Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi December 12, 2023 @ 11:20am

#SFMM38: M Nasir & Ziana Zain Bakal Rebut Tempat Ke Pentas AJL, Beri Saingan Pada Komposer & Penyanyi Lain

Umum mengetahui sebanyak 30 karya lagu telah diumumkan bagi bersaing di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 38 (SFMM38) untuk merebut tempat ke Anugerah Juara Lagu 38 (AJL38).

Turut berjaya meloloskan diri adalah komposer terkenal, Datuk M Nasir apabila mempertaruhkan lagu ciptaanya iaitu Menyantun Kasih nyanyian Siti Nordiana dan Edry Abdul Halim menerusi lagu Korbankan Kita nyanyian oleh kumpulan MOJO.

ARTIKEL BERKAITAN: Saingan Bermula! Ini Senarai Penuh 30 Lagu Yang Layak Ke Separuh Akhir Muzik Muzik 38 #SFMM38

Penerbit Eksekutif SFMM38, Muhamad Sufian Che Isa berkata, pihak produksi sangat teruja dengan kembalinya komposer-komposer dan penyanyi legenda ke pentas tersebut.

“Saya sangat gembira apabila lagu-lagu kini banyak dikuasai oleh komposer dan penulis lirik muda dan baru.

“Kami juga alu-alukan komposer legenda juga bertanding untuk separuh akhir kali ini. Gembira sangat.

“Sama juga seperti penyanyi, kita ada Datuk Jamal Abdillah, Ziana Zain dan Liza Hanim. Gembira apabila kita dapat meraikan dalam industri muzik kita.

“Alhamdulillah setakat ini memang mereka akan menyanyi nanti,” katanya kepada pemberita pada sidang media pengumuman SFMM38, pada Ahad.

Sufian juga turut menyifatkan penyertaan komposer dan penyanyi legenda seperti M Nasir, Edry, Datuk Jamal Abdillah, Ziana Zain dan Liza Hanim sebagai nilai tambah kepada SFMM38.

SFMM38

Foto NSTP/ASYRAF HAMZAH

Tambah Sufian, dia mengakui pihak penjuriaan melalui proses sukar untuk menempatkan 30 karya tersebut namun percaya setiap lagu yang terpilih mempunyai kekuatan dari pelbagai aspek.

“Lagu yang layak bukanlah dipilih tetapi ia adalah hasil penilaian daripada pihak juri dan separuh lagi dari peminat yang mengundi dalam carta.

“Edisi kali ini, ada 14 buah lagu berentak balada dan selebihnya bergenre lain. Ia sangat mencabar bagi juri, setiap kali pastinya ada kontroversi dan isu.

“Secara teknikalnya, kami mengambil kira dari semua faktor. Memang mencabar tapi saya rasa juri mampu biarpun bebanan sangat tinggi.

“Kami syukur dapatkan juri yang berpengalaman dan berkaliber. Dan pastinya kami akan berikan keputusan terbaik,” ujarnya.

SFMM38 menyaksikan 30 karya lagu bakal merebut 12 tempat ke AJL 38 yang bakal diadakan pada 3 Mac 2024 di Axiata Arena, Kuala Lumpur.

SFMM38 dibawakan khas oleh penaja utama, Alha Alfa dan rakan penaja, U Mobile. Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan!, XTRA dan Seismik sebagai rakan digital, serta Hot FM sebagai rakan radio.

SFMM38 yang dihoskan Izzue Islam dan Fizza Frizzy akan bersiaran secara langsung pada 15, 16 dan 17 Disember ini jam 3.00 petang hingga 5.00 petang di TV3 dan strim HD secara langsung di www.tonton.com.my 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 8 May 2018

Patah Tumbuh Hilang Berganti, Brooklyn Kini Berpacaran Dengan Wanita Berusia

Patah tumbuh hilang berganti. Tidak berapa lama kembali dengan status single selepas  berpisah dengan aktres Chloe Moretz, ruang hati Brooklyn Beckham kembali terisi.

Hiburan Wed, 25 Oct 2023
Featured Thu, 18 Nov 2021

Pelakon Harry Potter Bakal Reunion Dalam Tayangan Istimewa Ulang Tahun Ke-20 Harry Potter: Return To Hogwarts

Tayangan khas filem Harry Potter iaitu Return To Hogwarts bersempena dengan ulang tahun ke-20 filem itu telah diumumkan secara rasmi pada Rabu. Tayangan istimewa ini merupakan perjumpaan semula karakter-karakter di dalam filem itu yang akan […]

Selebriti Wed, 1 Nov 2023
Trending Sun, 21 Aug 2022

“Adakah Ini Mainan Tidur Atau…” – Atiq Azman Mimpi Kena Sihir Dua Kali

Nama Atiq Azman sering menjadi perhatian warganet terutamanya di kalangan peminat remaja dek kerana memiliki wajah yang tampan dan bakat lakonan yang tidak kurang hebatnya. Terbaru, pelakon yang popular menerusi drama Nur itu ada memuat […]

Trending Sat, 29 Feb 2020
Hiburan Wed, 7 Feb 2024
Hiburan Wed, 3 May 2023
error: Content is protected !!