Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain October 10, 2023 @ 10:44am

Tiada Halangan Bertemu Anak, Adam Shahz Lega

Pelakon Adam Shahz meluahkan rasa lega kerana dapat berjumpa anak perempuannya, Ivy Herra Sophia, 8, tanpa sebarang halangan meskipun hak penjagaan penuh masih lagi dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Menurut Adam, dia sudah pun bertemu Ivy beberapa kali selepas perbicaraan di mahkamah walaupun hak penjagaan interim berpihak kepada bekas isteri iaitu pelakon, Fatin Afeefa.

“Alhamdulillah, setakat ini saya dah tiada masalah untuk berjumpa dengan anak atau mengambilnya untuk dibawa keluar berjalan. Selepas proses perbicaraan haritu pun saya dah beberapa kali berjumpa anak saya.

“Bila-bila masa yang saya free saya hanya beritahu saja kepada bekas isteri, dah boleh jumpa Ivy,” katanya.

Tambah Adam, dia hanya inginkan hak untuk berjumpa anaknya sahaja dan akur sekiranya mahkamah memutuskan Fatin mendapat hak penjagaan sepenuhnya terhadap anaknya.

“Sebagai bapa, saya sebenarnya hanya mahukan hak berjumpa anak saja. Bukan nak bergaduh atau berebut pun. Sebab itu, saya juga bersetuju untuk memberi hak penjagaan interim Ivy kepada ibunya asalkan itu yang terbaik.

“Saya juga menyerahkan segala keputusan berhubung hak penjagaan penuh itu pada mahkamah kerana apa yang paling utama, kami adalah ibu bapa kandung Ivy.

“Jika keputusan itu nanti berpihak kepada ibunya, saya akan terima dengan baik,” jelasnya.

Sebelum ini, Adam telah memfailkan tuntutan hak penjagaan ke atas Ivy daripada Fatin Afeefa selepas mendakwa lebih dua bulan tidak dapat berjumpa dengan anak tunggalnya itu.

Adam bagaimanapun melahirkan rasa syukur kerana akhirnya bekas isterinya itu sudi memberi peluang untuk bertemu dengan anaknya setiap kali cuti sekolah selepas prosiding mahkamah berlangsung, pada Julai lalu.

Pada 15 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memutuskan Fatin mendapat hak penjagaan interim.

Adam dan Fatin mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013, namun sah bercerai pada 2017.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 25 Jul 2018

Kapsyen Nadzmi Adhwa Untuk Ardell Aryana Buat Ramai Netizen Bersemut

Nadzmi Adhwa sekali lagi mencuri perhatian peminat apabila sekali lagi video berdurasi kurang daripada 1 minit itu beserta dengan caption yang pastinya membuat semua peminat dan followers beliau cair.

Hiburan Thu, 2 Jan 2025

[VIDEO] Raisuddin Ajar Talita Menyanyi Teknik Baring Sama Seperti Allahyarham Siti Sarah – “Mengimbau Balik Kenangan”

Raisuddin Hamzah sebak kenang memori mengajar Allahyarham Siti Sarah menyanyi duduk

Hiburan Fri, 11 Jul 2025
Hiburan Sat, 20 Sep 2025

Kak KM Borong Sejadah Cecah RM50,000

Kak KM borong sejadah berjumlah RM50,000

error: Content is protected !!