Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 23, 2023 @ 12:56pm

[VIDEO] “Penerbit Suruh ‘Bakar-Line’, Saya Cuma Tambah Perasa” – Isu Perli Program Lain Hanya Ikut Skrip… Janna Nick, Elly Mazlein Saling Berhubung

Pelakon dan pengacara, Janna Nick mengakui tidak terasa hati terhadap kecamanan dan kritikan netizen kepadanya ketika mengacarakan program Famili Duo musim ketiga (FD3).

Sebelum ini, Janna menjadi sebutan hangat di media sosial apabila dikritik tidak profesional gara-gara cara pengacaraannya yang dikatakan ‘sengaja’ memerli program hiburan lain yang juga berlangsung pada waktu dan hari sama.

Menurut isteri kepada aktor Dini Schatzmann ini, dia hanya melunaskan tanggungjawabnya sebagai pengacara dengan mengikut arahan penerbit program tersebut serta berpandukan skrip FD3.

“Benda tu memang dah tertulis dalam skrip, kita dah dapat tahu sebelum program Famili Duo bersiaran, program sebelah ada perli-perli program kita.

“Jadi saya rasa macam okay, fun-fun. Saya ‘balas’ balik saja lah mengikut skrip yang tertulis cumanya bila berbicara secara spontan dan kasual kita tambah sedikit ‘rasa’, tak ada niat jahat pun,” katanya.

“Janna Nick Ramai Haters’

Tambah aktres drama rantaian Melestik Ke Hatimu 2 ini, Janna berkata dia hanya berpegang teguh kepada prinsip dan tidak mahu mengambil pusing komen negatif, sebaliknya kritikan tersebut memberikannya satu pengajaran yang mematangkan.

“Janna Nick memang ramai haters, boleh jadi yang haters ni obsessed. Walaupun tak ada apa-apa tapi nak cakap juga pasal Janna.

“Apapun, saya berpegang pada prinsip untuk mendengar nasihat dan pandangan daripada penerbit. Kalau penerbit nak kita ‘bakar-line’ kita ikut, kalau penerbit nak tone down jadi baik, kita baik.

“Setakat sekarang penerbit masih ok. Saya hanya membuat kerja saya dengan jujur dan ikhlas.

“Saya ambik positif dan saya terima dengan hati yang terbuka setiao teguran, selagi mana teguran itu membina. Kalau mengarut sangat saya akan pekak telinga.

“Komen itu yang memberikan saya pengajaran, mematangkan, untuk saya perbaiki diri,” katanya lagi.

Hubungan Dengan Pengacara Lain Baik Saja

Sementara itu, Janna berkata dia tiada masalah dengan mana-mana pihak, malah pengacara dan pelakon, Elly Mazlein ada menghubunyinya dan berbual seperti tiada apa yang berlaku.

“Secara peribadi, saya memang tiada isu dengan mana-mana pihak dan hubungan saya ok sahaja dengan sesiapa pun.

“Malah selepas itu pun Kak Lina ada hubungi saya, kami ada berbual. Tak ada apa-apa isu, sebagai rakan selebriti hubungan kami ok. Saya dengan Abang Nabil pun ok.

“Dalam industri ini kami lebih mengenali sesama sendiri, cuma mungkin pandangan orang luar rasa benda tu sangat sensitif, saya mohon maaf,” akhirnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Pada minggu kedua program FD3, pasangan duo Haqiem Rusli dan Ariff Bahran berjaya merangkul gelaeran duo terbaik mingguan dan menerima wang sebanyak RM10,000.

Bersiaran secara langsung dari Studio Glenmarie, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo musim ketiga setiap Ahad, pukul 9 malam hingga 11 malam di TV3.

Gunakan tanda pagar #familiduotv3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial.

Artikel Berkaitan: Famili Duo 3: Janna Nick Sedia ‘Bakar Line’ Di Konsert Minggu Pertama – “Kita Hormat Kalau Mereka Tak Jawab Soalan”

Artikel Berkaitan: Family Duo: Haqiem Rusli & Ariff Bahran Ungguli Minggu Kedua Dengan 60.9%, Ini Kedudukan & Markah Penuh Peserta!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 20 Feb 2025
Events Fri, 25 Oct 2019
Trending Thu, 7 Nov 2019
Hiburan Tue, 14 Jan 2020

Saling Memerlukan, Risteena Diulit Bahagia Bersama Isa

Pelakon, Risteena Munim dan tunangnya Isa Khan kini lebih terbuka membicarakan kisah cinta mereka dan berkongsi foto-foto berdua setelah kedua-duanya mengakui dilamun cinta dan mengumumkan telah mengikat tali pertunangan ketika bercuti di Bali pada 23 […]

Featured Tue, 29 Nov 2022

Berang Aib Afiq Muiz Tercalar, Aishah Azman Dakwa Bekas Kakak Ipar Ada Sisi Gelap – “Curang, Minum Arak, Makan Bab*”

Fuhhhh, pentingnya jangan dengar sebelah pihak saja 🥴😮‍💨 Apapun moga semua baik baik saja

Hiburan Fri, 5 Dec 2025

Bung Moktar Radin Meninggal Dunia, Zizie Ezette Kongsi Khabar Duka Di IGS

Suami kepada aktres Datin Seri Zizie Ezette, Datuk Seri Bung Moktar Radin meninggal dunia.

error: Content is protected !!