Selebriti By: Atiqah Johari October 24, 2023 @ 6:44pm

Gelaran ‘Penyondol’ Terlalu Keras! Shahz Jaszle ‘Back Up’ Sophia Albarakbah… Nasihat Aktor Lelaki Patut Tahu Batas & Status Diri

Nama pelakon cantik Sophia Albarakbah masih menjadi bualan hangat sehingga kini susulan beberapa kontroversi yang mendakwa dirinya mengganggu rumah tangga pasangan selebriti sebelum ini.

Namun begitu, pelakon Shahz Jaszle mengakui dia berasa kasihan akan Sophia yang dilabel sebagai ‘penyondol’ oleh warganet gara-gara gosip tersebut.

Memetik laporan Harian Metro, Shahz memaklumkan bahawa Sophia ada menghubungi dirinya dan isteri bagi meluah nasib.

“Dia agak sedih dan pernah hubungi saya dan isteri kerana orang tuduh dia itu ini. Saya ada nasihat dia dan minta dia supaya tak layan benda itu.

“Pada saya sekiranya tak buat, dia tak perlu takut kerana ada sesetengah orang dengki padanya sebab dia cantik. Tapi saya tahu dia kuat dan dia kerja keras untuk kerjayanya.

“Saya ada mengingatkannya banyak lagi halangan dan cabaran yang akan dia lalui. Saya cuma nasihatkan dia jangan cepat mengalah dan putus asa, sebaliknya teruslah berkarya,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Shahz menyifatkan bahawa gelaran ‘penyondol’ buat Sophia adalah terlalu keras malah mengakui kelembutan dan kecantikan pelakon itu boleh mencairkan hati lelaki.

Namun begitu, dia menegaskan bahawa lelaki itu sendiri juga perlu mengetahui batas terutamanya lelaki yang berstatus suami orang.

Jelasnya, dia sebagai seorang pelakon yang sudah berkahwin pun tidak mempunyai sebarang masalah jika bergandingan dengan Sophia.

“Saya sendiri sudah berkahwin dan pernah bekerjasama dengan Sophia. Saya tiada sebarang masalah dengan dia pun walau sudah berkahwin.

“Sebenarnya terpulang kepada individu itu sendiri nak bawa diri ke arah mana dan nak letakkan perasaan bagaimana terhadap heroin kita.

“Memang bila berlakon sekali kita akan rapat sebab nak mewujudkan keserasian ketika berlakon, tapi kita sendiri kenalah kuat dan tahu status dan di mana kita berada.

“Sophia wanita yang lemah lembut, kelembutan dia itu memang boleh buat orang salah sangka. Mungkin lelaki akan ingat Sophia suka pada mereka tapi sebenarnya memang sikap dia begitu,” ujarnya lagi.

Artikel Berkaitan: “Saya Jenis Introvert, Tak Out Going Sangat” – Sophia Albarakbah Teruja Lakonkan Watak Wanita Bertenaga & Lincah

Artikel Berkaitan: Nama Dipetik Isu Shila Amzah Mimpi Pelakon Wanita Ganggu Ubai, Ini Respons Sophia Albarakbah – “Hebat Netizen Kita…”

Artikel Berkaitan: Sophia Albarakbah Penat Berlakon Dengan Suami Orang – “Saya Tak Sondol Sesiapa Ya”

Artikel Berkaitan: Nafi Hadir Acara Untuk Tonton Aliff Aziz, Bella Astillah Pula Dakwa Sophia Albarakbah Menipu? – “Lepas Aliff Habis Nyanyi Je Terus Gerak Balik”

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 15 Jan 2024

Bakar Al-Quran Di Dalam Tong Sampah Gagal, Cubaan Pemimpin Anti-Islam Belanda Tidak Berjaya

Puak anti-Islam ni tak pernah puas dengan provokasi menghina Al-Quran! Semoga mendapat balasan yang setimpal kelak.

Hiburan Wed, 1 May 2019

Nabila Razali Muntah

Nabila Razali ‘muntah-muntah’ sebelum tampil ke pentas membuat persembahan.

Trending Thu, 24 Dec 2020
Featured Wed, 24 Jan 2024
Events Mon, 6 Apr 2020
Hiburan Tue, 9 Jan 2018

Joy Revfa Jadi Bahan Kecaman?

hanya kerana sekeping gambar yang dimuat naik di Instagram terus kena kecam

Hiburan Thu, 5 Apr 2018

Ini Rahsia Dato Siti Nurhaliza Susut Berat Badan!

Beliau juga gembira kerana berat badannya semakin berkurang selepas melahirkan anaknya.