Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal June 17, 2019 @ 11:08am

Penyedut Minuman Plastik Diberi Atas Permintaan Pelanggan Mulai 1 Julai

Semua premis makanan dan minuman termasuk restoran di Selangor dilarang menyediakan penyedut minuman plastik di kaunter untuk diambil secara bebas oleh pelanggan mulai 1 Julai ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Hee Loy Sian berkata dasar pelaksanaan mengurangkan penggunaan penyedut minuman plastik itu diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada Rabu lepas.

Bagaimanapun katanya, penyedut minuman plastik hanya akan diberikan atas permintaan pelanggan untuk setiap minuman yang dipesan.

Beliau berkata semua pihak berkuasa tempatan (PBT) juga akan memasukkan larangan tersebut dalam Syarat-syarat Permohonan Lesen Perniagaan semasa pengusaha makanan, minuman dan restoran mengemukakan permohonan baharu atau memperbaharui lesen perniagaan masing-masing.

“Objektif utama pelaksanaan dasar ini adalah untuk mendidik dan meningkatkan tahap kesedaran penduduk di Selangor tentang kesan jangka panjang penggunaan plastik sekali guna khususnya penyedut minuman plastik terhadap kesihatan dan alam sekitar.

“Pelaksanaan dasar ini dijangka akan dapat membantu kerajaan mengawal masalah pencemaran alam sekitar yang semakin ketara dan menggalakkan usaha mengitar atau mengguna semula serta menjaga kebersihan alam sekitar di Selangor,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Jelas beliau, pelaksanaan dasar tersebut selaras dengan kempen bebas plastik yang sedang dijalankan di Selangor malah bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan penggunaan plastik sekali guna (single-use plastics) seperti beg plastik, polisterina, penutup atau pelapis makanan plastik, bahan-bahan plastik pakai-buang dan sebagainya.

Tambah Hee, kerajaan negeri melalui PBT akan memantau pelaksanaan dasar berkenaan dan semua pengusaha premis makanan, minuman serta restoran digesa memberi kerjasama dan bantuan supaya objektif pengurangan penggunaan plastik di negeri ini tercapai.

Katanya, kerajaan negeri juga amat berbangga dan berterima kasih kerana banyak pengusaha premis makanan, minuman dan restoran telah melaksanakan inisiatif seumpama itu dalam mengurangkan penggunaan plastik termasuk tidak lagi memberi penyedut minuman plastik secara automatik kepada pelanggan mereka.

“Malah, terdapat juga premis makanan, minuman dan restoran menggunakan penyedut minuman kertas atau buluh sebagai ganti selain mengedar penyedut keluli tahan karat (stainless steel) secara percuma kepada orang awam dan sebagainya.

“Justeru itu, orang ramai juga digalakkan untuk membawa bekas makanan atau minuman serta penyedut minuman yang boleh diguna semula,” katanya.

Hee berkata kerajaan negeri akan sentiasa meningkatkan usaha ke arah memastikan Selangor menjadi sebuah negeri yang lebih bersih, indah, hijau serta mesra alam.

Beliau juga menggalakkan orang ramai memberi cadangan serta pendapat mengenai pelaksanaan kempen dan dasar berkaitan penggunaan plastik kepada mana-mana jabatan serta agensi kerajaan selain menghubungi terus ke pejabat exco terus untuk tujuan tersebut.

“Setiap cadangan atau pedapat akan diberi perhatian dan dikaji agar kempen atau dasar kerajaan ini akan mencapai kejayaan,” katanya.

Sumber : Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 19 Jan 2023
Hiburan Tue, 24 Oct 2023

Selepas Bercerai, Netizen Komen Nadia Annuar Makin Kurus Pula! Ini Jawapan Tuan Badan – “Terlebih Bahagia..”

‘Dulu suka masak untuk orang tersayang, sekarang makan pun sorang…” – Nadia Annuar

Trending Fri, 14 Sep 2018

Polis Digantung Kerja Gara-Gara Tak Kenal Bos Sendiri

Dua pegawai polis di Noida, India digantung kerja kerana didakwa tidak berdisiplin selepas mereka gagal mengenali kenderaan Ketua Polis Uttar Pradesh pada Rabu, kata para pegawai. Ketua Pengarah Polis (DGP) OP Singh sedang dalam perjalanan […]

Events Tue, 9 Sep 2025

Serangan Kapal Utama Sumud Flotilla, Aktivis Kemanusiaan Kongsi Status Pasukan Malaysia – “Kami Diminta Untuk Kekal Tenang”

Iylia menegaskan, keadaan pasukan Malaysia yang terlibat dalam misi ini berada dalam keadaan baik.

Featured Tue, 13 Jun 2023
Hiburan Thu, 5 Feb 2026

Zahiril Adzim Kongsi Simptom Mengejutkan, Netizen Minta Segera Jumpa Doktor – “Dada Terasa Berat, Nafas Pendek”

Zahiril Adzim meraih perhatian apabila berkongsi simptom kesihatan yang dipercayai sedang dialaminya

Drama Mon, 22 Jan 2024

[VIDEO] Bawa Watak Suami Curang & Panas Baran, Zamarul Hisham Buat Netizen Naik Benci… Netizen Komen: “Ini Real! Memang Kena Tengok”

Abang Zamarul kalau berlakon memang tabik🙋‍♀️ Bagilah watak apa sekalipun serius menjadi!🔥

error: Content is protected !!