Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 24, 2023 @ 6:17pm

[VIDEO] Zul Yahya Kayuh Basikal Dari Ipoh Ke Johor Bahru Tanda Solidariti Buat Palestin!

Bekas pelakon dan pelawak, Zul Yahya nekad berbasikal dari Ipoh ke Johor Bahru dan kembali semula ke Ipoh.

Menerusi perkongsian di Facebook, Zul nama sebenarnya Zulkifli Yahya berkata dia ingin melunaskan impiannya itu demi solidariti buat Palestin.

“Usaha saya yang kecil ini bagi menaikkan semangat dan sokongan kita kepada rakyat Palestin.

“Saya juga membawa tabung sumbangan utk sama-sama berkongsi rezeki kepada saudara kita di Palestin

“Ayuh! kibarkan bendera Pelestin di rumah dan di premis anda tanda sokongan dan semangat kita kepada rakyat Palestin.

“Saya nak melihat bendera Palestin sepanjang kayuhan saya. Kibarkan bendera Palestin dimana saja,” tulisnya di Facebook.

Dalam pada itu, pelakon drama Pepaya itu turut menghargai setiap sokongan yang diberikan kepadanya.

“Terima kasih atas sokongan yang kalian berikan, doakan semoga dipermudahkan urusan kayuhan saya pergi dan pulang,” harapnya.

Difahamkan, dia memulakan kayuhan tersebut dari Ipoh pada pagi Sabtu lalu.

Semalam Zul turut berkongsi perjalanannya dari Stadium Kajang menuju ke arah selatan.

Terkini, berdasarkan pemerhatian XTRA, menerusi perkongsian secara langsung di akaun TikTok miliknya, bapa kepada enam orang cahaya mata itu sudah memasuki negeri Melaka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 10 Sep 2023
Trending Thu, 5 Dec 2019

BTS Creates History By Being The First Artist To Sweep All 4 Daesang Awards At MAMA 2019!

World-conquering boy ground sweep the biggest annual K-Pop awards for second year running.

Hiburan Fri, 6 Jun 2025

“Kalau Ada Rezeki, Saya Akan Umumkan” – Ernie Zakri Bakal Berduet Dengan Siti Nurhaliza?

Ernie Zakri pasang impian duet dengan Siti Nurhaliza dalam album Sahabat

Hiburan Tue, 11 Sep 2018

Setahun Bergelar Isteri, Laudya Cynthia Bella Sangat Bahagia

Pelakon berusia 30 tahun ini mengaku harus mengutamakan suami sebelum melakukan sebarang keputusan.

Trending Tue, 13 Jul 2021
Hiburan Wed, 8 Jan 2025

CSOIAM: Cikgu Sarah Ismail Ramal Kai Deva, Rezza & Zazzleen Mungkin Berdepan Cabaran Besar Pada Minggu Keempat

Sarah Ismail menyebut beberapa nama yang mungkin berdepan berdepan cabaran besar untuk minggu keempat CSOIAM dan antaranya adalah Kai Deva, Rezza dan Zazzleen.

error: Content is protected !!