Euforia Bola 2026
Trending By: Padin January 20, 2022 @ 3:43am

“Selalu Kena Ejek Sampai Takut & Trauma…” – Jadi Mangsa Body Shaming Seawal Zaman Sekolah, Vanessa Reynauld Jadikan Abang ‘Istimewa’ Sebagai Kekuatan

Penyanyi remaja yang sedang mencipta nama, Vanessa Reynauld, 21, mendedahkan dirinya menjadi mangsa ‘body shaming’ seawal usia kanak-kanak.

Menerusi kemas kini terbaharu Vanessa di laman Instagram, pelantun lagu Rindu Separuh Nyawa duet bersama Naqiu itu bercerita mengenai situasi yang dilalui oleh seorang wanita yang mempunyai tubuh badan besar.

“Sebenarnya semalam saya ternampak situasi yang membuat saya ‘trigged’. Ada seorang perempuan ini berbadan besar, dia nak beli baju.

“Tapi kedai itu tak banyak pilihan baju untuk mereka yang berbadan besar. Pembantu jualan itu pun layan tak layan, pandang atas bawah,” katanya dalam video yang dikongsikan.

Di ruangan kapsyen, Vanessa turut berkongsi kisah yang dihadapi olehnya yang bermula di zaman persekolahan.

“Realitinya, kita semua tak sempurna, hanya kita boleh ubah pemikiran terbabit dan mencintai diri sendiri.

“Saya tak selalu berkongsi mengenai perkara ini, tetapi orang selalu nampak saya senyum dan yakin atas pentas. Sebenarnya ada sisi kehidupan yang orang tak tahu.

“Semenjak kecil lagi saya selalu kena ejek sampai pernah rasa takut dan trauma pergi sekolah! Ada yang samakan saya dengan suku kaum dan etnik tertentu hanya kerana rambut afro semulajadi saya yang cantik ni.

“Hey, kalau pergi salun nak buat rambut macam ni mahal tau! Walaubagaimanapun, saya berjaya menghadapi perkara itu.

“Walaupun saya masih lagi terima kecaman tentang penampilan, ia tidak seburuk dahulu kerana saya dah pandai untuk mengendalikannya,” dedahnya.

Tambah Vanessa, dia menjadi seorang yang kuat kerana mahu memberikan kehidupan yang selesa kepada keluarga, terutama kepada abangnya yang menghidap sindrom down.

“Dari program Ceria Popstar sehingga ke pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 36, walaupun tidak berjaya ke peringkat akhir, perjalanan ini sangat panjang dan mencabar.

“Walaupun saya pernah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa, tetapi memang susah nak dapatkan penghargaan orang ramai. Tapi tak mengapa, saya tak pernah kecewa kerana ini apa yang saya impikan. Saya takkan biar komen negatif melemahkan saya.

“Saya kuat kerana keluarga. Saya berjanji untuk memberikan mereka kehidupan yang selesa, terutamanya kepada abang saya, Christopher. Abang saya insan istimewa, dia menghidap sindrom down. Dia memang bergantung harap kepada orang lain jadi sayalah yang menjaganya setiap hari, memberi dia makan dan mandikan dia.

“Christopher adalah cinta sejati kami sekeluarga. Dia buat saya rasa sempurna. Sasaran saya setiap tahun adalah untuk menjadi penyanyi yang disegani, jadi satu hari nanti sata boleh sediakan keperluan abang saya.

“Walau apa halangan yang saya harus hadapi, saya tak pernah menyerah kalah kerana dialah sumber keyakinan dan kesempurnaan saya,” tulisnya lagi.

Dalam hantaran yang sama, Vanessa turut meluahkan rasa teruja kerana wajahnya dipilih untuk dipaparkan di papan iklan digital terkemuka New York Times Square, Amerika Syarikat bersempena kempen Equal-Spotify.

Di ruangan komen, rata-rata peminat memberikan kata-kata semangat kepada penyanyi remaja ini agar Vanessa tidak berputus asa.

Dalam perkembangan lain, Vanessa bakal muncul dengan single terbaharu berjudul Buat Ku Sempurna pada 28 Januari ini.

Single yang diterbitkan oleh Adib Hussin ini dicipta oleh Faizal Tahir bersama Mage dan ia merupakan dedikasi khas Vanessa untuk abangnya, Christopher.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 23 Aug 2022

“Kesian, Buat Apa Pun Kena Kecam” – Aksi Baby Shima Nyanyi Tegak Curi Perhatian

Haa kenapa pulak ni? Baby Shima tak gelek pun jadi isu juga..

Cahaya Mata Fri, 6 Jan 2023

Muat Naik Ragam Anak Tak Mahu Jalan & Minta Dukung, Ramai Kongsi Nasib Sama Seperti Emma Maembong

Anak kepada pelakon Emma Maembong, Shariq Gabriel sekali lagi mencuri perhatian ramai dengan gelagat dan kerenahnya. Baru-baru ini, Emma berkongsi di laman Instagram gelagat Shariq yang tidak mahu berjalan dan meminta mahu didukung di sebuah […]

Hiburan Mon, 18 Sep 2023

“Kami Kembali Rujuk Pada 31 Ogos Lalu” – Farid Kamil

Alhamdulillah! Jodoh masih kuat! Semoga berbahagia FK & DD

Hiburan Fri, 6 Dec 2024
Trending Tue, 15 Oct 2019

“One of the Most Intricate Creations”, Sarawak’s Kek Lapis Became the Spotlight of a Famous British Baking Show

Food has always been a pride for Malaysians; and when any of our foods got featured on the big screen, everyone went wild!

Featured Tue, 27 Aug 2024
error: Content is protected !!