Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 13, 2024 @ 3:30pm

“Sempurnakanlah Bacaan Ibuku, Jadikan Al-Quran Sahabatnya” – Nora Danish

Penghijrahan pelakon jelita, Nora Danish menerima perhatian dan pujian ramai yang mula mendekati dan mempelajari ilmu agama tatkala berdepan ujian rumah tangga bersama bekas suami, Boss Ned.

Menerusi hantaran terkini di Instagram, aktres drama rantaian sitkom Puteri ini memuat naik sebuah foto memaparkan ibu tercintanya, Salimah Talib sedang mengaji.

Di ruangan kapsyen, Nora mendoakan agar Allah SWT melancarkan bacaan ibunya, selain menjadikan kitab suci Al-Quran sebagai peneman dalam hidupnya.

“Ya Allah sempurnakan lah bacaan ibuku. Jadikanlah Al Quran sahabatnya dunia akhirat,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by نورا دانيش (@noradanish)

Meninjau ke ruangan komen, netizen dan rakan-rakan selebriti termasuklah Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut mendoakan perkara tersebut.

Sebelum ini, Nora mengakui penghijrahannya itu turut mengubah cara peminat-peminat mendekatinya ketika diminta untuk bergambar.

Berkongsi satu momen yang berlaku di sebuah acara di Singapura, Nora berkata ramai peminat yang menzahirkan kata-kata doa ketika bertemu dengannya, selain turut menjadikan dirinya sebagai sumber idola.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kisah Hijrah Beri Kesan Pada Peminat, Nora Danish Luah Rasa Sayu – “Baru Saya Sedar Pentingnya Selebriti Sampaikan Perkara Baik…”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Insya-Allah, Siapa Tahu Mungkin Diana Danielle Boleh Berubah Lebih Baik Dari Kita” – Nora Danish

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hadiri Kelas Agama Sedikit Sebanyak Dorong Penghijrahan Nora Danish – “Kadangkala Malu, Masih Tak Berubah Walau Kerap Dengar Ceramah”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 26 Jun 2025
Events Mon, 24 Feb 2025

“Dia Tak Kosong, Bersahaja & Tenang” – Sherry Alhadad Puji Sissy Imann Kendali Pentas AJL39

“ Sissy kelihatan sangat bersahaja dan tenang. Ini menunjukkan dia sudah tahu kelebihannya. Go girl!”- Sherry Alhadad

Featured Tue, 31 Mar 2020

Vivy Yusof mohon maaf, anggap komen disalah tafsir

Warganet mahu boikot produk duCK

Featured Mon, 23 Dec 2024

Merinding! Showcase Back To Basic Ekspresi Cinta Misha Omar Buat Peminat

Terbuai, sebak dan rasa intimate, pastinya peminat dan penonton yang hadir berasa puas!

Hiburan Fri, 17 Jan 2025

Bongkar Rahsia Hati, Elliza Razak Kembali Dengan Single Urai

Elliza Razak kini hadir dengan single terbaharunya yang berjudul Urai.

Featured Tue, 16 Aug 2022
error: Content is protected !!