Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 3, 2025 @ 2:25pm

Norlia Ghani Tepis Dakwaan Allahyarham P Ramlee Hidup Susah Sebelum Meninggal Dunia – “Tak Adalah Sampai Papa Kedana Pun”

Pelakon senior, Norlia Ghani tampil menepis dakwaan segelintir pihak terhadap yang mengatakan seniman agung negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee melalui kehidupan susah sebelum meninggal dunia.

Menerusi temu bual podcast ‘Legasi Podcast’, Norlia menjelaskan Allahyarham P Ramlee menerima tawaran untuk membuat persembahan meskipun ketika itu berada di fasa kejatuhan.

“Itu semua tipu sebab walaupun berada di fasa kejatuhan, arwah tetap dipanggil untuk membuat ‘show’ dan sebagainya. Kemudian, tak adalah pula dia sampai nak kena minta pada orang untuk makan ke apa.

“Dia masih lagi boleh buat lagu dan mengarang juga ketika itu. Lagu arwah pula ada bayaran ‘royalty’ dan tak adalah sampai papa kedana pun,” jelasnya.

Ibu kepada aktor Rusdi Ramli ini turut mempertikaikan bagaimana ada pihak membuat cerita mengenai pelantun lagu popular Bunyi Gitar itu dikatakan hidup susah.

“Jadi, saya tak faham yang sampai hari ini pun ada juga pihak boleh cakap macam itu,” ujarnya.

@legasipodcast

Itu semua tipu! Wajib tonton dalam Episod 19 Legasi; Sembang, Sambung! Tonton Episod baru minggu ini bersama Adlin Aman Ramlie & Dato Khairul Anwar Salleh di Youtube Legasi Podcast. LegasiPodcast FYP NorliaGhani AdlinAmanRamlie KhairulAnwarSalleh nusapodcast nusamedia pramleetrilogy

♬ original sound – Legasi Podcast – Legasi Podcast

Sekadar info, Allahyarham P. Ramlee menghembuskan nafas terakhir pada 29 Mei 1973 akibat serangan jantung.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 7 Mar 2025

Projek 100 Lagu 100 Tahun Hidupkan Semula Warisan Muzik Melayu

Melalui projek ini, lagu-lagu yang memberi impak besar dalam sejarah muzik tempatan akan dipersembahkan semula dalam versi kontemporari.

Hiburan Fri, 31 Jan 2020
Hiburan Wed, 21 Mar 2018

Ini Alasan Ismail Izzani Tak Mahu Ambil SPM

Selebriti Ismail Izzani dilaporkan bakal melanjutkan pelajaran di kolej swasta. Akuinya lagi, keputusan dibuat memandangkan dia bukan seorang yang suka belajar.

Trending Tue, 8 Oct 2019

Bayi Pertama Menerusi Pemindahan Embrio Lahir di HSNZ

Bayi Pertama Menerusi Pemindahan Embrio Selepas Dibeku Enam Tahun Lahir Di HSNZ

Events Tue, 12 Feb 2019

Learning New Skills With Your Loved One Will Be Sure to Strengthen Bond

Here are a few workshops you can join with your partner.

error: Content is protected !!