Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 5, 2025 @ 4:17pm

[VIDEO] Yusof Haslam Kucup Tangan, Rangkul Erat Isteri Raih Pujian Netizen – “Romantiknya! Syamsul Patut Contohi Ayah Dia”

Pengarah dan penerbit tersohor, Datuk Yusof Haslam mencuri tumpuan selepas tular sebuah video mesra menari bersama isteri tercinta, Datin Patimah Ismail.

Video tular di platform TikTok itu memaparkan Yusof dilihat merangkul erat serta mengucup tangan isterinya dengan penuh rasa cinta, sambil menari berlatarbelakangkan lagu berjudul Permata Untuk Isteri.

Kemesraan yang dipaparkan oleh Yusof terhadap isterinya itu nyata telah menyentuh perasaan netizen yang sebak melihat caranya menghargai dan memuliakan isterinya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen mendoakan kesejahteraan rumah tangga pasangan tersebut.

Malah ada juga segelintir daripada mereka memberi pendapat agar anak anak mereka, pengarah dan pelakon sensasi, Syamsul Yusof mencontohi bapanya terutama dalam mengangkat darjat isteri dalam rumah tangga.

@selendangputih11

Romantiknya DYH Kesetiaan seorang lelaki sangat2 mahal🫡 Disebalik kejayaan seorang lelaki ada wanita disamping mendampingi..demikianlah DYH sangat2 menghargai isteri beliau.. Mudah-mudahan DYH dan isteri dikurniakan kebahagian yang berpanjangan hingga ke akhir hayat dan seterusnya membawa ke Jannah🤲 Mudah-mudahan juga Datuk dan Datin sihat walafiat selalu🤲 #DYH #rumahterbukaDYH

♬ original sound – Wan Safrie Selendang Putih – Wan Safrie Selendang Putih

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 15 Jun 2024
Featured Fri, 27 Oct 2023
Replicated Draft Wed, 13 Mar 2024

Pastikan Oligo Menjadi Pilihan Untuk Sahur Ramadan Ini, Mudah & Padat Dengan Nutrisi!

Bulan Ramadan bakal tiba tak lama lagi guys! Selalu bila dah nak masuk bulan Ramadan ni, semua mula la tercari-cari apa menu yang paling mudah, berzat dan boleh memberikan tenaga berpanjangan betul tak? Bukan sahaja […]

Events Wed, 20 Nov 2019

FT ‘Deactivate’ Instagram, Tegur Hazama Pasal Apex?

Harapnya ada harapan FT Feat Apex kan?

Hiburan Sun, 26 Jan 2025
Hiburan Fri, 13 Sep 2019

Tiz Zaqyah Kecewa Dengan Mentaliti Pengotor

Siapa tidak sedih dan kecewa, kalau tempat yang pernah memberi ketenangan, kini penuh sampah sarap dan bunyi bising lagu dangdut. Perasaan itulah diluahkan pelakon jelita, Tiz Zaqyah di Twitternya selepas melawat pulau pelancongan popular Langkawi, minggu […]

Hiburan Thu, 1 Nov 2018

Bukan Kisah Hantu Semata, Ada Mesej Dalam 7ujuh

Filem ini bakal ditayangkan pada 8 November depan, jom serbu pawagam berhampiran!

Trending Mon, 8 Mar 2021
error: Content is protected !!