Hiburan By: Khairil Khusyairi October 29, 2023 @ 7:32pm

Anak Tiri Fizi Ali Trauma Gara-Gara Foto Tekup Mulut – “Dia Takut Nak Keluar & Pergi Sekolah”

Penyampai radio Hot FM, Fizi Ali memaklumkan anak tirinya, Damia mengalami trauma gara-gara dakwaan menekup mulut anaknya Ameena dalam sebuah foto, baru-baru ini.

Menurut Fizi, dia memohon kepada semua agar tidak menuduh tanpa mengetahui situasi sebenar ketika itu.

“Kepada netizen yang tidak tahu cerita, tolong jangan buat benda yang akan menimbulkan rasa tak selesa.

“Contohnya anak tiri saya, dia sangat depress, nak buat saya, buatlah tapi jangan buat kepada orang yang saya sayang.

“Saya minta maaf pada yang komen dan mesej langsung (DM) yang agak teruk cakap fasal anak isteri saya, untuk selesaikan masalah saya delete dan block,” ujarnya dalam temu bual bersama program hiburan popular TV3, Melodi.

Jelas Fizi, dia tampil menceritakan situasi sebenar yang terjadi ketika itu apabila Ameena ingin mencium tangan kakanya itu.

“Kita tak boleh menilai dari sekeping gambar, Ameena bila bergambar tangan dia memang berjalan sana-sini, kebanyakan dia memang pegang tangan kakak dia.

“Gambar yang dia tutup mulut tu sebenarnya Ameena pegang tangan dahulu kemudian dia ambil tangan kakak dia kata nak cium, dia kata ‘nak kiss, so sweet’.

“Orang salah anggap sampai viral nak lemaskan Ameena, tak patutlah bila juga siap zoom lagi muka anak tiri saya. Itu dah agak keterlaluan.” jelasnya.

Tambah Fizi lagi, dia mendedahkan Damia mengalami mangsa buli siber di sehingga takut untuk ke sekolah kerana bimbang orang ramai akan memarahi dan membencinya.

“Dia masih bersekolah, orang hantar kat dia gambar, dia lebih kepada buli siber, kesian dia tak patut terima benda ini. Dia juga baru saja masuk dalam hidup kami.

“Dah kena macam itu sampai anak tiri saya takut nak pergi sekolah, takut nak keluar, dia beranggapan dia jahat kepada adik dia, kaki buli.

“Saya nak tenangkan anak dan isteri saya, banyak nasihat kepada dia agar kuat hadap semua ini

Terdahulu kecoh di media sosial apabila bekas isteri Fizi yang juga pelakon Shakilla Khoriri, meluahkan rasa kurang senang melihat anak tiri Fizi menekup mulut Ameena dalam foto perkhawinan penyampai radio itu.

Fizi pada minggu lalu memaklumkan dia sah bergelar suami kepada Siti Zulaikha, 3o, di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Selangor.

Untuk rekod, Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan bercerai selepas tiga tahun.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nurul Ameena Sofia pada 2019.

ARTIKEL BERKAITAN: Kurang Senang Mulut Anak Ditekup ‘Kakak’ Dalam Foto, Shakilla Khoriri Dakwa Fizi Ali Tak Terus Terang – “Jangan Sakiti Anak Saya!”

ARTIKEL BERKAITAN: Tepis Dakwaan Tak Jujur, Fizi Ali Kota Janji Bawa Anak Ke Waterpark! Foto Ameena & Kakak Tiri Tidur Pegang Tangan Buat Ramai Sebak

ARTIKEL BERKAITAN: “#OffDuda” – Dengan Sekali Lafaz, Fizi Ali Sah Bergelar Suami Siti Zulaiikha

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 13 Oct 2018

Rasa Terbeban Pakai Tudung? Gadis Ini ‘Dihentam’ Netizen Lepas Kongsi Pendapat

Pada pandangannya jika orang menggalakkan orang lain untuk memakai tudung, begitu juga dia yang ingin menggalakkan orang membuka tudung.

Events Fri, 30 Nov 2018
Trending Thu, 27 Jan 2022

“Hati-Hati Bila Berkata… Jaga Anak Anak Sendiri Dahulu” – Ernie Zakri Buka Mulut, Beri Respons Terhadap Isu DSV & Anuar Zain?

“Hati hati bila berkata, kita sendiri ada keluarga. Usah berkata bukan-bukan. Jaga anak-anak sendiri dahulu.” Itu merupakan ciapan penyanyi Ernie Zakri di laman sosial Twitter miliknya yang dimuat naik pada Rabu. Biarpun tidak menyebut sebarang […]

Featured Sun, 26 Apr 2020
Featured Fri, 12 Aug 2022

Alif Hadi Nafi Jadi Punca Yasmin Hani Bercerai

Tiada istilah isu ‘penyondol’ dalam hubungan Alif Hadi & Yasmin Hani

Hiburan Tue, 25 Sep 2018

吸引5千人参与《八度空间嘉年华》 艺人群众共聚庆中秋

《八度空间嘉年华》圆满举行!旗下的艺人、主持人以及网红落力助阵,吸引5500人到场共襄盛举,掀起一波又一波的热潮!