Hiburan By: Maya Basir October 25, 2023 @ 6:35pm

Johan As’ari Terpaksa Tangguh Majlis Nikah, Akui Takut Untuk Berkongsi Wajah Kekasih Gara-Gara…

Pelakon Johan As’ari memaklumkan majlis pernikahannya yang sepatutnya berlangsung pada 3 Disember depan bersama wanita yang dikenali sebagai N terpaksa ditangguhkan.

Memetik laporan Harian Metro, dia memohon maaf kerana terpaksa tunda nikah atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.

“Sebenarnya ada beberapa hal yang menyebabkan kami tidak dapat meneruskan majlis pernikahan ini dan terpaksa tunda ke awal tahun depan.

“Selain dewan kahwin yang penuh, ada beberapa perkara lain yang saya tak dapat nak kongsikan walaupun segala persiapan sudah mula dibuat.

“Doakan semoga saya cepat kahwin. Hubungan kami okey saja tiada masalah. Cuma saya mohon maaf kerana sebelum ini saya pernah hebahkan akan berkahwin tahun ini tapi saya hanya mampu merancang, Allah yang tentukan,” katanya.

Menurutnya, tarikh rasmi baru untuk menyatukan mereka berdua akan diberitahu kelak.

Berkenaan dengan wajah kekasih hatinya itu, dia terbuka untuk berkongsi kepada umum selepas berkahwin.

“Perkahwinan bukan untuk dirahsiakan. Jadi saya akan beritahu kepada peminat dan rakan media yang sudi untuk datang ke majlis kami nanti. Saya tidak akan sorok.

“Begitu juga dengan wajah kekasih selepas kami berkahwin nanti. Saya akan kerap kongsikan wajahnya dengan lebih kerap nanti.

“Walaupun saya yakin dia bakal menjadi suri hati saya, tapi dalam masa sama saya takut untuk tonjolkan selagi dia belum sah bergelar isteri.

“Lagipun pengalaman mendewasakan saya. Menerusi perhubungan sebelum ini saya terlalu teruja berkongsi, sehingga akhirnya berasa malu kerana hubungan itu berakhir dengan perpisahan.

“Satu lagi saya lebih nak menjaga hati dan privasi pasangan. Sebab itulah saya jarang kongsi wajahnya,” katanya.

Terdahulu, Johan memberitahu menjalinkan hubungan istimewa dengan wanita dikenali N selama lima tahun dan berharap akan berkahwin tahun ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 27 Dec 2019

Undian ERA Digital Music Awards (EDMA) Kini Bermula!

Jangan lupa untuk undi artis kegemaran korang!

Hiburan Mon, 30 Jul 2018

Wow! Kafe G Dragon Kaut Untung Hampir RM 60,000 Sehari

Populariti kafe ‘Untitled,2017’ bukan saja dibantu oleh hebahan yang dibuat media tempatan dan antarabangsa tetapi termasuk jutaan peminat G Dragon sendiri.

Hiburan Fri, 7 Dec 2018

Auww…Sweet Sungguh Ucapan Hari Jadi Suami Untuk Ayu Raudhah

Makin lama makin cantik, Happy Birthday Ayu!

Hiburan Thu, 16 Aug 2018

Beto Kusyairy Tak Anggap Dirinya Pelakon Komersial

Ini kerana dalam dunia ini, ada macam- macam watak yang wujud. Baik atau hitam sesuatu watak itu, saya tak mampu untuk spesifik. Macam-macam ragam di dunia ini yang perlu kita faham dan teroka.

Events Mon, 11 Apr 2022