Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin March 8, 2021 @ 12:39pm

Kerajaan Sedia Mengkaji Kemudahan Berkerja Dari Rumah Dengan Gaji Penuh – PM

Sempena sambutan Hari Wanita 2021, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan kerajaan mengkaji kesesuaian memperluas kemudahan Berkerja Dari Rumah (BDR) bagi sektor awam dan swasta dengan gaji penuh.

 

Langkah berkenaan adalah bagi menggalakkan tanggungjawab bersama dan membolehkan wanita kekal dalam sektor pekerjaan serta meningkatkan produktiviti kerja golongan itu.

 

Tambahnya lagi, kerajaan juga mengkaji jika kemudahan BDR itu dapat dipanjangkan kepada wanita atau lelaki yang kematian pasangan, ini secara tidak langsung  membolehkan mereka menguruskan perkara berkaitan dengan urusan kematian yang lazimnya memerlukan masa yang agak lama untuk diselesaikan.

 

Malah, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menegaskan agar semua pihak memberikan perhatian kepada penyediaan persekitaran kerja yang selamat termasuklah memastikan adanya usaha-usaha pencegahan daripada berlakunya gangguan seksual dikalangan wanita.

 

“Saya menyarankan supaya Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Sumber Manusia, melihat kesesuaian pemerluasan kemudahan ini,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 26 May 2024
Trending Mon, 27 Nov 2017

YOU SHOULD CHECK OUT EDDIE PUTERA’S INSTAGRAM!

Eddie Putera brings art to a whole new level!

Trending Wed, 4 Jul 2018

Kejam! Bayi Ditemui Mati Dalam Peti Sejuk Pengasuh. Adakah Nilai Kemanusiaan Sudah Hilang?

Mayat bayi berkenaan lengkap dengan pakaian dan berbalut kain lampin serta disumbat dalam beg berwarna hijau.

Trending Thu, 20 Jan 2022

“Selalu Kena Ejek Sampai Takut & Trauma…” – Jadi Mangsa Body Shaming Seawal Zaman Sekolah, Vanessa Reynauld Jadikan Abang ‘Istimewa’ Sebagai Kekuatan

Penyanyi remaja yang sedang mencipta nama, Vanessa Reynauld, 21, mendedahkan dirinya menjadi mangsa ‘body shaming’ seawal usia kanak-kanak. Menerusi kemas kini terbaharu Vanessa di laman Instagram, pelantun lagu Rindu Separuh Nyawa duet bersama Naqiu itu […]

Hiburan Thu, 14 Nov 2024
Hiburan Wed, 1 Oct 2025
error: Content is protected !!