Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 3, 2026 @ 6:31pm

Bahang AJL40 Makin Hangat, Ernie Zakri, Siti Nordiana, Haqiem Rusli & Khai Bahar Hidupkan Nostalgia Di The Soundstage

Bahang Anugerah Juara Lagu ke-40 semakin terasa apabila konsert khas The Soundstage diumumkan sebagai pemanas pentas menjelang malam kemuncak AJL40.

Konsert yang bakal berlangsung pada 12 Jun 2026 di Zepp Kuala Lumpur itu menjanjikan malam penuh nostalgia menerusi himpunan lagu-lagu ikonik AJL yang pernah mencipta fenomena sepanjang empat dekad.

Menariknya, pentas The Soundstage bakal menyatukan empat nama besar daripada generasi berbeza iaitu Ernie Zakri, Khai Bahar, Haqiem Rusli dan Siti Nordiana yang masing-masing pernah meninggalkan impak tersendiri di pentas AJL.

Setiap artis akan mempersembahkan pilihan lagu daripada sejarah panjang AJL termasuk karya sendiri serta interpretasi baharu lagu-lagu yang pernah mengungguli pertandingan berprestij itu.

Konsert ini juga bakal membawa penonton menelusuri evolusi muzik tempatan menerusi gabungan karya klasik dan sentuhan moden daripada barisan penyanyi terlibat.

Dengan konsep lebih intim dan dekat dengan peminat, The Soundstage dijangka menjadi ruang untuk menghidupkan semula memori menerusi lagu-lagu yang pernah menjadi siulan ramai.

Jualan tiket kini sudah dibuka secara rasmi dengan harga bermula RM159 bagi kategori General Admission, RM179 untuk Gold Seat dan RM229 bagi Premium Seat menerusi platform WOWTix.

Selain konsert tersebut, pelbagai aktiviti menarik sempena AJL40 termasuk sesi meet & greet serta pengumuman eksklusif lain turut dijangka diumumkan dalam masa terdekat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 2 Apr 2019
Events Sun, 9 Feb 2020
Hiburan Mon, 6 Jan 2020

“I Should Get Married To Mark”, EXO’s Kai Confesses His Love For NCT’s Mark

It’s not that serious people! He’s just showing his support for his junior!

Hiburan Mon, 17 Dec 2018

Kahwin Kali Ketiga, Opick Mohon Doa Peminat

Semoga terus bahagia hingga ke syurga… Insya Allah.

FESYEN Tue, 21 Mar 2023
Hiburan Mon, 18 Dec 2023

“Tak Salah Buat Konsert Jika Tak Ada Album” – M Nasir

Haa apa betul juga kata sifu M Nasir kan

Featured Fri, 9 May 2025
Trending Thu, 24 Oct 2019

Instagram Says “No No” to Cosmetic Surgery Filters!

Seems like mental health is starting to get more awareness by the public, and people applause for that.

Trending Wed, 28 Feb 2018

Dare to Challenge This One-of-a-Kind Escape Room in Kuala Lumpur?

Good news for all thrill seekers as you can experience a different kind of adventure while playing this brand new escape room.

error: Content is protected !!