Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
familuv By: Ad Ops November 12, 2018 @ 9:00am

Meghan Markle & Harry Tidak Mahu Anak Mereka Dimanjakan Ketika Membesar, Ini Pendekatan Mereka

Membesar di mata khalayak ramai bukanlah mudah bagi seseorang kanak-kanak itu, lebih-lebih lagi jika dia merupakan salah seorang ahli kerabat diraja.

Sebelum ini, Putera Harry dari Britain sendiri sering menyuarakan kepayahannya untuk hidup normal dengan status popularitinya di arus antarabangsa. Katanya, nak mengimbangi kehidupannya di antara public dan private adalah sesuatu yang rumit.

Harry kini bakal menjadi seorang bapa memandangkan isterinya Meghan Markle sedang mengandungkan anak sulung mereka.

Dan nampaknya Harry tidak mahu anaknya juga melalui pengalaman yang kurang menyenangkan ini, seperti mana dia telah laluinya sejak kecil.

Memang stress bila semua perbuatan dan pergerakan anda diperhati oleh mata-mata orang asing dari seluruh dunia. 

Meghan yang pada mulanya berstatus rakyat biasa dari Amerika turut berkongsi impian tentang masa depan anak mereka nanti.

Pasangan ini berharap agar si kecil ini akan membesar tanpa dimanjakan dan supaya dia melalui kehidupan yang normal. Kalau boleh, mereka ingin jauhkan anak mereka daripada berada di bawah spotlight sepanjang masa.

Hal ini timbul selepas pasangan ini dikatakan tidak mahu menetapkan sebarang peranan diraja untuk anak mereka, dengan harapan si kecil ini akan melalui kehidupan seperti orang biasa.

Foto: BET Networks

Apabila menjadi sebahagian daripada keluarga diraja, sudah tentu bayi ini akan dilahirkan dalam kemewahan. Namun begitu, menurut orang dalam bagi keluarga diraja Britain, Meghan dan Harry sudah pun menetapkan perancangan masa depan untuk mencapai matlamat mereka.

Ketika bercakap dengan US Weekly, koresponden diraja Omid Scobie berkara Harry dan Meghan akan “mengubah peraturan parenting diraja” dan menetapkan sendiri cara-cara mereka membesarkan anak mereka.

Strategi ini melibatkan dia menggunakan pengangkutan awam dan melakukan kerja-kerja rumah.

“Meghan akan membawa anak-anak mereka menaiki keretapi bawah tanah. Mereka akan kena buat kerja rumah dan satu hari nanti mereka perlu mencari pekerjaan tetap. Mereka tak akan dimanjakan.”

Bulan lepas, sumber daripada keluarga diraja telah memberitahu Sunday Times yang pasangan Harry-Meghan ini sedang mempertimbangkan cara kehidupan sepupu-sepupu Harry, Zara dan abangnya Peter Philips.

Dari kiri: Putera William, Harry, Peter dan Zara. Foto: Getty Images

Adik-beradik ini adalah cucu kepada Ratu Elizabeth II tapi mereka tidak diberikan gelaran Prince atau Princess kerana mereka merupakan anak kepada Puteri Anne, anak perempuan Elizabeth.

Berdasarkan tradisi, anak kepada anak perempuan Raja/Ratu Britain takkan diberikan gelaran diraja (tapi anak kepada anak lelaki Raja/Ratu pula boleh).

Hmm… sedikit seksis, tapi tak apalah. Zara katanya rasa bersyukur kerana tanpa gelaran Princess, dia berupaya untuk lalui kehidupan orang biasa.

Jika Harry dan Meghan membuat keputusan untuk mengikuti gaya hidup Zara, ia bermakna anak mereka takkan ada gelaran diraja, boleh ada kerjaya tersendiri dan berpeluang untuk menjauhi diri daripada spotlight.

Tapi adakah ini satu matlamat yang realistik untuk sepasang suami isteri yang bukan saja popular tapi mempunyai kaitan dengan keluarga diraja terkenal di dunia? Hmm… kita tengoklah nanti.

Bayi dalam kandungan Meghan ini adalah pewaris takhta Britain yang ke-7 dan dijangka akan dilahirkan pada pertengahan tahun depan.

Secara automatiknya dia takkan ada gelaran diraja melainkan jika Ratu Elizabeth II sendiri yang memberikan gelaran tersebut.

Sumber: Mirror.co.uk

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Mon, 22 Oct 2018
Cahaya Mata Wed, 11 Jan 2023

Disoal Nama Penuh, Respons Anak Eyra Hazali Buat Netizen Ketawa – “Hayder Qhalish Bin Tak Payah!”

Umum mengetahui, anak sulung kepada pasangan Eyra Hazali dan Muhammad Haziq Nadzli iaitu Hayder Qhalish sering mencuri perhatian ramai dengan gelagat comel dan bijak. Baru-baru ini, Eyra berkongsi sebuah hantaran di laman Twitter yang memaparkan […]

familuv Wed, 10 Aug 2022

“Nak Anak Angkat Tak?” – Bercuti Di Negara Sejuk, Netizen Tawar Diri Untuk Jadi Anak Hairul Azreen

Hairul Azreen dan keluarga bercuti di negara sejuk mendapat perhatian netizen.

familuv Fri, 31 Aug 2018

4 Jenis Nasihat Yang Parents Lain Tak Suka Dengar

Memang teruja bila dapat berkongsi pendapat tapi tidak semua orang suka mendengarnya.

familuv Tue, 4 Sep 2018

Periksa Almari Anak Anda Untuk Ketahui Sama Ada Mereka Mempunyai Simptom Seorang Pengkid

Jika terdapat banyak barangan lelaki di dalam almari anak gadis anda, jelas sekali mereka sedang berdepan dengan krisis identiti.

familuv Wed, 4 Jun 2025

“Saya Pun Sitizoners” – Nadeera Dedah Mula Nyanyi Lagu Siti Nurhaliza Sejak Umur 3 Tahun

Penyanyi bersuara emas, Nadeera mengakui meminati Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sejak berumur tiga tahun lagi.

familuv Tue, 10 Jan 2023

Kongsi Foto Sentuhan Klasik, Ramai Puji Keluarga Que Haidar Macam Bangsawan!

Tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh pelakon, Que Haidar di aplikasi TikTok  sehingga berjaya mencuri perhatian ramai, baru-baru ini. Menerusi hantaran tersebut, Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar memuat naik beberapa […]

familuv Mon, 25 Mar 2019

6 jenis gambar kanak-kanak yang tidak patut dikongsi di media sosial

Jangan dedah anak kepada ‘pemangsa’ dalam talian.

familuv Tue, 12 May 2020

Cara elak si kecil buat perangai depan tetamu

Walaupun di rumah  sendiri, perlu berkelakuan baik

familuv Thu, 26 Jan 2023

[VIDEO] “Bagi Isteri Makan Dulu, Baru Kita Makan” – Ramai Puji Sikap Prihatin Datuk K Terhadap Siti Nurhaliza, Anak & Menantu!

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh pengguna @norazlin67 yang memaparkan gelagat keluarga penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza sedang menjamu selera di sebuah kedai makan. Berdasarkan hantaran tersebut, suami kepada Siti, iaitu Datuk […]

error: Content is protected !!