Euforia Bola 2026
Cahaya Mata By: Dharnieya Nur Amelsa January 6, 2023 @ 4:38pm

Muat Naik Ragam Anak Tak Mahu Jalan & Minta Dukung, Ramai Kongsi Nasib Sama Seperti Emma Maembong

Anak kepada pelakon Emma Maembong, Shariq Gabriel sekali lagi mencuri perhatian ramai dengan gelagat dan kerenahnya.

Baru-baru ini, Emma berkongsi di laman Instagram gelagat Shariq yang tidak mahu berjalan dan meminta mahu didukung di sebuah pasaraya.

Menerusi hantaran tersebut, Emma dan suami, Shazli Azhar hanya membiarkan sahaja memandangkan mereka tidak mahu membiasakan perkara terbabit.

Walaubagaimanapun, di pengakhiran video tersebut, Emma dan Shazli tewas dan terus mendukung cahaya mata mereka.

“Bila anak buat perangai tak nak jalan tapi kita tak nak biasakan dukung sebab 24 jam nak dukung, tak nak jalan. Tapi last-last dia menang juga haih. Kita kalah.

“Bawa stroller pun dia nak duduk time tidur je kalau tak dia lari. Mesti banyak mak mak dah lalui benda ni kan,” tulisnya di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial)

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan perasaan yang sama seperti Emma kerana sudah pernah melalui di fasa-fasa tersebut.

“Nampak macam kejam tapi orang yang tak ada anak tak akan faham keadaan itu. Plus budak tu lagi seronok sebenarnya kena tarik macam itu.

“Memang begitulah. Stroller tak nak, baby carrier pun tak nak. Hm duduk rumah je last-last. Tak kuasa.

“Macam anak aku lah. Tapi pakej suara pitching tinggi punya.

“Itu situasi memang tak boleh bawa bincang. Memang kita akan kalah.

“It’s okay babe. Cherish the moment. Nanti bila dah sampai time dia tak nak dukung dah, time tu nanti rindu,” komen netizen

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 31 Dec 2024

Mahkamah Beri Kebenaran, Vivy Yusof & Suami Terima Pasport Sementara Tunai Umrah

Pasport diserahkan kepada Vivy , dan Fadzaruddin menerusi peguamnya.

Hiburan Mon, 15 May 2023
Hiburan Thu, 28 Aug 2025
Trending Fri, 21 Jun 2024

[VIDEO] Redza Rosli Menangis Sebak Pohon Restu Ibu Sebelum Bergelar Suami

Mana taknya, tanggungjawab anak lelaki akan lebih besar selepas berkahwin. Semoga Redza menjadi anak dan suami yang baik

familuv Mon, 14 May 2018

Jom Belajar Cara Buat Origami Katak Melompat Dengan Anak Anda, Menarik Dan Bermanfaat Untuknya

Apabila ditekan di bahagian belakangnya, katak ini akan “melompat” ke depan. Macam katak betul!

Featured Thu, 8 Jun 2023

Masih Timbul Isu Bodyshaming, Isteri Kesal Tindakan Blogger Sengaja Api-Apikan Hubungan Aaron Aziz & Syamsul Yusof

Alahaiiii, kesian Datuk Aaron 🥲🥲 Sampai bila kes bodyshaming ni nak habis 🫨

error: Content is protected !!