Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal December 7, 2018 @ 3:57pm

Final Piala AFF, Vietnam Airlines Tambah Penerbangan Ke Malaysia

Vietnam Airlines akan menambah perkhidmatan penerbangan ke Kuala Lumpur pada 11 Disember bagi memberi peluang peminat bola sepak negara itu, menyaksikan perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 yang akan berlangsung di Malaysia, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Tambahan penerbangan itu membabitkan laluan dari Hanoi, Ho Chi Minh City dan Da Nang yang menyediakan lebih 1,100 tempat duduk.

Menggunakan pesawat Airbus A321 penerbangan dijadual berlepas sebelah pagi dan penerbangan balik pada petang hari yang sama.

Vietnam Airlines akan bekerjasama dengan beberapa syarikat pelancongan yang akan menyediakan pakej perjalanan, termasuk tiket penerbangan dan perlawanan, pemandu pelancong serta pengangkutan ke stadium.

Vietnam melangkah ke final Piala Suzuki selepas menewaskan Filipina 2-1 di Stadium My Dinh Hanoi, Khamis.

Aksi final pertama antara Vietnam dan Malaysia berlangsung di Kuala Lumpur pada 11 Disember manakala final kedua empat hari kemudian di Stadium My Dinh Hanoi.

— BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 19 Jul 2022

Bekas Personaliti TV3, Zalina Azman Dilaporkan Hilang Sejak November 2021

Allahu, semoga urusan pencarian dipermudahkan…

Featured Mon, 30 Dec 2024

“Saya Bukan Lagi Puan, Saya Cik…” – Berseloroh Ketika Live, Fazura Akui Terhibur Dengan Respons Peminat

Fazura menegaskan bahawa dia kini bukanlah Puan sebaliknya mahu dipanggil Cik.

Hiburan Fri, 9 Jun 2023
Featured Fri, 22 Aug 2025
error: Content is protected !!