Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Featured By: Salma Syahbuddin June 15, 2026 @ 1:06pm

Siti Nordiana Berat Hati Lepaskan Anak Lanjut Pelajaran – “Saya Kena Kuat Semangat”

Penyanyi Siti Nordiana mengakui perlu kuat semangat apabila terpaksa berjauhan dengan anak tunggalnya, Muhammad Rayyan Nakhaie, 18, bagi menyambung pelajarannya dalam bidang Asasi Perniagaan dan Teknologi Maklumat.

Kata Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana, dia dan Rayyan jarang berpisah dalam tempoh waktu yang agak lama meskipun dia sibuk dengan jadual kerjanya.

“Tak pernah lah berenggang, cumanya Nana selalu pergi show, selalu outstation. Jadi sebenarnya biasa dah. Tapi macam dia pergi duduk sendiri tu, tak pernah lagi lah. Ini pertama kali,” katanya.

Bagaimanapun, pelantun lagu Memori Berkasih itu berkata, dia berasa sedikit lega kerana mengenali rakan-rakan anaknya selain mengetahui pergaulan mereka.

“Setakat sekarang ni circle dia Nana kenal lah. Beberapa orang kawan tu Nana kenal sebab kalau dia nak keluar pun, kadang-kadang dia suruh Mama dia hantar. Dan ada juga dia naik bas dengan kawan-kawan dia. Jadi kawan-kawan dia memang saya dah kenal,” katanya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana)

Dalam masa sama, Nana percaya dia mampu menyesuaikan diri dengan perubahan itu walaupun mengakui berasa sunyi apabila anaknya itu tinggal di asrama.

“Insya-Allah… Nana kena kuat semangatlah. Saya boleh saja pergi jumpa dia setiap minggu. Dia pun boleh balik juga kan? Insya-Allah.

“Saya perhatikan juga komen-komen dekat Nana punya TikTok tu pun, ramai saja yang senasib dengan Nana. Maksudnya bukan Nana seorang lah. Ada yang kata anak dia pergi asrama, dia rasa sunyi,” jelasnya.

Nana berkongsi perkara itu ketika ditemui usai membuat persembahan pada konsert Sound Stage di Zepp Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ketika disoal mengenai bagaimanakah caranya untuk mengatasi kesunyian, Nana memaklumkan,  jadual kerja yang padat sedikit sebanyak mampu menghilangkan rasa sunyi selain melakukan siaran langsung di TikTok mahupun menonton K-drama.

“Kita pun banyak menyanyi, ada show ke sana sini… Kalau ada program tu maknanya hilang lah sunyi tu.

“Tapi kalau dekat rumah, Nana rasa saya akan tengok K-drama back-to-back dan buat siaran langsung di TikTok,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 15 Aug 2019

AIM中文音乐颁奖典礼耀眼回归!明年1月4日Menara PGRM举办

《AIM中文音乐颁奖典礼》耀眼回归,2020年1月4日(星期六)晚上8时,在Menara PGRM举办。

Featured Wed, 15 Apr 2020

Pelakon Avengers bantu BeautyUnited sumbang dana perangi COVID-19

Pengasas jenama kecantikan AS bersatu taja PPE

Hiburan Sun, 25 Aug 2019

Waris Takut Buat Facial?

Kenapa ni waris?

Hiburan Sat, 2 Dec 2023
Hiburan Tue, 25 Jul 2023

Ada Peminat Kritik Romansa Kita Tak Sedap, Ini Respons Siti Nurhaliza

Amboiiiiii, siapa yang komen tak sedap tu? 😌 Min dengar best je lagu Romansa Kita ni

Hiburan Wed, 7 Jan 2026

“Paling Kurang Ajar Setakat Pagi Ini” – Zara Zya Naik Angin Terima Komen L*cah

Jelas Zara Zya, dia turut menerima pelbagai kata-kata keji termasuk gurauan kasar dan penghinaan

Featured Thu, 5 Jan 2023

Lucu! Slang Maryam Younarae Luah Perasaan Buat Netizen Terhibur – “Balik Malaysia Rasanya…”

Pasangan pempengaruh, Ryzal Ibrahim dan Maryam Younarae pulang ke Korea bersama dengan anak perempuan mereka, Rina sekitar bulan lalu. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Maryam di TikTok yang memaparkan dirinya sedang […]

error: Content is protected !!