Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie November 2, 2023 @ 10:58am

Dakwa Bekas Isteri Da’i Farhan Munafik Guna Sentimen Agama, Pengasas Produk Kosmetik Menang Saman RM57,900 – “Kononnya Ada Kilang, Ada RM200 Juta, Tapi…”

Bekas isteri pendakwah selebriti Da’i Farhan yang dikenali sebagai Erin didakwa munafik oleh seorang pengasas produk kosmetik, Norsiyah Kasnawi.

Keputusan prosiding yang berlangsung di Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur, baru-baru ini memutuskan Norsiyah telah menang saman ke atas Erin.

Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd Radzi diperintahkan oleh Hakim Norfadrina Zulkhairi untuk membayar tuntutan serta ganti rugi sebanyak RM57,900 kepada Norsiyah.

Memetik laporan mStar, Norsiyah berang dengan perbuatan Erin yang tergamak menipunya dalam perniagaan.

Lebih teruk lagi, Erin dikatakan menggunakan sentimen agama bagi menjayakan modus operandinya.

Pada awal perkenalan, Erin memaklumkan kononnya dia memiliki kilang, kewangan yang stabil dan sejumlah RM200 juta dalam akaun.


Ekoran Erin dihimpit masalah kewangan, Norsiyah bersetuju untuk bekerjasama dengannya bagi mengeluarkan produk.

“Dari awal saya berkawan macam-macam dia cerita seperti kaya, ada kilang dan ada duit RM200 juta dalam akaun tapi dibekukan oleh kerajaan sebab terpalit kes mahkamah.

“Dia kata sekarang tengah sesak sedikit, jadi dari situ dia yakinkan saya untuk buat produk dengan dia,” dakwanya.

Dakwa Norsiyah lagi, dia mula menyedari diperdaya oleh Erin apabila pihak sana gagal menyediakan produk sedangkan pembayaran telah dibuat

“Tapi bila saya dah bergaduh dengan dia selepas enam bulan saya dah bayar tapi produk tidak dapat… rupanya semua yang dia cerita semua tidak benar, demi Allah dia manusia paling penipu pernah saya jumpa,” dakwanya.

Terdahulu, Erin berkahwin dengan Farhan di Mekah pada tahun 2019 dan mengundang kecaman warganet memandangkan isteri pertama Farhan sedang mengandung pada waktu itu.

Namun setahun selepas itu, mereka berdua bercerai ketika Erin sedang hamil dan keguguran ketika kandungannya berusia dua bulan.

Sumber : mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 5 Nov 2018

“Go Ahead, Saya Tak AmbiL Berat Orang Cakap Apa Pun” Jawapan WIN Anzalna Buat Netizen Sentap?

Semoga Anzalna dan suami dikurniakan zuriat dalam masa yang terdekat. Aamin!

Hiburan Thu, 7 Nov 2019

Penyanyi Anta Permana Masih Menjadi Teka-Teki?

Hm siapalah yang bertuah tu ya?

Trending Mon, 5 Oct 2020

Lesen Memandu Boleh Diperbaharui Secara ‘Online’ Mulai 16 Oktober

Kan senang tak payah susah susah beratur kat kaunter

Hiburan Mon, 6 Nov 2023

Publisiti Murahan… Itu Bukan Cara Saya – Siti Saleha

Artis mana yang suka buat publisiti murahan???

Trending Tue, 12 Mar 2019
Hiburan Wed, 12 Jul 2023
error: Content is protected !!