi tanda tanya orang ramai sejak tahun lalu.

Perkara itu telah didedahkan secara eksklusif oleh Ben ketika membuat sesi podcast bersama Amelia Henderson di Studio Sembang, baru-baru ini.

Menurut Ben, kejadian berlaku ketika dia sedang menjalani penggambaran untuk sebuah naskhah yang sangat diidamkannya selama bergelar anak seni.

Enggan mengulas lanjut situasi ketika kejadian, Ben menyatakan ketika itu dia hanya berfikir kerjaya seninya akan berakhir selepas insiden itu berlaku.

“Ada kemalangan yang berlaku ketika saya ditawarkan untuk membawa watak yang saya saya impikan. Saya tak boleh bercerita detail tapi saya ingat bila saya jatuh benda pertama yang terlintas dalam kepala saya, saya ingat karier saya dah berakhir.

“Sebab masa tu saya dah buta dah ketika itu. Perkara itu baru je lagi dalam tahun lepas ke dua tahun lepas. Saya fikir macam mana saya nak kerja lepas ni? Sebab bila berlakon muka kita tu adalah produk.

“Bila saya jatuh macam tu saya tak cakap langsung. Semua orang panik tapi saya diam je dan hanya berfikir apa saya nak buat lepas ni dan kerjaya saya,” katanya.

Tambah Ben, dia akur sekiranya sebelah matanya buta namun selepas membuat pemeriksaan bersama pakar, pihak hospital menasihatkannya untuk melakukan pembedahan dengan segera.

“Saya hanya fikir yang saya akan buta sebelah mata sebab sakit sangat. Kemudian, lepas ke hospital saya memang dah terima saya dah buta. Lepas doktor dah cuci mata dan periksa mata doktor suruh saya buat pembedahan.

“Ketika itu pakar kata saya ada dua pilihan sebab dalam mata saya dah berdarah. Nak tak nak, saya nak biarkan darah tu sendiri yang mengambil masa satu bulan.

“Tapi kalau dalam masa satu bulan tu ada jangkitan kuman saya akan buta. Yang kedua, saya kena buat pembedahan secepat mungkin tapi ada juga kemungkinan saya akan buta. Bagi saya, kalau buat ke tak saya akan buta juga,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: 20% Mata Kiri Alami Kerosakan Akibat Lakon Babak Aksi, Ben Amir Akui Tertekan 

ARTIKEL BERKAITAN: “Proses Pemulihan Sangat Sukar” – Mata Kiri Ben Amir Hampir Buta

ARTIKEL BERKAITAN: Ben Amir Jalani Pembedahan Selepas 3 Minggu Tanggung Rasa Sakit!

Mengakui tragedi itu sedikit sebanyak menjejaskan emosi dan mentalnya, Ben tetap bersyukur proses pembedahan matanya berjalan dengan lancar meskipun kini penglihatan sebelah matanya kabur.

“Ketika itu first time saya rasa nak menangis tapi tak boleh menangis. Saya tak pernah rasa macam tu. Jadi saya buat surgery.

“Kemudian doktor pun bagitahu ada dua jenis pembedahan. Pertama pembedahan yang normal, memang takda masalah. Kedua, kena letak gas dalam mata tapi kena tidur meniarap.

“Saya ketika itu merayu kat doktor untuk tak letakkan gas pada mata saya sebab saya hidup seorang. Bila sedar dari pembedahan tu benda pertama yang saya tanya doktor tanya letak gas ke tak dan saya lega doktor tak letak.

“Tempoh pemulihan tu mengambil masa dua tahun. Sepanjang nak sembuh tu lah yang paling mencabar. Saya depress, makan banyak ubat, sakit sendi semuanya. Doktor sarankan saya berehat.

“Lepas semua benda ni jadi. Saya belajar yang kita tak boleh control hidup kita. Tapi kita boleh kawal apa yang jadi lepastu. Dan saya berlawan dengan diri sendiri untuk naikkan semangat sendiri dan jadi positif,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 9 Dec 2022
Featured Wed, 30 Apr 2025

Blood Brothers: Bara Naga Terus Gegar Panggung, Raih RM62 Juta Dalam 20 Hari!

Filem aksi itu terus meraih kutipan tertinggi selepas 20 hari tayangan.

Contest Wed, 17 Apr 2019

Lagu Cinta Kita Kini Di Youtube!

Korang nak tengok bagaimana agaknya peserta ini memilih pasangan mereka? Saksikan Lagu Cinta kita hanya di Youtube

Hiburan Mon, 6 Apr 2020

“Saya Anggap Ini Ujian Allah” – PU Rizz Redha Positif COVID-19

Sama-sama kita doakan mereka yang positif segera diberikan kesembuhan Amin.

Selebriti Tue, 6 Jun 2023
Featured Thu, 24 Jul 2025

Siti Nurhaliza Dedah Beli ‘Head Piece’ Di TikTok – “Murah Sangat, Saya Suka!”

Siti Nurhaliza spill the tea, beli headpiece di TikTok.

Hiburan Sat, 20 Apr 2024
Hiburan Thu, 7 Jun 2018

Respon Mereka Positif – Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza juga diminta untuk menulis semula memorandum tentang apa yang beliau sampaikan untuk dibincangkan…

Featured Tue, 30 Aug 2022

Disaran Ambil Dadah & Difitnah Kutip Sampah Dengan Ibu! Puteri Balqis Cadang Saman Netizen Tapi…

Kesiannya Aqish kena hadap komen netizen sampai macam tu sekali 😌 tapi kenapa tak jadi saman tu?

error: Content is protected !!