Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 20, 2023 @ 12:42pm

“Nak Cari Isteri Korea Pula Lepas Ni…” – Engku Emran Nak Kahwin Lagi?

Bekas suami kepada usahawan Noor Nabila iaitu Engku Emran menjadi perhatian apabila berkongsi sebuah foto di Instagram (IG), baru-baru ini.

Menerusi perkongsian tersebut, Engku Emran atau nama lengkapnya Engku Emran Engku Zainal Abidin berkongsi kisahnya yang pernah melibatkan diri dalam bidang penyiaran kira-kira 20 tahun lalu.

Tulis Engku Emran, dia memaklumkan sudah mengenali pelbagai jenis orang sepanjang karier tersebut.

Engku Emran

Menjengah ke ruangan balas perkongsian bapa kepada Engku Aleesya itu, selebriti Alif Satar tampil meninggalkan komen di perkongsian tersebut.

“Bro got that oppa style la,” tulis Alif ringkas.

Lalu Engku Emran membalas;

“Nak cari isteri Korea lak lepas ni bro. Disebabkan saya tidak faham wanita, mungkin tidak faham apa yang mereka katakan sepenuhnya,” balas Engku Emran kepada Alif.

Ternyata komen balas Engku Emran itu mencuri tumpuan ramai biarpun ruangan komen tersebut telah dihadkan.

Apakah bekas suami kepada primadona Erra Fazira itu juga ingin menukar selera kepada wanita asal Korea? Kita tidak tahu, jodoh di tangan Tuhan. Jadi kita doakan yang baik-baik.

Engku Emran

Terdahulu, Engku Emran dan Noor Nabila sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, pada 25 September lalu.

Engku Emran juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella dan primadona Erra Fazira namun jodoh mereka juga tidak panjang.

ARTIKEL BERKAITAN:“Perpisahan Ini Bukan Perjalanan Mudah” – Noor Nabila, Engku Emran Sah Bercerai Talak Satu 

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tak Pernah Keluar Mencari Atau Rancang Untuk Kahwini Mereka” – Isu Cerai Noor Nabila, Engku Emran Titip Ucapan Penghargaan Buat Bekas Isteri

ARTIKEL BERKAITAN: “Tiada Siapa Yang Berkahwin Mahukan Perceraian” – Erra Fazira Enggan Ulas Status Rumah Tangga Engku Emran & Noor Nabila

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 22 Nov 2019
LIFESTYLE Wed, 26 Sep 2018

Thinking of a Road Trip but Not Sure Where to Go? Check These Routes Out

They’re curated specifically based on people’s interests.

Trending Mon, 15 Oct 2018

ALAMAK! Wanita Ini Cuba Terjun Jambatan Selepas Dapat Tahu Suami Curang Tapi…

Wanita berkenaan dipercayai tertekan dan kurang waras sebab suami curang dan berhutang dengan along. Hurm, stress sangat ni!

Trending Mon, 27 May 2019

世界上最潮湿的村庄!一年330天都在下雨

世界上一个潮湿的村庄!一年中330天都在下雨,但村民依然不愿搬走。

Hiburan Fri, 13 Dec 2024

“Sempurnakanlah Bacaan Ibuku, Jadikan Al-Quran Sahabatnya” – Nora Danish

Nora Danish berdoa kisah hijrah dan bacaan Al-Quran ibunya lancar

Featured Wed, 25 Sep 2024
Featured Sat, 12 Apr 2025

Sambut Menantu Dengan Penuh Restu, Ibu Aliff Aziz Doa Rumah Tangga Anak Dilindungi

Ibu kepada Aisyah Aziz iaitu, Siti Hafiza Basharahil meluahkan rasa syukur diatas pernikahan anaknya bersama Dr Fakhrudin Amir Ismail.

Featured Fri, 24 Jan 2025

Sedia Jalin Kerjasama, Haqiem Rusli Puji Kai Deva Unik

Lagu ini lagu legenda, jadi saya tidak perlu fikir banyak – Haqiem Rusli

error: Content is protected !!