Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 19, 2023 @ 4:23pm

Sara Daewoo ‘Kurung Diri’ Lepas Kena Intai Ketika Mandi, Maklum Ada Lima Video Dirakam Pelaku – “Saya Malu & Sakit Hati”

Pelakon baharu Sara Daewoo berkongsi detik hitam apabila menjadi mangsa gangguan seksual kru produksi yang mengintainya ketika sedang mandi di lokasi penggambaran filem genre seram Cerana Biduk Bu Merah arahan Haizul Anafer Ali pada 2018.

Menurut Sara yang melakonkan watak Sofia dalam filem itu, dia mengakui berasa malu dan sedih atas apa yang berlaku padanya. Malah, mamaklumkan mulanya, pelaku terbabit tidak mengaku kesalahannya dan pura-pura mengerjakan solat.

“Saya berasa malu, marah, sakit hati dan sedih atas kejadian yang berlaku kerana ia membabitkan kes gangguan seksual.

“Selepas telefon bimbitnya dirampas, tiada sebarang rakaman ditemui dan ia nampak seolah-olah masih baru.

“Namun, selepas video ditemui dalam telefon bimbitnya itu, saya mendapati ada sebanyak lima video saya sedang mandi yang dirakamkan pelaku terbabit,” katanya.

Sara berkata, dia juga berasa terkejut kerana video itu dirakamkan pelaku terbabit tiga atau empat hari sebelum kejadian itu.

Menurutnya, dia memang tidak perasan kewujudan video terbabit tetapi Allah SWT yang membantunya untuk ‘kantoikan’nya.

“Satu dari video itu, pelaku terbabit menutupnya dan nampak dari bahagian atas sampai bawah kerana dia masukkan telefon bimbit dalam plastik beras yang diletak dalam bilik mandi di inap desa itu.

“Video yang keempat pula si pelaku dapat rakamkan saya dari atas ke bawah kerana saya sudah nak habis mandi ketika itu.

“Saya juga tidak sedap hati dan berasa seperti ada orang mengintai setiap kali masuk tandas tapi tidak pasti siapa,” katanya.

Mengulas kejadian itu lagi, kata Sara, ia juga memberi kesan pada mentalnya hingga tidak mahu berjumpa orang.

“Kejadian itu berlaku pada waktu petang dan saya sepatutnya masih ada babak lagi dalam filem itu pada sebelah malamnya

“Pada waktu itu, saya berasa tidak mahu meneruskan babak lakonan ataupun berjumpa orang.

“Saya terus masuk bilik dan menangis kerana berasa malu apabila semua pelakon dan kru mengetahui kewujudan video tidak bermoral terbabit.

“Penerbit dan pengarah serta pelakon, Pekin Ibrahim terpaksa datang pujuk dan beri semangat pada saya ketika itu,”katanya.

Tambah Sara, dia juga sudah membuat laporan di balai polis berhubung kejadian gangguan seksual itu.

“Pihak polis minta saya tinggalkan telefon bimbit sebagai bahan bukti jika mahu teruskan kes di mahkamah ketika itu.

“Tapi saya pula bimbang jika video dalam telefon bimbit itu tersebar dan akan menjadi isu kerana saya juga seorang pelakon,” katanya.

Terdahulu, aktor Pekin mendakwa dia berasa hilang sabar dan bertindak membelasah kru produksi kerana melakukan perkara tidak senonoh apabila mengintai pelakon wanita dalam filem seram Biduk Cerana Bu Merah iaitu Sara.

ARTIKEL BERKAITAN: Pekin Ibrahim Belasah Krew Produksi Intai Pelakon Wanita

Filem genre seram Cerana Biduk Bu Merah terbitan Goldhill Pictures itu sudah ditayangkan di pawagam tanah air bermula 12 Oktober lalu.

Selain Pekin dan Sara, filem ini turut dibintangi Fasha Sandha, Wan Hanafi Su, Badrul Muhayat, Pyan Kepoh dan ramai lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Filem Ambil Masa Lama Untuk Ditayangkan, Pengarah Yakin Keunikan Cerana Biduk Bu Merah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 25 Jan 2023

Gelagat Didie Alias Usik Mak Jah Melatah Undang Tawa Warganet

Gelagat pelakon dan pelawak, Didie Alias menyakat pelakon veteran, Mak Jah meraih perhatian peminat. @mumydidiealias Hahaha lama tak menyakat Mak Jah,tetap sempoi,mumy simpan sini buat kenangan terindah.Sayang Mak Jah #sukasuka #hiburkanhati #stylocharity #lagenda #fyp #fypシ゚viral […]

LIFESTYLE Fri, 20 Apr 2018

Kenapa Ramai Wanita Bertarung Kanser Di Usia Muda?

Kawan, jika sayang sahabat wanita kita, jangan beratkan fikiran mereka. Mudahkan tugas mereka, tolong ringankan stres dia. Sumbangan itu walau nampak sikit namun besar impaknya. Tolonglah!

Hiburan Thu, 6 Jun 2024

Saluran Jantung Tersumbat 99%, Azlee Senario Jalani Pembedahan Pasang Stent… Keadaan Kini Stabil

Alhamdulillah dah stabil, semoga cepat sembuh seperti sedia kala ❤️

Featured Mon, 31 May 2021

Toh Puan Julie Faridah, Pelakon Keluarga 69 Meninggal Dunia

Permata seni hiburan tanah air Toh Puan Julie Faridah @ Joria Basir yang terkenal dengan watak ‘Faridah’ menerusi filem Keluarga 69 arahan Tan Sri P. Ramlee yang diterbitkan pada tahun 1967 meninggal dunia pada Ahad. […]

Hiburan Wed, 15 May 2024

Didoakan Kembali Bersama Engku Emran, Ini Jawapan Erra Fazira

Semoga Erra Fazira ditemukan jodoh semula

Featured Fri, 5 Aug 2022

Mahkamah Putuskan Anak Lahir Luar Negara Tidak Dapat Kerakyatan Raih Pelbagai Reaksi Netizen

Isu ini dah lama berlarutan, akhirnya mahkamah putuskan untuk tidak beri kerakyatan pada anak lahir di luar negara. Korang rasa wajar atau tak?

Featured Thu, 2 Sep 2021

Isu Ebit Lew: Polis Selesai Ambil Keterangan Caprice Dan Nadir

Isu melibatkan pendakwah terkenal, Ebit Lew dan dua lagi individu iaitu Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dan penyanyi rap, Ariz Ramli atau Caprice hari ini memasuki fasa baru. Terbaru, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu […]

Featured Fri, 25 Apr 2025

“Tak Pernah Habis Dari Saya Kecil Sampai Besar” – Sebak! Nabila Huda Reda Terpisah Dengan Bapa

Pelakon popular, Nabila Huda atau lebih mesra dengan panggilan Abil, gagal menahan sebak selepas diajukan soalan mengenai bapanya yang juga penyanyi rock legenda, Amy Search.

Featured Sat, 28 Feb 2026

Adira Suhaimi Pertaruh Luka Hati Dalam ‘Sayang Orang Sama’

Penyanyi, Adira Suhaimi kini tampil dengan single terbaharu berjudul, ‘Sayang Orang Sama’ yang menyentuh sisi emosi tentang cinta, penerimaan dan keberanian untuk merelakan.

Hiburan Wed, 8 Jan 2020
error: Content is protected !!