Selebriti By: Atiqah Johari September 26, 2023 @ 2:25pm

“Saya Beranak 4 Kali Caesar” – Tak Mahu Ambil Risiko, Adira Suhaimi ‘Tutup Kilang’ Atas Faktor Kesihatan & Keselamatan

Penyanyi Adira Suhaimi mengambil keputusan untuk tidak lagi hamil selepas melahirkan anak yang keempat secara pembedahan.

Kata Adira, keputusan tersebut dibuat atas persetujuan bersama suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau dikenali sebagai Datuk Red atas faktor kesihatan dan keselamatannya.

Susulan itu, Adira telah mengikat salur peranakannya bagi mengelak mengandung dengan melakukan prosedur Bilateral Tubal Ligation (BTL).

“Perancangan saya nak beranak sebelum umur 30 tahun dan Alhamdulillah dipermudahkan dan bersyukur dah ada dua orang perempuan dan dua orang lelaki.

“Dan atas nasihat doktor dan persetujuan suami sebab saya beranak semua secara Caeser (pembedahan). Jadi, doktor kata masih boleh tapi ada risiko jadi saya tak nak ambik risiko itu,” katanya.

Malah, Adira juga mengakui tenaganya sudah berbeza sejak usia menginjak ke 30 tahun dan mahu fokus untuk membesarkan anak-anaknya itu.

“Saya tak tahulah orang lain macam mana tapi saya kali terakhir mengandung umur 30 tahun tapi tenaga dah berbeza, kalau umur bawah 30 tenaga masih okay. Ini apa yang saya rasalah.

“Alhamdulillah saya ada pembantu tapi tidak semua perkara kita serah macam itu sahaja, walapun ada pembantu, kita tetap nombor satu,” jelasnya.

Bukan itu sahaja, pelantun lagu Ombak Rindu ini juga tidak menafikan bahawa selepas melahirkan anak kali keempat ini memberi kesan terhadap vokalnya malah turut dijangkiti COVID-19 dan Influenza.

“Saya fikir mungkin faktor umur juga. Saya tak nafikan juga lepas beranak dah sampai empat ada juga perubahan tu tapi nak ‘catch up’ balik tu pun ada caranya.

“Tipulah kalau tak ada kesan. Kesan Influenxa pun suara ‘ke laut’ juga, semput juga. Jadi, saya buat yoga, latihan pernafasan macam tu,” kongsinya.

Adira ditemui pada majlis pelancaran single baharu duet bersama Khai Bahar berjudul ‘Pejam’ di Kuala Lumpur.

Tambahnya, dia berharap lagu ‘Pejam’ dapat meraih kejayaan seperti mara ke Anugerah Juara Lagu (AJL) selain mendapat tempat di hati peminat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 15 Apr 2019

Kini Jason Mraz Pula Bakal Tawan Kuala Lumpur!

Tak sabarnya nak sing along dengan bestfriend!

Featured Sun, 30 Apr 2023
Trending Fri, 23 Oct 2020

ABPBH33 Dah Makin Dekat, Jom Semak Cara Undi Artis Kegemaran Anda

Korang rasa siapa yang bakal jadi wajah baru ABPBH?

Hiburan Mon, 15 Aug 2022
Hiburan Tue, 24 Apr 2018

Kris Wu Signs with Universal Music Group!

Does this mean we can expect even more songs from him soon?

Hiburan Sun, 29 Aug 2021

Iman Troye, Ariff Bahran, Layla Sania & 13 Artis Suntik Semangat Patriotik

Penyanyi Iman Troye, Ariff Bahran dan Layla Sania bersama 13 artis berbilang kaum yang lain menyuntik semangat patriotik sempena Hari Kebangsaan menerusi lagu We Are One. Selain Iman, Bahran dan Layla, penyanyi lain yang sama-sama […]

Hiburan Fri, 22 Feb 2019

Asyik Bawa Watak Perampas, Syazuwan Hassan Mula Jemu?

Korang rasa watak apa yang sesuai dengan Syazuwan?