Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 12, 2023 @ 5:46pm

“Aku Ni 13 Tahun Kerja, Luar Dalam Korang Aku Tahu!” – Pengurus Peribadi Shila Amzah Bengang Digelar ‘Balaci’, Label Syafiq Gangster Langat

Pengurus peribadi Shila Amzah iaitu, Aini Shuhaidah berasa kurang senang dengan tuduhan dan gelaran yang diberikan oleh adik lelaki sulung kepada penyanyi popular, Shila Amzah iaitu Amir Shafiq  Amzah terhadap dirinya.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGS), Aini memaklumkan panggilan ‘Balaci’ yang diberikan Shafiq amat keterlaluan dan melampau.

Malah, Aini kelihatan mendedahkan sikap sebenar Shafiq sepanjang isu kontroversi membabitkan pelantun lagu Patah Seribu itu tular sejak kebelakangan ini.

“Aku balaci? Mak aku tak ajar aku? Cantik Shafiq Amzah. Game on @mamazie68, @syadaamzah.

“Perkenalkan Shafiq Amzah! Sorry guys, bod*h dia memang pekat sikit.. Eh sorry pekat banyak. Jom kita cari bank yang guna budi bicara tu. Paling faham business adalah dari orang yang paling sembang kencang. Sini PA balaci bagi kau famous.

“Aku pun tak puas hati dengan kau Shafiq Amzah. Balaci ni ajak kau jumpa, kau duduk je dalam rumah. Takde pula nak keluar. Aku diam dari awal sampai lah Datin Fauziah aka mak kau petik nama mak aku dulu. 

“Panggil aku anak tak berguna. Kau pun blah semalam tak ada pula tunggu sampai benda settle. Kata gangster, paling tinggi kau boleh buat whatsapp aku dari dalam rumah. Lepastu block aku! Maaf aku lupa kau gangster Langat. Gangster pukul perempuan,” katanya.

Dalam hantaran sama, Aini juga menjelaskan sepanjang 13 tahun bekerja segala rahsia peribadi keluarga Shafiq masih tersimpan rapi, namun kesabaran dan rasa hormat terhadap keluarga tersebut seolah-olah sudah ‘mati’ susulan gelaran melampau yang diberikan kepadanya.

“Aku ni 13 tahun kerja, luar dalam kau orang semua ada dekat tangan aku. Aku selama ni sabar je dengan perangai sorang-sorang. Macam-macam benda aku buat yang bukan kerja aku pun aku buat. 

“Aku diam je tak kacau hidup kau orang. Kau sedap panggil aku balaci.

“Sabar dan respect aku dah habis sejak semalam. Sampai mati aku ingat each and everyone of you,” jelasnya.

Terdahulu, Shafiq mendakwa orang terdekat dengan kakaknya pernah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap ibu mereka sekaligus menuduh Shila berniat menjual rumah banglo milik keluarga mereka kerana memiliki nilai tinggi dalam pasaran.

Artikel Berkaitan: “Rasa Macam Kita Ni Haiwan Strays… Dah Kena Buang, Kena Halau Lagi” – Syada Amzah Bagi Hint Rumah Nak Kena Jual?

Artikel Berkaitan: Dah Guna Kuasa Veto, Shila Amzah Nafi Halau Keluarga… Dedah Tujuan Sebenar Mahu Jual Rumah – “Bila Ibu Bapa Cerai, Rumah Tu Banyak Kisah Silam Yang Kita Tak Nak Ingat”

Artikel Berkaitan: Ubai MZ Dedah Derita Shila Amzah – “Tanggung Bekas Suami, Bekerja Di Awal Usia 10 Tahun, Tak Pernah Pegang Duit, Kad Bank & IC Sendiri Sehingga…”

Artikel Berkaitan: Adik Lelaki Dakwa Shila Amzah Tendang Pintu Rumah & Gelar Ibu Tak Ada Otak?

Artikel Berkaitan: Bekas Adik Ipar Tampil Pertahan Shila Amzah, Dakwa Bekas Suami Tiada Kerja Tetap & Culas Bayar Nafkah Anak… Amir Syafiq Bertindak Kunci Mulut?

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 31 Jul 2024
Events Thu, 5 Jun 2025

AIM24 Perkenal 3 Kategori Baharu, Ketepi Syarat Lama & Habuan Lebih Besar Menanti Pemenang

Kategori baharu ini pengiktirafan terhadap usaha dan kreativiti bakat tempatan teroka pasaran luar.

Events Tue, 12 Mar 2019

National Geographic Earth Day Run to Combat Single-use Plastics

What better way to save the earth and get rid of single-use plastics!

Featured Wed, 9 Nov 2022

Netizen Terkejut Ara Johari Ungkap Kata-Kata Jiwang – “Jarang Eh Bagi Ayat Macam Ni”

Penyanyi terkenal, Ara Johari membuatkan peminatnya terkejut selepas dia memberikan kata-kata yang mengulas mengenai mencari kebahagiaan di dalam kehidupan. @arajohariofficial Bulu mata pun tak tenang 😂 #fypシ #pastitiba ♬ Pasti Tiba – Ara Johari Menerusi […]

Featured Fri, 15 Apr 2022
Hiburan Sat, 20 Oct 2018

周杰伦「惊喜现身」任贤齐演唱会?

早前因电影拍摄增胖至100公斤的任贤齐,成功在来马开唱前甩肥肉“这趟行程我只能吃鸡胸肉和青菜”;而演唱会更是邀请到「超级巨星」九孔,一人分饰周杰伦、费玉清和Mc HotDog,闹翻全场。

Hiburan Fri, 9 Feb 2024
Trending Mon, 27 May 2024

‘Cardiac Arrest’ Punca Kematian, Ibu Nabil Zamanhuri Reda

Semoga Nabil ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman

Hiburan Fri, 6 Sep 2019
error: Content is protected !!