Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi November 6, 2023 @ 2:30pm

Syukur Terima Bantuan Bulanan, Zaiton Sameon Harap Dapat Undangan Nyanyian – “Saya Percaya Pada Rezeki Allah”

Penyanyi era 1980-an, Zaiton Sameon meluahkan rasa syukur apabila urusan bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pusat Zakat Selangor (PZS) selesai.

Menurut laporan Harian Metro, Zaiton juga berharap dia dapat menerima undangan nyanyian kerana menganggap nyanyian adalah sumber pendapatannya.

“Alhamdulillah, syukur tidak terhingga kepada Allah di atas rezeki ini. Saya hanya mampu bersyukur selepas kesusahan hidup dialami disuarakan dan semoga ada tawaran menyanyi juga.

“Saya ingin terus menyanyi kerana ia sumber pendapatan utama, namun buat masa sekarang, tidak ada tawaran undangan yang diterima lagi. Apapun, saya percaya pada rezeki Allah buat saya.

“Kini, saya masih menunggu jawapan bantuan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) menerusi Rumah Selangorku yang ditawarkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kepada saya,” katanya.

Tambah Zaiton yang popular dengan lagu Menaruh Harapan ini lagi, dia pernah membuat permohonan bantuan rumah PPR tahun lalu kerana berasa layak menjadi penerima.

“Saya pernah memohon rumah PPR di sekitar Kuala Lumpur pada tahun lalu, tapi sampai sekarang tiada jawapan dan saya masih terus menunggu.

“Begitu juga, jawapan pihak berkenaan yang menawarkan Rumah Selangorku pun belum memberi maklum balas terkini,” katanya.

Terdahulu, Zaiton menerima bayaran pencen bulan pertama, RM500 daripada Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT), dua hari lalu yang dipimpin Pengerusinya, Datuk DJ Dave.

September lalu, Zaiton meluahkan kisahnya yang memerlukan bantuan kewangan bulanan untuk mengurangkan bebanan kos sara hidup dihadapi kerana kekurangan tawaran menyanyi.

Tragedi hitam menimpa Zaiton setelah kehilangan satu-satunya anak tunggal dalam insiden dengan sebuah lori pada Februari 1990.

Susulan daripada itu, dia telah mengalami gangguan emosi yang teruk hingga mengakibatkan daya ingatannya terjejas.

Ramai juga mendoakan agar penyanyi tersebut diberikan kesihatan yang baik agar terus dapat menghiburkan peminat.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Ramai Tersentuh Tengok Zaiton Sameon Perform Lagu Menaruh Harapan – “Kisah Hidup Kak Ton Sangat Menyayat Hati”

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Perundangan Sat, 15 Jun 2024
Trending Wed, 18 Apr 2018

Apa Salah Anak Saya? Nora Danish Kesal Baby Ney Ney Pula Jadi Mangsa Buli Siber

Aktres Nora Danish kesal apabila anaknya iaitu Mohamed Neqayl Nedim atau dipanggil Ney Ney yang kini berusia dua bulan turut menjadi mangsa buli siber.

Events Wed, 20 Mar 2019
Events Tue, 17 Sep 2019

19位歌手轮翻献唱!齐聚3大种族以音乐献爱心

齐聚3大种族力量,19位歌手轮翻献唱,以音乐为原住民部落发展基金筹款,亦欢庆马来西亚成立56周年日!

Trending Thu, 29 Mar 2018

Parodi Anak Citi Kambing, Buat Ramai Orang Ketawa Berdekah!

Memang tak boleh move on kalau sekali dah terdengar lagu Comel Pipi Merah nyanyian Datuk Sri Siti Nurhaliza .Apatah lagi pada bait introduksi lagu berbunyi ting ting tang ting tang ting tang ting tang ting, melodinya sangat melekat!

Trending Wed, 23 Jan 2019

只要2张色纸!手作财神爷完整教学

财神到!财神到!财神到你家的大门口~

error: Content is protected !!