Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi November 1, 2023 @ 10:30am

Juri Lebih Suka Haqiem Rusli Di Pentas Famili Duo, Ariff Bahran Tak Terasa? – “Terpulanglah…”

Penyanyi Ariff Bahran akui tidak terasa dengan komen pihak juri terutamanya Mas Idayu apabila dikatakan lebih gemar melihat pasangan sepupunya iaitu Haqiem Rusli di pentas Famili Duo (FD3).

Menurut Ariff atau nama sebenar, Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari, dia tidak kisah sekiranya pihak juri mempunyai peserta kegemaran di pentas FD3.

Malah menyifatkan ia sebagai satu peluang baginya untuk terus melakukan yang terbaik saban minggu.

“Saya tak ada rasa terasa sedikit pun, tiada. Kami adalah satu team. Saya okey sahaja, terpulanglah pada juri nak suka siapa.

“Memang dia dah minat Haqiem, sebelum masuk Famili Duo lagi memang dah minat, nak buat macam mana. Saya rasa perkara itu tak mengapa bagi saya. Ia juga satu manfaat juga bagi saya.

“Alhamdulillah ia juga rezeki pada saya, kalau orang nak cakap saya terasa ke apa ke, orang lebih Haqiem, tiada, saya okey saja. Saya gembira dengan dia,” kata Ariff kepada pemberita usai konsert mingguan di Studio Glenmarie, Shah Alam.

Dalam pada itu, Haqiem juga menyatakan dia tidak merasakan pihak juri membandingkan nyanyiannya dengan sepupunya itu sebaliknya mengambil teguran sebagai satu ilmu untuk dipelajari.

“Ia satu tekanan juga sebenarnya bila Mummy mengharapkan kami buat persembahan konsisten setiap minggu.

“Mummy juga bukanlah membandingkan sesiapa, saya tak pernah nampak dia bandingkan saya dengan Bahran.

“Apa yang dia tegur adalah untuk kami belajar, dia sebagai juri untuk tergur kesalahan kami, sebab kami tak pernah ada konsep nyanyian sebelum ini kalau buat persembahan di luar.

“Famili Duo adalah platform yang terbaik bagi kami untuk tonjolkan konsep pada persembahan-persembahan kami di luar,” ujar Haqiem.

Pada konsert minggu ketiga, Mas Idayu memberikan komen dengan memuji persembahan pasangan duo ini namun menyatakan setiap persembahan Haqiem sentiasa memberi sentuhan di jiwa.

Jangan lupa saksikan Famili Duo musim ketiga setiap Ahad, jam 9 malam di TV3! Penonton boleh juga strim secara langsung di www.tonton.com.my atau strim secara HD hanya di Tonton.

Enam pasangan telah diumumkan untuk bertarung di pentas Famili Duo 3 iaitu Shila Amzah & Syahir Amzah (adik-beradik), Adira & Emma Suhaimi (adik-beradik), Fuad Rahman & Tom (suami isteri), Ryan Bakery & Adam Bakery (adik-beradik), Haqiem Rusli & Ariff Bahran (sepupu) dan Syarif & Syaful Zero (Adik Beradik).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 8 Apr 2018

Awas! Padam Nama Siti Nurhaliza Kalau Tak…

Saya menafikan sekeras-kerasnya berita itu (jika dirujuk pada saya) dan tidak pasti tujuan pihak yang menulis berita palsu itu.

Hiburan Fri, 21 Sep 2018

#ABPBH31: Sokongan Peminat Buat Syafie Bersemangat

Alhamdulillah, jika rezeki tertulis untuk saya berada dalam Top 5. Memiliki peminat yang menyokong kerjaya seni tanpa henti sudah membuatkan saya bersyukur.

Hiburan Wed, 19 Dec 2018

Sabyan Gambus Gegar Stadium Malawati 12 Januari Depan

Kumpulan terkenal dengan lagu Deen As Salam ini akan menghiburkan peminat dengan alunan selawat 12 Januari depan. Jom dapatkan tiket sekarang!

Trending Thu, 21 Jun 2018

母牛以为自己要没命了「吓到狂流泪」没想到等待着它的却是天堂!

万物皆有灵性,动物在面对生命终结时,也会出于本能地感到恐慌与惧怕!

Hiburan Fri, 14 Feb 2025
Featured Sun, 10 Sep 2023

[VIDEO] Selepas Setahun Bertunang, Imran Aqil & Influencer Jelita, Dahlia Rizal Sah Berkahwin

Sama cantik, sama padan diorang ni. Tahniah Imran Aqil & Dahlia Rizal! ❤️‍🔥

error: Content is protected !!