Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 16, 2024 @ 1:41pm

“Terima Kasih Fuad Sebab Kahwin Dengan Saya” – Kekok Bercinta Tapi Serasi Bersama, Farah Lee Spill Sikap Suami Persis Arwah Bapa

Personaliti media sosial dan aktivis kemanusiaan, Farah Lee mengaku kehadiran suami, Fuad Hashim dalam kehidupannya adalah pada waktu yang tepat, kerana pada ketika itu dia sudahpun bersedia untuk kembali menjalinkan hubungan selepas bercerai dengan personaliti TV3, Ally Iskandar.

Meskipun kekok di awal perkenalan, Farah atau nama penuhnya, Nurfarahin Romli, 32, mendedahkan, Fuad seorang yang serius dengan hubungan tersebut dan mereka serasi bersama walaupun tempoh perkenalan  kedua-duanya sangatlah singkat.

“Basically Fuad came when I was ready to involve in relationship again, and he also was prepared and serious so although our onset was very brief and short but it was very smooth and effortless for both of us.

“Since kami tidak bercinta, jadi awal tu chemistry belum ada sangat sebab ye lah jarang contact apa semua.Yang aku tahu kami memang compatible.Connection boleh build by time bila dah makin kenal each other, sebab yang pegang hati adalah Allah. Aku percaya kalau kita jaga hati, inshaAllah Allah juga akan jaga hati kita dari sakit yang tak perlu.

“Yang kenal aku memang tau aku awkward nak bercinta. Farah Lee yang kau orang cakap desperate sebab selalu gurau nak kahwin, gurau pasal lelaki ni lelaki tu apa semua tu, tak pernah aku serious dengan sesiapa selama 7 tahun jadi single mom sebab aku tau aku tak ready. Pada aku,  post gatal-gatal, main-main je aku berani sebab aku tau tak serious, plus character wise, aku friendly and easy going dengan semua orang,” katanya.

Mengulas lanjut, Farah memaklumkan, peluang menunaikan umrah beberapa hari sebelum hari pernikahnnya dimanfaatkan sebaiknya untuk beroda dan meminta petunjuk memandangkan dia masih trauma dengan perkahwinan pertamanya.

“Masa umrah few days before kahwin tu, aku doa sungguh-sungguh supaya Allah tautkan hati kami dan pelihara perkahwinan ni sampai Syurga dalam bahagia.

“Masa depan, aku tak tau Allah akan uji dengan apa. Nak takut-takut sangat pun kan overthinking. So aku proceed dalam tawakkul walaupun aku tersangat nervous dan kadang rasa nak cancel je wedding sebab masih ada trauma kahwin tu,” ulasnya.

Lebih menarik, Farah turut berkongsi, suaminya itu sangat menyerupai arwah bapanya, Romli Ismail.

“Wallahi lepas kahwin baru aku start belajar sayang Fuad ni. Now, aku rasa bersyukur sangat Allah made it happen eventually.

“Alhamdulillah Fuad complements me in so many ways, and he mysteriously resembles my late dad a lot. Dari takde chemistry awal-awal tu kepada kita orang  boleh sembang non stop ya with each other now. Terima kasih @fuadhashim90 sebab kahwin dengan saya,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Farah Lee (@farahlee_)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 9 May 2025
Hiburan Tue, 24 Sep 2019
Trending Tue, 29 Jun 2021
Hiburan Thu, 22 Jun 2023

Sebutan Kes Ditangguh 6 Julai, Yasin Sulaiman Masih Di Hospital Bahagia

Laporan Psikiatri belum sedia punca kes ditangguh

Featured Tue, 29 Nov 2022
Hiburan Wed, 8 Nov 2023
Trending Fri, 7 Dec 2018

Final Piala AFF, Vietnam Airlines Tambah Penerbangan Ke Malaysia

Aksi final pertama antara Vietnam dan Malaysia berlangsung di Kuala Lumpur pada 11 Disember manakala final kedua empat hari kemudian di Stadium My Dinh Hanoi.

Hiburan Wed, 21 Mar 2018

李幸倪6月首踏红馆开唱「想要周杰伦当嘉宾」

Gin李幸倪自从加入环球唱片后,先后推出《beGin》和《Live In The Moment》,以及凭着多首冠军作品横扫多个奖项,各方面均获得佳绩!日前唱片公司宣布,李幸倪将于今年六月迎来人生首个红馆演唱会,一圆多年梦想!

error: Content is protected !!