Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 28, 2023 @ 12:21pm

Siti Khadijah Nafi Sophia Albarakbah Dipulaukan Rakan Artis – “Dia Orang Baik, Dia Ajak Saya Buat Benda Baik”

Pelakon Siti Khadijah Halim tampil menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan pelakon kontroversi, Sophia Albarakbah dipulaukan rakan dalam industri hiburan.

Menurut laporan Harian Metro, Siti mengakui Sophia seorang yang disayangi dan bukanlah seperti ‘kera sumbang’ ketika di set penggambaran.

“Saya tak suka jawab soalan yang mengatakan kawan saya seperti kera sumbang. Di lokasi penggambaran, dia ibarat permata yang berharga.

“Kami semua sayang dia. Tiada isu dan masalah yang ditimbulkan di set penggambaran,” katanya.

Tambah pelakon drama Sekali Lagi Cinta Kembali itu, dia juga pernah melalui situasi dipulaukan dan memahami perasaan tersebut.

Malah, Siti yang bergandingan dalam sebuah drama bersama Sophia itu bersyukur dipertemukan dengan pemenang trofi Aktres Filem Popular Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH35) tersebut.

“Saya pernah dipulaukan dan saya faham perasaan itu. Saya tidak akan buat benda yang sama terhadap orang lain. Saya gembira drama itu mempertemukan kami.

“Saya dapat mengenali dia lebih dalam tidak seperti orang lain. Sebagai kawan, saya nak cakap yang dia adalah orang baik, bukan kera sumbang dan dipulaukan,” ujarnya.

Kongsi Siti lagi, kehadiran Sophia banyak mengubah personaliti dirinya apabila menjadi lebih sopan ketika mereka bersama.

“Dia mengajak saya buat benda yang baik. Dia mengajar saya untuk jadi lebih sopan. Apabila bersama dia, saya automatik jadi lebih lembut, memahami dan sifat kewanitaan saya lebih terserlah,” katanya.

Terdahulu, timbul dakwaan mengatakan Sophia dipulaukan rakan artis lain di set penggambaran. Namun, pelakon filem Mimaland itu menafikan dakwaan tersebut.

Sebelum ini, nama Sophia menjadi hangat apabila sering terpalit dengan beberapa siri kontroversi yang membabitkan dakwaan menganggu rumah tangga selebriti lain.

ARTIKEL BERKAITAN: “#DoneBeingTooNice” – Nama Sering Dilanda Kontroversi, Sophia Albarakbah Penat Jadi Terlalu Baik?

ARTIKEL BERKAITAN: Gelaran ‘Penyondol’ Terlalu Keras! Shahz Jaszle ‘Back Up’ Sophia Albarakbah… Nasihat Aktor Lelaki Patut Tahu Batas & Status Diri

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Jenis Introvert, Tak Out Going Sangat” – Sophia Albarakbah Teruja Lakonkan Watak Wanita Bertenaga & Lincah

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 12 Jul 2023
Hiburan Thu, 20 Jun 2019

Ibu Mawi Meninggal Dunia

Berita sedih ini dikongsi kepada pengikut mereka menerusi laman Instagram radio Zayan.

Featured Wed, 11 May 2022
Hiburan Thu, 26 Jul 2018

Mafarikha Beri Inspirasi Kongsi Wajah Dahulu Dan Sekarang

Walaupun zaman sekarang kelihatannya golongan remaja sangat menitikberatkan penampilan sehingga ada yang obses dengan penampilan artis Korea, namun bagi Mafa apa yang penting adalah sentiasa memanfaatkan usia muda mereka.
 

Hiburan Mon, 22 Apr 2019

Fattah Amin and Fazura Receive Backlash from Fans For No-Show at AME 2019

The couple couldn’t make it for the event and fans are outraged by their absence.

Featured Tue, 16 Jul 2024

“Bukan Suka-Suka Saya Buka” – Shima ‘Teringin’ Perjelas Alami Migrain Teruk Punca Tanggal Tudung

“Saya tak ambil peduli pun dengan kecaman. Nak kecam, kecamlah. Saya bukan budak lagi. Saya tak makan dek kecaman, tak berkudis pun,” – Shima

Hiburan Sun, 21 Dec 2025

Mass Factorz Mahu Sertai ‘Night Walk’ Atas Permintaan Sendiri, Roslan Shah Nafi ‘Tunggang’ OKU Demi Content

Nafi menggunakan OKU demi content, Roslan Shah menjelaskan penyertaan Mass Factorz adalah atas permintaannya sendiri.

Featured Thu, 19 Aug 2021

#JusticeForBella, Pengasas Rumah Bonda Bakal Didakwa Di Mahkamah

Isu penderaan seorang kanak-kanak perempuan Sindrom Down, Bella yang tular di media sosial dipercayai didera di sebuah pusat kebajikan dikenali Rumah Bonda masih belum menemui titik penamat. Terbaru, suspek utama kes penderaan Bella yang juga […]

error: Content is protected !!