Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain October 27, 2023 @ 11:07am

Nyanyian Syafinaz Dikecam Sehingga Kredibiliti Jadi Juri Dipertikai Warganet, Ajai Tampil ‘Back Up’

Penyanyi, komposer dan penerbit muzik, Ajai mempertahankan rakan artis yang bergelar guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat selepas nyanyiannya dikutuk dan dikecam ketika membuat persembahan di sebuah program, baru-baru ini.

Menurut juri Famili Duo 3 itu, orang ramai tidak sepatutnya mempertikaikan ilmu dan pengalaman Syafinaz dalam bidang muzik termasuk kelayakannya untuk duduk di kerusi juri pertandingan.

“Mungkin orang tidak biasa dengar Syafinaz menyanyi soprano sebab itu bukan pasaran Malaysia. Tetapi, kita jangan perlekeh ilmunya. Kalau dia berijazah, takkan kita mahu meremeh-remehkan?

“Seperti kita boleh lihat, tidak semestinya pengadil pandai main bola. Tetapi sudah pasti dia tahu undang-undang di padang,” kata Ajai.

Terdahulu, tular di media sosial video Syafinaz mendendangkan lagu Persis Salju dan Europa nyanyian asal Monica Naranjo yang dikritik netizen sehingga ada yang mendakwa tahap persembahan terbabit tidak setaraf dengan kredibilitinya sebagai juri.

Menurut Ajai yang menyandang tanggungjawab juri pelbagai pertandingan, dia dan Syafinaz masing-masing terbuka menerima kritikan netizen kerana itu hak mereka untuk bersuara.

“Kami bekerja berdasarkan pembelajaran dan pengalaman. Dia ada ilmu formal dalam bidang vokal manakala saya pula penerbit muzik. Kita sudah meraih pengalaman lama dalam industri hiburan.

“Kita tidak mengharapkan kita menyanyi dahsyat apabila kita bagi komen pada seseorang penyanyi. Tetapi kita tahu mengenai undang-undang nyanyian, Syafinaz adalah pensyarah muzik, guru vokal dan saya pula penerbit.

“Bagi saya, tohmahan netizen itu tidak mengapa. Itu hak mereka, sama ada hendak suka atau tidak. Kadang-kadang dia cakap tak suka, apabila jumpa dia luar, dia tetap nak selfie bersama. Disebabkan itu, saya fikir, tohmahan netizen itu tiada apa-apa,” jelasnya.

Ajai ditemui di sidang media Konsert Exists Borneo Tour, baru-baru ini.

Konsert Exists Borneo Tour pada 17 Disember 2023 bakal diadakan di Borneo Convention Center, Sarawak dan pada 30 Disember 2023 pula, ia akan diadakan di Sabah International Convention Center. Layari www.ticket2u.com.my untuk pembelian tiket.

Dalam perkembangan lain, Ajai muncul sebagai juri program Famili Duo 3 bersama Mas Idayu.

Jangan lupa saksikan Famili Duo 3 setiap Ahad jam 9 malam di TV3 atau strim secara HD di Tonton.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 15 Jul 2024
Hiburan Thu, 31 Oct 2019

Penyanyi Popular Ini Sebenarnya Protege Black?

Jangan lupa saksikan Mentor Milenia 2019 Ahad ni tau?

Hiburan Fri, 24 Jan 2025

[VIDEO] Netizen Kesian Tiada Bapa Di Sisi, Rita Rudaini Dah Ajar Anak-Anak Jadi Kebal – “Kami Tak Terkesan…”

Anak Anak Rita Rudaini tak terkesan kerap ditanya tentang bapa, Aidil Zafuan

Trending Tue, 6 Aug 2019

TV3 Cari Bakat Baru Menerusi #BacaBeritaChallenge, Anda Layak? Jom Sertai!

Jom sertai #bacaberitachallenge dan menangi hadiah eksklusif misteri!

Hiburan Wed, 23 Mar 2022

Gandingan REV Media Group & Dattel Asia Group Perkasa PKS dengan Pengiklanan Berasaskan Data

Penerbit digital terkemuka Malaysia, REV Media Group (RMG) telah bergabung tenaga bersama syarikat data dan analisis pengguna, Dattel Asia Group (DAG) dan menjadi penerbit tempatan pertama di Malaysia yang membangunkan platform layan diri yang memperkasakan […]

Trending Thu, 11 Nov 2021

Bapa Nynaa Harizal Mengaku Tidak Bersalah Ugut Guna Pistol

Bapa kepada pelakon Nynaa Harizal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini atas kesalahan mengugut dengan mengeluarkan sepucuk pistol terhadap seorang lelaki pada 2 November lalu. Tertuduh, Harizal Hashim, 49, yang merupakan […]

Featured Sat, 9 Sep 2023
error: Content is protected !!