Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal October 8, 2019 @ 10:14am

Bayi Pertama Menerusi Pemindahan Embrio Lahir di HSNZ

Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini melakar sejarah apabila bayi pertama hasil prosedur pemindahan embrio yang dibekukan (FET)  selama enam tahun selamat dilahirkan dihospital itu semalam.

Kelahiran bayi lelaki  itu bukan sahaja menggembirakan ibu bapanya, Mohd Yuhairi Haniff Yoon, 37, dan Noor’adn Muhammad, 38, malah turut menggembirakan warga kerja HSNZ kerana ia menjadi satu lagi kejayaan dalam kaedah persenyawaan In Vitro Fertilisation (IVF) atau dikenali bayi tabung uji di hospital berkenaan.

Ketua pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G)  hospital itu  Dr Nasuha Yaacob berkata kebiasaannya, prosedur FET  dilakukan dalam tempoh purata antara satu hingga tiga tahun dari tempoh pembekuan, dengan maksimum selama lima tahun.

“Pasangan ini bertuah kerana selepas dibekukan enam tahun, embrio ini masih berkualiti dan berjaya dilahirkan,” katanya.

Beliau berkata bayi lelaki tersebut merupakan  bayi ke-20 yang dilahirkan menerusi IVF pada tahun ini dan bayi yang ke-118 sejak Unit Perawatan Reproduktif HSNZ ditubuhkan pada tahun 2009.

Noor’adn berkata kelahiran bayi lelaki seberat 3.34 kilogram itu adalah anugerah Allah untuk beliau dan suami setelah menunggu lebih 13 tahun untuk mendapatkan cahaya mata pertama mereka.

“Saya mula menjalani rawatan IVF pada 2012 dan berjaya hamil pada tahun tersebut namun kandungan saya gugur pada usia dua bulan diikuti pada Julai 2013, kehamilan bayi kembar saya cuma bertahan pada usia 20 minggu.

“Selepas keguguran bayi kembar pada 2013 itu, memang saya sedikit trauma untuk meneruskan rawatan, setelah berbincang dengan suami, kami sepakat mahu mengambil masa selama lima tahun untuk berehat agar benar-benar bersedia mental dan fizikal untuk rawatan seterusnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru Serada itu berkata beliau sangat berterima kasih kepada HSNZ terutama kumpulan pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) yang diketuai Dr Nasuha Yaacob kerana melayannya dengan baik sepanjang rawatan.

“Selepas mengalami dua kali keguguran (terakhir 2013), saya mulakan lagi rawatan dengan embrio beku dimasukkan pada Disember 2018 namun gagal. Siapa sangka dalam percubaan kali keempat iaitu pada 27 Januari 2019, barulah saya disahkan hamil dua minggu kemudian.

“Sejak itu, saya mengambil cuti tanpa gaji dan mengamalkan pemakanan sihat serta mengelak perjalanan jarak jauh agar kandungan kali ini selamat dilahirkan,” katanya yang belum memuktamadkan nama bayi sulung tersebut.

Di Malaysia, hanya terdapat empat hospital kerajaan yang menawarkan perubatan teknik IVF iaitu HSNZ bagi Zon Pantai Timur, Hospital Kuala Lumpur (Zon Tengah), Hospital Sultanah Bahiyah (Zon Utara) dan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (Sabah dan Sarawak).

Sumber: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 15 Jun 2026

Siti Nordiana Berat Hati Lepaskan Anak Lanjut Pelajaran – “Saya Kena Kuat Semangat”

Siti Nordiana mengakui perlu kuat semangat apabila terpaksa berjauhan dengan anak tunggalnya, Muhammad Rayyan Nakhaie

Featured Fri, 5 Nov 2021

“Saya Kelihatan Seperti Alien” – Azhan Rani Tahan Seksa Demi….

Pelakon Azhan Rani terpaksa bertahan dengan warna rambut perang (blonde) selama enam bulan untuk menjayakan watak Alwi dalam drama Keluarga Untuk Disewa. Menurut Azhan semasa sidang media maya drama Keluarga Untuk Disewa pada Selasa, dia […]

Trending Wed, 22 Aug 2018

Jangan Risau, Susu Tercemar Tidak Dijual Di Sini!

Produk susu rumusan bayi yang terlibat mempunyai berat bersih 850g setiap tin, nombor batch 09117R1 dan tarikh luput pada 11 Sept 2019.

Trending Mon, 19 Apr 2021
Hiburan Wed, 7 Jun 2023
Trending Thu, 12 Mar 2020
Featured Thu, 14 May 2026

“Kelakar Bila Orang Sibuk Hal Saya” – Pertahankan Diri, Netizen Kurang Senang Dengan Respons Zul Ariffin?

Zul kemudian tampil membuat kenyataan menerusi platfrom sama memaklumkan, dia terkejut apabila perkongsiannya itu ‘menganggu’ orang lain.

Trending Sun, 17 Apr 2022
Featured Fri, 9 Dec 2022
error: Content is protected !!