Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 30, 2023 @ 7:28pm

“Rasa Hormat Saya Dah Hilang Pada Abang” – Sharnaaz Ahmad Tempelak Azhar Sulaiman… Netizen Label ‘Palatao’ Isu Palestin

Pelakon popular, Sharnaaz Ahmad antara yang lantang menyuarakan pendapatnya mengenai isu bergolak yang sedang menimpa saudara kita di Palestin.

Malah, dia merupakan artis yang berani tampil menegur tindakan pelakon Azhar Sulaiman yang kelihatan mempertikaikan strategi perjuangan pejuang-pejuang Hamas dan Al-Qassam dalam menentang pihak zionis.

Menurutnya, apa yang dibincangkan Azhar menerusi platform media sosialnya itu tidak sepatutnya berlaku, memandangkan golongan pejuang ini sedang bertungkus – lumus mempertahankan tanah Palestin.

Bahkan, Sharnaaz juga menyifatkan Azhar seperti budak TikTok yang tidak bijak dalam mempersoalkan isu tersebut.

“Apa maksud abang? Saya perhati setiap je setiap mesej abang. Mereka (Hamas) berjuang untuk agama. Kita tekan handfon dan menilai strategi mereka?

“Saya cukup hormati abang dan akan selalu berbuat begitu. Tapi  tolong beri sokongan dan doa, itu sudah cukup.

“Apa maksud abang fakta bahawa Israel tak akan kalah sehingga Imam Mahdi sampai kehidupan ni? Macam mana abang tahu? Percayalah sebab kita tak tahu pengakhiran kita.

“Hanya Islam yang boleh pertahankan Islam sekarang ni,” katanya.

Tidak habis di situ, aktor filem KL Gangster ini juga seakan kehabisan kata-kata apabila hujahnya seringkali dibidas Azhar.

Dan,  tindakan Azhar ini sekaligus membuatkan dirinya hilang rasa hormat terhadap pelakon senior itu.

“Abang boleh call saya dan berdebat pasal isu, ni. Tapi saya akan berdiri bersama pejuang-pejuang ini (Hamas dan Al-Qassam) kerana mereka mati kerana agama mereka.

“Kita ni belum tentu mati semulia mereka. Take note!

“Tapi ingat satu perkara, saya sudah hilang rasa hormat terhadap abang,” jelasnya.

Tidak berdiam diri dengan komen yang diberikan, Azhar juga tampil mempertahankan pendapatnya mengenai isu terbabit.

Baginya, apa yang ditulis dan dikongsikan itu adalah berdasarkan pemerhatian yang dilakukan sekaligus menganggap perang ini akan berlanjutan dalam jangka masa yang panjang.

“By the way, Sharnaaz… berani betul awak kondem dan merendahkan intelektual saya, terima kasih bro.

“Saya seorang yang matang brother. Saya di sini hanya mempersoalkan kepimpinan mereka

“Allah tinggalkan kaum Israel pada kita… kaum lain semau dah dihapuskan. kenapa Allah tinggalkan mereka pada kita? Kalau nak tahu lebih boleh tengok Youtube,” ujarnya.

Dalam hantaran yang berlainan pula, Azhar sekali lagi tampil memberikan penerangan mengenai isu ‘panas’ tersebut sekaligus memohon maaf sekiranya da pihak yang kurang senang dengan tindakannya itu.

Bagaimanapun, rata-rata dalam kalangan netizen kekal dengan pendirian tidak bersetuju dengan hujah yang diberikan dan melabel dirinya sebagai ‘palatao’ .

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhar Sulaiman (@azharbsulaiman)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 14 Oct 2025

“Saya Suka Kehidupan Sekarang, Tenang & Penuh Kasih Sayang”- Intan Najuwa Bahagia Jadi Suri Rumah

Pelakon cantik, Datin Intan Najuwa mengakui kehidupannya kini jauh lebih tenang dan bermakna selepas memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.

Featured Thu, 24 Jun 2021

Bantuan PPN Dalam Proses Perincian

Kementerian Kewangan akan terus memantau dan memperincikan bentuk bantuan lain yang akan disalurkan sepanjang Pelan Pemulihan Negara (PPN). Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata perbelanjaan bagi bantuan yang bakal disalurkan tersebut berdasarkan baki […]

Trending Fri, 27 Nov 2020
Featured Mon, 6 Apr 2020

Mahu buat pastri Perancis di dapur sendiri? Ini caranya

Tak perlu ke sana untuk makan pastri enak ini

Hiburan Sun, 1 Sep 2019

“Malaysia Bersih” Tema Yang Tepat – Fazura

Sememangnya Fazura disenangi ramai kerana memiliki sikap yang positif, siapa setuju?

error: Content is protected !!