Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie October 24, 2023 @ 9:47am

Khas Buat Peminat, NOAH Bakal Adakan Konsert 11 November Ini!

Kumpulan rock nombor 1 dari negara seberang itu yang dianggotai Ariel, Lukman (gitaris) dan David (pemain keyboard) bakal adakan konsert di Malaysia 11 November ini.

Pertunjukan istimewa bertajuk ‘Noah Menemaniku Kuala Lumpur’ kali ini di lokasi yang lebih besar iaitu Mega Star Arena, bermula tepat jam 8:00 malam, dan dibawakan oleh syarikat penganjur acara yang tidak asing lagi, YOLO Malaysia.

Selain Malaysia, NOAH juga akan turut beraksi di Kota Singa.

Menurut Haniff Hamzah, selaku Penerbit Eksekutif YOLO Malaysia, YOLO Singapura kini sedang dalam rangka menguruskan konsert NOAH yang seterusnya di Singapura yang dijangka berlangsung sebelum penghujung tahun ini.

“Oleh kerana kejayaan konsert ‘NOAH Live In KL’ pada tahun lalu dengan kehadiran lebih 2,500 penonton bukan sahaja dari Malaysia, bahkan Singapura, Brunei dan juga Indonesia, serta jualan tiket yang ‘sold-out’ dalam masa kurang dua jam.

“Justeru, kami bawakan NOAH sekali lagi pada tahun ini seperti yang dijanjikan.

“Kerjasama yang terjalin di antara YOLO Malaysia dan NOAH ternyata berhasil dan demi memenuhi kehendak peminat yang tidak berpeluang hadir ke konsert lalu, konsert kali ini menyediakan lokasi yang lebih luas bagi menampung lebih ramai penonton dengan pengalaman yang lebih hebat,” ujar Haniff.

Haniff berkata, Noah akan menjanjikan kelainan setiap kali membuat persembahan. Konsert ini juga bakal memberikan pengalaman yang berbeza kepada semua peminat.

Lagipun, ini merupakan konsert terakhir daripada Noah sebelum mereka berehat panjang.

“NOAH dijangka akan mempersembahkan lebih dari 20 buah lagu kesemuanya, termasuk lagu-lagu baharu ciptaan mereka dengan diiringi beberapa pemain muzik profesional yang diterbangkan khas dari Indonesia.

“Selain itu, susunan muziknya juga turut diperbaharui yang menjanjikan kelainan dan tidak pernah didengari sebelum ini, dan ditambah pula dengan konten visual yang istimewa demi kepuasan pengalaman muzik yang sebenar,” jelas Hamka Mohd Taufik, Penerbit Kreatif YOLO Malaysia.

Terdahulu, YOLO Malaysia telah pun mengadakan jualan tiket konsert atas talian pada 7 Oktober baharu-baharu ini khusus buat ‘YOLO Family’ (bagi mereka yang pernah membuat pembelian konsert-konsert YOLO sebelum ini) dengan potongan harga istimewa atau diskaun.

Jangan lupa dapatkan tiket-tiket ke konsert NOAH MENEMANIKU KUALA LUMPUR dengan segera secara ‘online’ kerana bilangannya adalah terhad!

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web yoloasia.com.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 25 Mar 2024

Kongsi Video Keluarga, Kecantikan Anak-Anak Mustapha Kamal Raih Perhatian  – “Family Megah Holding Original”

Mestilah anak-anak segak dah mak paknya pun segak. Tengok Susan Menon tu, awet muda kan?😍

Hiburan Wed, 21 Nov 2018
Hiburan Sat, 17 Mar 2018

Awi Rafael dan Atikah Suhaime Bertunang

Artis jelita berusia 27 tahun itu menulis bahawa dirinya percaya Tuhan akan mempermudahkan segala perancangan, tanpa menjelaskan lebih lanjut berhubung perkara itu.

Featured Thu, 15 Sep 2022
Hiburan Mon, 7 Oct 2019

Abby Abadi Mohon Doa Semua, Anak Makin Kritikal

Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Abby Abadi dan keluarga. Semoga semuanya baik-baik sahaja!

Hiburan Fri, 22 Nov 2019

Tiada Penangguhan Lagi, Farid Kamil Masuk Penjara

Semoga Datuk Farid Kamil dan keluarga tabah menunggu tempoh 9 bulan berlalu.

error: Content is protected !!