Ijab & Kabul By: Atiqah Johari November 3, 2023 @ 4:45pm

Genius Matematik Adi Putra Kini Suami Siti Sarah, Hantaran Kahwin RM9,999.99 Ada Simbolik Istimewa

Dengan sekali lafaz, genius matematik, Adi Putra Abdul Ghani telah selamat bernikah dengan wanita pilihannya iaitu Siti Sarah Zulkarnain pada Khamis.

Berita perkahwinannya itu dikongsikan oleh bapanya, Abdul Ghani Abdul Wahid menerusi beberapa hantarannya di Facebook semalam.

“Sahlah Adi Putra sebagai Raja Sehari di Lundang, Kota Bharu, Kelantan. Berkat doa dari tuan, puan, sahabat serta muridnya… dengan lafaz nikah sekali sahaja dan kenduri kahwin berjalan lancar.

“Alhamdulillah cuaca pun baik di Kota Bharu hari ini, aamin,” tulisnya.

Adi Putra, 24, memberikan wang hantaran sebanyak RM9,999,99 kepada Siti Sarah, 27.

Oleh itu, bapa Adi turut menjelaskan mengenai jumlah hantaran tersebut apabila ada warganet yang mempersoalkan mengapa tidak menggenapkan sahaja menjadi RM10,000.

“Hadiah daripada Adi tentang nombor sembilan (Adimatik). Ilmu yang turun kepada Adi dari Allah seusia empat tahun ialah nombor sembilan.

“Kalau 123456789 x 9 = 1111111101. 987654321 x 9 = 8888888809 dan yang paling Adi suka adalah 98765432 x 9 = 888888888,” tulis Abdul Ghani.

Malah, Abdul Ghani juga berkongsi bahawa nombor kad pengenalan Adi juga bermula dan berakhir dengan angka 99.

“IC Adi bermula 99 & berakhir 99. Sejak Adi kecil Alhamdulillah Adi boleh congak di kepala 9^12 = 9 kuasa 12 = 9x9x9x9x9x9x9x9x9x9x9x9 = 282429536481.

“Yang paling hebat dan dikagumi ialah Asma’ul Husna 99. Maka Adi tetapkan hantaran perkahwinan Adi RM9,999.99,” jelasnya.

Sebelum ini, Adi dan Siti Sarah telah mengikat tali pertunangan pada 19 Julai lalu.

Untuk makluman, Adi Putra pernah menggemparkan negara selepas digelar sebagai genius matematik, khususnya dalam pengetahuan algebra, trigonometri dan darab (antara lima hingga enam digit).

Tambah, pada usia enam tahun, Adi mendapat tawaran bagi melanjutkan pengajian di dua universiti terkemuka dunia iaiti Universiti Oxford di United Kingdom (UK) dan Universiti Harvard di Amerika Syarikat (AS).

Adi Putra turut menubuhkan syarikat sendiri yang dikenali dengan nama Adimatik Genius Solutions bagi membantu masyarakat menguasai ilmu Matematik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 30 Nov 2020
Trending Thu, 8 Mar 2018

Bumi Sabah Digegar Gempa 5.2 Skala Richter

Gempa bumi berukuran 5.2 skala Richer melanda Ranau

Featured Thu, 25 Mar 2021

107, 000 Individu Hilang Pekerjaan Dibantu

Menurut Menteri Kewangan, seramai 107,000 individu yang kehilangan pekerjaan pada 2020 menerima bantuan Sistem Insurans Pekerjaan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dengan nilai keseluruhan sebanyak RM366.37 juta. Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz […]

Trending Thu, 25 Jul 2019

4 Tabiat Ibu Bapa Yang Boleh Menghalang Kreativiti Anak-Anak

Mula jadikan rumah dan diri anda sebagai salah satu persekitaran yang boleh menyokong kreativiti anak anda

Featured Fri, 1 Jul 2022

“Selama Ini Saya Menangis Dekat Awak..” – Neelofa Tempat Luahan Hati Puteri Sarah, Banyak Kongsi Doa & Nasihat 

Neelofa memuji keperibadian Puteri Sarah yang masih menjaga aib suami meski sakit menanggung derita 😭

Featured Sat, 4 Mar 2023