Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi December 9, 2022 @ 2:18pm

[VIDEO] Mental Terganggu Gara-Gara Terpalit Kes Gangguan Seksual Melampau, PU Azman Mohon Doa Orang Ramai

Pendakwah bebas terkenal, PU Azman sekali lagi terpalit dakwaan empat pertuduhan jenayah seksual membabitkan tiga remaja lelaki dan dihadapkan ke dua mahkamah berasingan.

Bagaimanapun, PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah, 41, mengakui tidak bersalah terhadadap tiga pertuduhan tersebut.

Artikel Berkaitan: PU Azman Didakwa Lagi Atas Tuduhan Jenayah Amang Seksual, Kelucahan Melampau

Susulan itu, menerusi sebuah video tular di aplikasi TikTok, PU Azman meminta orang ramai untuk mendoakannya.

“Perkara tu sedikit sebanyak kita berfikir juga tapi nak buat macam mana saya kena teruskan. Doakan Cik Man. Terima kasih semua,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen meluahkan rasa sayu melihat raut wajah PU Azman tampak sedih.

Ada juga segelintir daripada mereka yang mengakui rindu untuk mendengar suara pendakwah ini di corong radio serta memberi ceramah di program TV.

Difahamkan, sebutan semula bagi kesemua kes berkenaan ditetapkan pada 12 Januari tahun depan.

Kredit: TikTok Amin Hazlan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 19 Aug 2025

Ulasan Konsert: Tulus & Juicy Luicy Pacu Ruang Inspirasi Festival 2025, Hidupkan Emosi Penonton

Festival ini menampilkan Tulus & Juicy Luicy dengan kehadiran lebih 8,000 penonton.

Featured Wed, 4 Jan 2023
Hiburan Mon, 14 Oct 2019

Trump Bagi ‘Lampu Hijau’ Mungkin Kembalikan Google Pada Peranti Huawei

Keputusan pentadbiran untuk membenarkan lesen dapat membantu kesepakatan perdagangan bagi kedua-dua negara itu.

Featured Fri, 22 Oct 2021
Events Tue, 22 May 2018

Air Mata Jatuh Disebabkan Skandal 1MDB

Niat saya bukan untuk balas dendam tetapi demi negara dan memulangkan wang rakyat mengikut lunas undang-undang…

familuv Sat, 11 Apr 2020

Suami isteri tidak perlu salah-menyalahi, minta maaf sahaja

Pembuka jalan kepada penyelesaian masalah

Hiburan Thu, 28 Jun 2018

Hantu Kak Limah Kahwin Hanya Gimik Tapi…

Kata pelakon Hantu Kak Limah ini, dia sudah bersedia untuk bergelar isteri semula. “ Saya juga perlukan teman seperti orang lain yang boleh menemani saya ketika anak-anak tiada di rumah…

error: Content is protected !!