Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 27, 2023 @ 5:00pm

[VIDEO] Wajah Wanita Ini Seiras Shila Amzah Curi Tumpuan Netizen… Ubai Pun Tekejut! – “Eh Isteri Saya Jadi Orang Brunei!”

Tular baru-baru ini di media sosial sebuah rakaman video yang memaparkan seorang wanita yang dikatakan mirip penyanyi popular Shila Amzah.

Menerusi perkongsian di TikTok, seorang pengguna yang juga penata rias memuat naik hasil solekannya untuk seorang wanita bagi sebuah majlis di Brunei.

Lengkap berbusana tradisional negara Brunei beserta solekan yang anggun, ternyata wanita tersebut mencuri tumpuan warga maya.

Manakan tidak, wajahnya selepas disolek sungguh mirip penyanyi Shila Amzah. Lebih menarik, cara senyuman wanita itu juga boleh dikatakan seakan pelantun lagu Tiada Dirimu itu.

Menjengah ke ruangan balas perkongsian tersebut, rata-rata warga maya tergamam apabila mengatakan wajah wanita tersebut mirip Shila Amzah.

Malah, ada juga yang menyangka wanita tersebut adalah Shila Amzah.

“Wow u look like Shila Amzah,” komen seorang pengguna.

“Fikir Shila Amzah pakai pakaian Brunei,” tulis netizen.

“Ini baru betul pelanduk dua serupa. Tak ada beza langsung dengan Shila ni,” luah seorang warganet.

“Ingat Shila Amzah tadi,” komen seorang wanita.

“Wow..memang sama macam Shila Amzah,” komen netizen.

Lebih menarik, suami kepada Shila Amzah iaitu Ubai turut meninggalkan komen di perkongsian tersebut.

“Eh wife saya jadi orang Brunei,” komen Ubai.

Menurut penata rias tersebut, ramai yang bercakap-cakap mengenai wajah pelanggannya itu mirip dengan Shila Amzah.

Dalam perkongsian berlainan, penata rias itu turut memuat naik wajah wanita tersebut sebelum disolek.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah meraih lebih 157,000 tontonan dan 600 komen.

Untuk info, Shila Amzah dan adiknya iaitu Syahir Amzah kini sedang bertanding dalam Famili Duo musim ketiga.

Jangan lupa saksikan Famili Duo musim ketiga setiap Ahad, jam 9 malam di TV3! Penonton boleh juga strim secara langsung di www.tonton.com.my atau strim secara HD hanya di Tonton.

Enam pasangan telah diumumkan untuk bertarung di pentas Famili Duo 3 iaitu Shila Amzah & Syahir Amzah (adik-beradik), Adira & Emma Suhaimi (adik-beradik), Fuad Rahman & Tom (suami isteri), Ryan Bakery & Adam Bakery (adik-beradik), Haqiem Rusli & Ariff Bahran (sepupu) dan Syarif & Syaful Zero (Adik Beradik).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 1 Mar 2018

Terlajak Awal! Gajah Pun Ke Sekolah Tau…

Kalau dilihat pada gambar di atas, gajah itu seolah-olah sesat kan? Nasib baiklah ketika kejadian, salah seorang kakitangan sekolah belum masuk tidur lagi.

Featured Fri, 11 Nov 2022
Hiburan Mon, 8 Jan 2018

Kemelut UNIC, Tarik diri sebab Bazli

Najdi tidak akan bersama Bazli dan Fakhrul di pentas akhir Anugerah Nasyid 2017 (AN2017) yang bakal berlangsung Sabtu ini.

Trending Mon, 3 Feb 2020

Jururawat “Psiko” Ditahan Atas Cubaan Bunuh Bayi Berusia Satu Hari

Harap-harap keadaan bayi tersebut dalam keadaan stabil dan sihat

Trending Fri, 4 Jun 2021

Tindakan Undang-Undang Buat Golongan Antivaksin – PM

Haa, jangan hasut orang lain wahai si antivaksin

Hiburan Fri, 8 Aug 2025
error: Content is protected !!