Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari October 19, 2023 @ 12:50pm

Culas Bayar Nafkah, Nurul Shuhada Dedah Hafidz Roshdi Hanya Beri RM100 Untuk Setiap Anak!

Pelakon Hafidz Roshdi didakwa culas untuk membayar nafkah anak-anaknya iaitu Humairah, 6 dan Umar, 3.

Memetik laporan mStar, perkara ini didedahkan sendiri oleh bekas isteri Hafidz iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri di mana memaklumkan pelakon itu hanya memberikan nafkah sebanyak RM100 kepada anak mereka.

Malah, ibu bapa Shuhada turut terpaksa membantu bagi menanggung keperluan anak-anaknya.

“Dia hanya beri saya sebulan RM100 sahaja untuk setiap anak. Jadi hanya RM200 setiap bulan. Dia culas bayar nafkah anak-anak.

“Jadi, saya yang sara anak. Saya sangat struggle mencari rezeki untuk anak-anak saya seorang diri.

“Ibu dan ayah pun ada bersama saya bantu untuk menyediakan keperluan anak-anak. Mereka pun ada keluarkan duit mereka,” luahnya kepada mStar.

Jelas Shuhada, nafkah yang diberi oleh Hafidz sama sekali tidak cukup untuk tanggung kos persekolahan anak sulung mereka yang cecah RM1000.

“Ini tidak termasuk makan dan minum. Belum lagi keperluan adiknya, Umar yang sekarang umur tiga tahun.

“Sekurang-kurangnya kalau dia bagi RM800 hingga RM1,000 itu saya boleh lagi. Saya boleh tambah-tambah mana yang perlu,” katanya.

Bukan itu sahaja, Shuhada juga menzahirkan rasa terkilan mengenai isu gambar sebelum ini diminta padam oleh Hafidz yang hanya digunakan untuk tujuan kerja.

“Saya tidak lihat pun gambar yang disediakan itu. Yang saya tahu adalah cari duit untuk anak-anak.

“Niat saya bagi untuk besarkan anak-anak tapi dia yang marah lebih-lebih,” jelasnya.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada berkahwin pada 30 April 2016 namun sah bercerai pada 27 Julai lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Humairah dan Umar.

Artikel Berkaitan: Nurul Shuhada Dituduh Tak ‘Move On’ Gara-Gara Kongsi Foto Lama Dengan Hafidz Roshdi, Ini Penjelasan Empunya Badan

Artikel Berkaitan: “Blusher Tumpah Ke Sis?” – Solekan Dikritik, Jawapan Balas Nurul Shuhada Buat Netizen Terkedu!

Artikel Berkaitan: Takut Menangis Teringat Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Elak Masak Sambal Sotong Selama 9 Bulan – “Ini Lauk Kegemaran Dia…”

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 25 Sep 2025
Hiburan Tue, 24 Apr 2018

Dwayne Johnson And Lauren Hashian Welcome Second Daughter into the Family!

There’s another little rock in the family now.

Hiburan Mon, 9 Sep 2019
Trending Thu, 3 Jun 2021
Trending Sun, 19 Nov 2017

Doa Fazura Depan Kaabah

Nur Fazura Sharifuddin, atau lebih dikenali dengan nama Fazura memang satu nama yang tidak asing di kalangan peminat dunia hiburan. Kini nama tersebut makin dikenali semnjak dikaitkan dengan selebriti terkenal Fattah Amin. Meskipun kini berada […]

Trending Sun, 3 Nov 2019

Dulu Digelar Pengutip Sampah Kini Usahawan Berjaya

Jangan dihina sekali pekerjaan seseorang itu

error: Content is protected !!