Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari October 11, 2023 @ 7:32pm

Perlu Lirik Lucah Dalam Lagu Jika Mahu Mesej Sampai, ALYPH Tak Sokong Kalau Sekadar Nak ‘Viral’

Sebelum ini, ada individu yang mendakwa lagu berjudul Malampagi mempunyai mesej yang berunsurkan kemaksiatan dan kelucahan.

Artikel Berkaitan: Individu Dakwa Lagu Malampagi Berbaur Unsur Lucah, Nadhir Nasar Tampil Beri Penjelasan – “Mungkin Keterlaluan, Tapi Itulah Realiti Sebenar”

Oleh itu, penyanyi rap popular ALYPH berpandangan bahawa unsur-unsur tersebut diperlukan untuk memastikan mesej yang ingin disampaikan jelas kepada pendengar.

Walaubagaimanapun, ALYPH tidak menyokong jika unsur negatif tersebut digunakan dalam lagu sekadar untuk meraih perhatian dan menganggap tindakan tersebut sebagai murahan.

“Kalau kita (penulis) jujur nak sampaikan mesej tu dan ia memerlukan untuk menggunakan benda-benda lucah ni saya rasa ia perlulah sebab kalau kita ubah benda itu ia takkan rasa sama mungkin mesej tak akan sampai.

“Melainkan kita guna lucah semata-mata untuk viral ataupun nak relevan benda itu saya tak sokong, benda itu murahan sesiapa pun boleh buat macam tu.

“Kalau ada isi, terpaksa kita tabah dengan pendapat audiens… ada yang faham, ada yang tak faham dan ada yang akan faham dengan masa. Itulah seni muzik, kalau tak ada perbincangan industri muzik takkan berkembang,” katanya.

Malah, pelantun lagu SWIPE ini turut berpendapat bahawa lagu Malampagi sebenarnya memberi gambaran realiti kehidupan sesetengah individu.

“Lagu Malampagi itu dia tengah menggambarkan sebuah situasi dalam hidup. Tipulah kalau kita kata tak kenal orang yang hidup macam itu atau tak ada orang yang mengalami hidup macam lagu itu.

“Kalau tiada, tak ada orang pun akan dengar lagu Malampagi. Jadi, ia sangat dekat dengan sesetengah orang.

“Of course dari segi agama ia tidak sesuai dan kurang selesa tapi dari segi muzik saya rasa benda-benda ini kita perlu tabah tengok apa akan jadi selepas ini,” ujarnya lagi kepada XTRA.

Dalam perkembangan lain, ALYPH baru sahaja melancarkan sebuah single baharu yang berjudul HEAT pada dua minggu lalu selepas kejayaan single CHECK dan SWIPE.

HEAT menceritakan tentang mencari tenaga selepas berehat seketika dan sedikit sebanyak mengenai kehidupannya sebagai pejuang hip-hop.

Oleh itu, HEAT kini boleh didengar menerusi semua platform penstriman muzik manakala muzik video single ini boleh ditonton di saluran Youtube.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 13 Dec 2024

“Dia Terus Hilang Begitu Saja” – Konflik Dengan Ruhainies, Chacha Maembong Kekal Profesional

Ruhainies terus menghilang selepas konflik bersama Chacha Maembong

Trending Wed, 27 Dec 2023

Gara-Gara Mahu Mengambil Baju Di Balkoni, Penuntut Universiti Terjatuh Dari Tingkat 34

Jadi pengajaran buat semua…hati-hati semasa nak ambil baju tu🥺

Hiburan Sat, 5 May 2018

Sambut Ulang Tahun Ke 6, Awal Luah Rasa Kepada Isteri!

Tepat waktu ini, enam tahun yang lalu, saya telah berjanji menjaga, mencintai dan menyayangi dia, Sharifah Nor Azean dengan sepenuh jiwa raga. Sweet tau!

Hiburan Mon, 29 Jul 2024
Hiburan Fri, 10 Aug 2018

Azhar Sulaiman ‘Tegur’ Pelakon Suka Memilih

Jangan rasa industri seni di Malaysia macam di Hollywood walhal tidak. Ramai yang berada dalam bidang ini suka berangan.

Featured Fri, 23 Sep 2022

Bob Lokman Meninggal Dunia

Salam Takziah. Al-Fatihah 🥀

Featured Fri, 8 Oct 2021
error: Content is protected !!