Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi May 15, 2024 @ 6:21pm

Didoakan Kembali Bersama Engku Emran, Ini Jawapan Erra Fazira

Pelakon dan penyanyi popular, Erra Fazira tampil memberi respons apabila ramai mendoakan agar hubungannya bersama bekas suami, Engku Emran kembali bertaut semula.

Menurut Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, berkata, dia tidak melihat ke arah itu namun percaya dengan takdir Yang Maha Esa.

“Masing-masing ada cerita masing-masing, kita nak cakap perkara ini tetapi jika Allah aturkan untuk perkara lain, susah. Saya juga tak memandang ke arah itu.

“Apa pun ia, saya percaya Allah aturkan sekiranya itulah takdirnya, siapa saya nak menolak tetapi saya tidak pun melihat ke arah itu.

“Sekarang ini saya bahagia, orang ada 10 mulut dan 10 bunyi tetapi kita tahu 10 bunyi pun akan kalah dengan satu ketentuan Allah,” ujarnya dalam program hiburan popular TV3, Melodi.

Dalam pada itu, aktres filem Hingga Hujung Nyawa itu mengakui kini tenang dan bahagia malah memohon semua mendoakan yang terbaik buatnya.

“Alhamdulillah, Allah memberi nikmat rasa tenang dan bahagia.

“Di masa sekarang, apa yang dikejar adalah ketenangan, wang ringgit boleh dicari, kalau duit banyak tetapi tiada ketenangan dan kedamaian pun tak berguna juga

“Doakanlah yang terbaik untuk saya di dunia dan akhirat, saya hargai semuanya,” ujarnya positif.

Ditanya apakah rasa trauma membelenggu diri untuk menjalin cinta semula, pelantun lagu Jendela Hati itu menidakkan ia sebaliknya mengambil langkah berhati-hati.

“Dia bukanlah trauma tetapi berhati-hati. Dalam berhati-hati ini pun kadang terbabas juga jadi jangan fikir banyak sangatlah.

“Jika Allah gerakkan, maka jadilah, jika tidak, tak mengapa. Sudah tentu pengalaman mengajar kita mematangkan.

“Tetapi itu juga bukan penghalang untuk kita melangkah ke hadapan,”

Untuk rekod, Erra pernah mengalami kegagalan rumah tangga sebanyak dua kali.

Erra mendirikan rumah tangga dengan komposer dan anggota kumpulan KRU, Yusry Abdul Halim pada 2003, namun, bercerai pada 2006.

Setahun kemudian, Erra berkahwin dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Engku Aleesya, 15.

Namun bahtera perkahwinan Erra dan Emran terlerai selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Malah, Erra juga pernah digosipkan menjalin hubungan cinta bersama penyanyi, Shahir Zawawi namun putus dengan tengah jalan.  +

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 28 Feb 2024
Hiburan Thu, 4 Oct 2018

Dayang Nurfaizah Akui Mahu Tukar Angin?

Yeay! Tak sabar nak dengar lagu baru Dayang Nurfaizah

Featured Thu, 22 Feb 2024
Acara Tue, 9 Jun 2026

Ernie Zakri, Floor 88, Zubir Khan, Salma Asis Bakal Meriahkan Festival Ulang Tahun Ke-20 PJ

Ernie Zakri bakal menjadi antara tarikan utama pada malam kemuncak Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Petaling Jaya Ke-20 yang dijadual berlangsung pada 20 Jun ini di Laman MBPJ, Jalan Yong Shook Lin.

Hiburan Thu, 13 Dec 2018

Nora Danish Hoping for a Baby Girl in 2019

Having three sons, the actress and her husband hope to get a baby girl next year.

Hiburan Tue, 3 Mar 2020
Drama Sat, 29 Mar 2025

Watak Ansara ‘Keluarga Itu’ Didakwa Sama Dengan Kehidupan Realiti Fattah Amin? Ini Respons Tuan Badan

Lakonan Fattah Amin, didakwa mempunyai persamaan dengan kisah peribadinya.

Featured Wed, 23 Jul 2025

Didakwa Berbadan Dua, Siti Saleha ‘Kunci Mulut’ – “Lepas Ini Saya Akan Cuti Panjang”

Saleha bagaimanapun sekaan memberi hint apabila mahu mengambil cuti panjang.

Hiburan Tue, 5 Apr 2022
error: Content is protected !!