Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 14, 2024 @ 3:50pm

Didakwa Gagal Bayar Cukai Perkhidmatan RM1.6 Juta… Shuib, Pengarah Bubblebee Mengaku Tidak Bersalah Atas 6 Pertuduhan

Pelawak terkenal, Shuib didakwa atas enam pertuduhan iaitu gagal membayar cukai perkhidmatan termasuklah penalti berjumlah RM1.6 juta, tahun lalu.

Pengarah bersama, Koh Choon Guan, 33, dan syarikat mereka, Bubblebee Sdn Bhd turut didakwa masing-masing atas enam pertuduhan sama.

Memetik laporan Harian Metro, Shuib dan Koh bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dikemukakan di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali.

Difahamkan, mereka gagal membayar cukai perkhidmatan berjumlah keseluruhan RM1,191,153.78 dan penalti RM454,000 bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember tahun lalu.

Terdahulu, Shuib bersama pengarah syarikat Bubblebee Sdn Bhd, Kho Choon Guan, 33, didenda RM17,500 selepas mengaku bersalah terhadap tujuh pertuduhan termasuklah tunggakan caruman Perkeso, tahun lalu.

Artikel Berkaitan: Shuib Tepis Dakwaan Pergi Umrah Guna Duit Perkeso – “Fitnah Luar Biasa Ni”

Artikel Berkaitan: Kesal Suami Difitnah Seleweng Duit Syarikat, Watie Hanifiah Dedah Shuib Guna Wang Simpanan Bayar Gaji Pekerja

Artikel Berkaitan: Didenda RM17,500 Tak Bayar Caruman Perkeso, Shuib Sedia Hadapi Ujian Perniagaan

Artikel Berkaitan: Mengaku Bersalah Tak Bayar Caruman Perkeso, Shuib & Pengarah Bubblebee Didenda RM17,500

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 12 Feb 2025

Didakwa ‘Seronok’ Hasilkan Content Berunsur Songsang, Ini Respons Imran Bard: “Saya Minta Maaf, Tuduhan Itu Sangat Berat!”

Imran Bard meluahkan rasa kesal selepas video pendek yang dihasilkannya baru-baru ini menerima respons kurang enak.

Hiburan Thu, 20 Dec 2018

Artis Wanita Dan Individu Bergelar Datuk Ini Antara Yang Ditahan Dalam Pesta Liar?

Tak habis-habis dengan dadah. Cuba bawak bertaubat, tak gitu?

Featured Fri, 17 Mar 2023

[VIDEO] “Ni Bukan Ketua Kapla, Ni Ketua Keluarga” – Peminat Cair Dengar Amir Ahnaf Mengaji

Jangan pandang luaran je tau! Yang melting tu, bawak-bawa bersabar eh.😊

Hiburan Fri, 10 May 2019

Hafiz Hamidun ‘Sihat’ Sebab Dah Jumpa Pengganti?

Akui Hafiz, dia kini dalam proses memilih. Wow siapa agaknya wanita bertuah tu?

Hiburan Sun, 3 Dec 2023
Featured Tue, 25 Apr 2023
Hiburan Wed, 9 Jan 2019

Penyanyi ‘Dear Future Husband’ Sudah Bergelar Isteri, Tahniah!

Awwww…selepas berkenalan selama lima tahun, akhirnya!

Hiburan Sun, 23 Sep 2018

Tulis Kapsyen Sedih Di Instagram, Zara Zya Patah Hati?

Zara enggan mengulas lanjut tentang status hubungan mereka kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan. Sabarlah Zara…

Trending Mon, 17 Jun 2019

Penyedut Minuman Plastik Diberi Atas Permintaan Pelanggan Mulai 1 Julai

Orang ramai digalakkan untuk membawa bekas makanan atau minuman serta penyedut minuman yang boleh diguna semula.

error: Content is protected !!