Euforia Bola 2026
#BabyXTRA By: Aqilah Paharuzi October 13, 2023 @ 4:10pm

#BabyXTRA: Bahaya Bagi Anak Main Gajet Selalu, Tak Suka Fikir Negatif.. Adira Suhaimi Jadi ‘Best Friends’ Dengan Anak-Anak

Tidak mudah bagi seorang ibu untuk membuat keputusan bagi mengikat peranakannya, namun begitu selebriti, Adira Suhaimi mengikat peranakan atas persetujuan bersama suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau mesra disapa Datuk Red.

Menerusi segmen #BabyXTRA minggu ini, Adira berkongsi pengalaman dan cara didikannya terhadap anak-anak.

Menurut Adira, dia dan suami bersyukur atas kurniaan empat orang anak yang menyinari hidup mereka.

“Saya dan suami bersetuju untuk mengikat peranakan. Cukuplah dapat empat anak sepasang. Saya nak fokus menjaga empat cahaya mata ini. Hidup saya lengkap, Alhamdullillah..,” ujarnya.

Memilik Untuk Bersalin Czer

Adira berkata dia banyak memberi kekuatan kepada diri sendiri dengan berfikir positif lebih-lebih lagi apabila tarikh bersalin semakin dekat.

“Saya tak suka kusutkan fikiran, selalunya akan okay je dengan semua benda.. Tak suka benda negatif. Alhamdullillah, keempat-empat anak saya czer.

“Paling utama emosi kena jaga lepas bersalin.. Jangan terlalu fikir negatif,” katanya.

Jadi Kawan Bersama Anak-Anak

Kata Adira, anak-anaknya mempunyai perwatakan yang sangat berbeza dan lebih gemar menjadi sahabat mereka setiap masa.

“Anak sulung saya depan camera dan off camera sangat lain. Anak nombor dua banyak buat hal sendiri dan ketiga ni macam makcik-makik, pandai berdikari. Anak nombor empat masih kecil, tak dapat tangkap lagi karakter dia.

“Sebagai ibu bapa saya akan pastikan untuk cuba berkawan dengan anak-anak, supaya mereka rasa selesa dengan saya, tak takut untuk kongsi semua benda.

“Tapi ada masa kena tegas dengan anak-anak,” ujarnya lagi.

Elak Anak Terlalu Banyak Main Gajet

Jelas Adira, dia amat disiplin dalam menjaga rutin harian anak-anak, terutamanya ketika bermain gajet.

“Bila ada anak kecil, untuk gajet tu bila anak-anak dah pegang memang susah nak lepaskan. Tapi saya akan bagi mereka masa untuk bermain fon, macam Anggerik tu dia dah boleh faham, bila kita minta dia akan bagi.

“Yang masih kecil tu saya memang tak bagi sangat. Sebagai ibu bapa kita kena kawal, sebab kalau bagi terlalu berlebihan anak-anak akan kurang berkomunikasi, kurang makan dan kuat melawan. Bagi bila perlu bagi di kedai makan untuk diorang behave, contohnya,” katanya.

Datuk Red Penyayang, Manjakan Anak

Sempat mengusik suami, Adira berkata Datuk Red seorang bapa yang penyayang dan tidak garang.

“Datuk red dia penyang, tak garang. Dia terlampau manjakan anak, kalau apa-apa anak nak dia akan bagi,” katanya.

Sekadar info, Adira mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red pada 3 Disember 2015. Pasangan ini kini dikurniakan dengan empat orang cahaya mata.

Artikel Berkaitan: “Saya Beranak 4 Kali Caesar” – Tak Mahu Ambil Risiko, Adira Suhaimi ‘Tutup Kilang’ Atas Faktor Kesihatan & Keselamatan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 17 Oct 2023

Mahu Puteri Sarah Bahagia, Patimah Ismail Titip Doa – “Mama Reda Pemergian Mu”

Sedihnya! Datin sayang sangat dekat Puteri Sarah ni🤧🤧🤧

Acara Fri, 29 Sep 2023

Meriahnya! Lebih 20 Makanan Viral… Jom Ke Top Viral Food Festival Di Sunway Putra Mall

Wow! Menariknya..Jom ke Top Viral Food Festival di Sunway Putra Mall hujung minggu ni

Trending Mon, 4 Dec 2017

Majikan WhatsApp lepas waktu kerja beri tekanan?

Pekerja yang berhadapan dengan situasi demikian mengakui arahan majikan melalui WhatsApp menjejaskan kehidupan peribadi.

Featured Thu, 13 Oct 2022
Featured Sun, 18 Apr 2021

Bayi Dalam Kandungan Meninggal Dunia, Faralyna Akur Takdir Tuhan

Pelakon, Faralyna Idris berdepan dengan ujian yang tidak diduga apabila bayi yang masih dalam kandungannya pulang menemui ilahi. Sehari sebelum umat Islam menyambut puasa, Faralyna kehilangan zuriat ketiga yang diberi nama Muhamad Farid Muhammad Fikri […]

Hiburan Wed, 7 Jan 2026
error: Content is protected !!