Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 16, 2023 @ 11:38pm

[VIDEO] Pendakwah Dakwa Ijab Qabul Sabri Yunus, Angeline Tan Tidak Sah & Dituduh Berzina, Ini Respons Tuan Badan – “Jangan Letak Hukum Atas Dasar Kebencian Semata”

Pelakon Sabri Yunus meluahkan rasa kesal apabila pernikahannya bersama isteri, Angeline Tan pada Sabtu lalu dituduh tidak sah oleh seorang pendakwah.

Menerusi video tular di platform TikTok, pendakwah berkenaan mendakwa lafaz ijab dan kabul Sabri dihadapan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Sabri Zainul Abidin Sabri terhadap Angeline dikatakan tidak lengkap.

Ketika akad nikah berlangsung, Sabri menjawab ijab dan qabul secara ringkas dengan menyebut ‘Saya terima dengan seperti yang disebutkan’.

Namun begitu, penceramah tersebut berkata lafaz ijab dan kabul yang sempurna dan sah adalah apabila pengantin lelaki menyebut ‘saya terima nikahnya’ bagi memenuhi syarat wajib pernikahan.

“Ijab kabul yang berlangsung juga agak sedikit lambat (ucapan Sabri). Ijab qabul itu disyaratkan segera, bersambung. Tidak ada pemisah antara ijab dengan qabul. Tadi agak relatif lambat. Eloknya diulang sekali lagi.

“Kedua, setelah diijab oleh Sahibul Samahah ternyata dengan jawapan daripada si pengantin tadi itu agak janggal bahasanya,

“Saya terima nikahnya dengan mas kahwin yang telah disebutkan tadi..bahasanya cantik sedikit..dalam bahasa Arab, (kena sebut) terima apa? terima duit? kereta? pinjaman? Jadi kena ada sebutan ‘aku terima akad nikahnya dengan mas kahwin yang disebutkan tadi itu’. Itu ok,” ujar pendakwah berkenaan.

@abuzurah107

♬ original sound – abuZurah

 

Tidak berdiam diri, Sabri menerusi perkongsian di Facebook miliknya pada malam Isnin menjelaskan dakwaan akad nikahnya itu tidak sah dan didakwa berzina sebagai satu tuduhan yang amat berat.

Sabri berkata individu yang tidak memahami maksud ‘setuju’ daripada lafaz qabulnya itu mempunyai pemikiran  (cetek) yang selemah manusia, meskipun bergelar agamawan.

“Seorang ustaz dengan jelas dan terang mengata (menuduh) pernikahan kami tidak sah dan terus membuat kesimpulan kami akan berzina.  Berat tuduhan itu..  juga dalam video yang sama dikatanya qabul yg mengelirukan..

“Siapa yang keliru?  Dalam majlis tu hanya perlu dua saksi walau hampir 25 orang yg hadir.  Saksi dua orang tak keliru dan 25 hadirin juga tak keliru..

“Saya tak fikir ada orang tak faham bila qabul jawab ‘saya setuju’, tak mungkin ada orang akan fikir setuju pada hal lain selain dari setuju hal nikah..

“Jelas wali sebut , aku nikah.. bila qabul sebut setuju.. tentu saja menyambut pada kata nikah itu.. yang kata dia keliru itu ada lah orang yg sangat lemah pemikirannya atau yang sengaja melemahkan fikiran, dia adalah selemah lemah manusia,” katanya.

Sabri Yunus

Pendakwah Tak ‘Sebulu’ Sebulu Dengan Juru Nikah

Mengulas lebih lanjut, Sabri berkata pendakwah berkenaan seakan sengaja meraih kontroversi sehingga membawa kepada pertelingkahan bersama Dr Maza, selaku jurunikahnya yang disyaki mereka tidak ‘sebulu’.

Jelas Sabri lagi, dia sudah bertanya mengenai isu berkenaan kepada para ulama’ dan meraih pelbagai pandangan.

Pelawak komedi sitcom Pi Mai Tang Tu ini berharap pendakwah tersebut tidak menggunakan perkahwinannya bersama Angeline sebagai satu tembok kebencian antara Dr Maza.

“Saya tahu bahawa ustaz ini selama ini banyak tidak sependapat dan sealiran dengan Dr Maza jurunikah kami. Dan ada bau permusuhan antara mereka.

“Dalam video tersebut saya dapat rasakan permusuhan itu apabila ustaz ini mengheret beberapa isu lain yang tiada kena mengena dgn isu kami. Ini menunjukkan beliau cuba mengukuhkan pandangan beliau terhadap jurunikah kami.

“Janganlah kami dijadikan mangsa kebencian tuan kepada seteru tuan.  Hari ini saya baca banyak lagi pandangan ulamak lain akan isu ini. Ternyata berbeza dgn pandangan ustaz ini.

“Jangan letak hukum atas dasar rasa kebencian semata mata. Agamawan tidak harus bersikap begitu. Tidak terselit keikhlasannya,” tambahnya lagi.

Artikel Berkaitan: Tahniah! Selamat Diijabkabulkan, Sabri Yunus Kini Suami Kepada Angeline Tan – “Mula-Mula Rapat Tiga Tahun Lalu…”

Artikel Berkaitan: Sara Ali Kongsi Proses Percintaan Sabri Yunus & Angeline Tan – “Kesabaran Dan Effort Dia Nak Tambat Hati…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 16 Nov 2023

Pembunuh Along Spoon Terlepas Hukuman Penjara Sepanjang Hayat

Perkembangan terkini kes pembunuhan Along Spoon sekitar tahun 1999

Featured Fri, 19 Aug 2022

Netizen Dakwa Michael Ang Sindir Aliff Syukri? -“Setakat Di YouTube, Nampak B*doh Naw Claim Singer No. 1”

Hambekkk… Mike dah bersuara tu 🔥🔥🔥 Kalau tak hadam lagi tak tahu la min 😌 Tapi siapa yang makan cili dia la terasa pedas nya 😬

Hiburan Sun, 30 Mar 2025
Kisah Viral Fri, 18 Jul 2025

Ditahan Tanpa Asas, Siti Kasim Menang Saman… JAWI Diarah Bayar Ganti Rugi RM160,000

Siti Kasim menang kes saman, JAWI diarah bayar RM160,000

Hiburan Fri, 6 Sep 2019

‘Dari Dulu Orang Keji, Saya Tak Kisah’- Ac Mizal

Tak sabarnya nak tengok, mesti best gandingan mereka berdua ni!

Hiburan Thu, 4 Oct 2018

Nabil Ahmad Dah Sedia Tukar Kerjaya?

Mencontohi pelawak terkenal, Shuib yang kini sibuk dengan perniagaan madu asli, Nabil juga mahu lakukan perkara yang sama. Buat masa ini, Nabil sedang usahakan perniagaan kosmetik & pakaian!

Featured Wed, 26 Mar 2025

“Kebahagian Itu Kita Yang Cipta & Nikmati” – Aliff Syukri Minta Isteri ‘Arrange’ Berbuka Puasa, Kelibat Bekas Suami Bonda Rozita Curi Tumpuan

Menerusi perkongsian di Instagram, Aliff Syukri memaklumkan, kebahagiaan itu harus dicipta dan dinikmati.

Featured Fri, 15 Jul 2022
Trending Mon, 27 Jun 2022

[VIDEO] “Aku Simpan Lama…” – PA Mak Wan Latah Dedah Rahsia Amalan Bertentangan Ajaran Islam

Pelakon veteran, Mak Wan didakwa oleh pembantu peribadinya mengamalkan amalan yang bertentangan dengan agama.

error: Content is protected !!