Hiburan By: Fatin Nurain November 7, 2023 @ 5:21pm

Tidak Ambil Hati Haqiem Rusli Sering Jadi Perhatian, Ariff Bahran Banyak Belajar Dari Komen Juri

Penyanyi Ariff Bahran mengakui dirinya tidak mengambil hati apabila pasangan duonya, Haqiem Rusli sering meraih pujian juri, Mas Idayu dan Ajai menerusi rancangan Famili Duo Musim Ketiga.

Menurut Ariff, dia tidak menganggap setiap komen yang diberikan oleh mereka adalah satu perbandingan sebaliknya banyak belajar dari teguran Mas Idayu dan Ajai.

“Saya pernah cakap, Mummy ni sebelum Haqiem masuk Famili Duo dia dah minat. Jadi saya memang dah okay, apa sahaja yang Mummy atau Ajai cakap untuk saya dan Haqiem saya okay.

“Tapi mereka tak pernah membandingkan dan hanya memberi teguran. Alhamdulillah, setakat ni apa yang dikomen oleh mereka vokal memang saya tak ada masalah. Jadi saya bersyukur sangat,” katanya.

Ariff bagaimana pun sempat meluahkan rasa terharunya apabila Mas Idayu sudah mula sedar kelebihannya pada minggu keempat program nyanyian itu.

“Bila mummy dah nampak apa yang kita boleh buat di atas pentas, saya jadi lagi takut. Jadi saya kena jaga dari segi vokal, pitching, pergerakan dan apa yang Mummy dah tegur saya.

“Tapi saya ambil apa yang dia tegur tu saya ambil dan belajar balik. Saya memang belajar dari dia dan apa yang kurang saya tanya Haqiem,” jelasnya.

Dalam pada itu, Haqiem turut memuji kesungguhan Ariff memperbaiki kekurangannya setiap kali membuat persembahan.

“Banyak perubahan dia sebenarnya. Tapi kita bekerja sebagai satu pasukan, kita naik pentas as a team, jadi kami menang pun sebagai satu pasukan,” katanya.

Terdahulu, Ariff dan Haqiem kembali merampas kedudukan pertama dan memenangi Duo Terbaik bagi minggu keempat Famili Duo.

Selain Ariff dan Haqiem, program yang dikendalikan oleh Janna Nick dan Izzue Islam itu turut disertai barisan artis hebat seperti Ryan dan Adam, Shila dan Syahir, Syaiful dan Sharif, Adira dan Emma, Tom dan Fuad.

Orang ramai boleh menonton Famili Duo setiap hari Ahad , jam 9 malam, di TV3 atau secara strim di platform Tonton.

ARTIKEL BERKAITAN: Famili Duo: Kembali Rampas Kedudukan Pertama, Haqiem Rusli & Ariff Bahran Enggan Terlalu Selesa

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 8 Feb 2018

ZUL ARIFFIN ‘HADIAH’ ULANG TAHUN LOFA?

Mungkinkah fenomena #Lofattah bakal berulang kembali?

Trending Mon, 31 Dec 2018

Mayat Tiga Beradik Akibat Lemas Sudah Ditemui

Operasi SAR di air pagi ini bermula pada kira-kira pukul 7 pagi dan diperluaskan ke kawasan 10km melibatkan 12 anggota dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Hiburan Sat, 20 Apr 2019

Bertahan Hanya 2 Tahun, Adele Sah Bercerai

Tiada lagi komen lanjut memandangkan keduanya meminta diberi ruang buat sementara waktu.

Hiburan Wed, 18 Mar 2020
Featured Fri, 3 Sep 2021

Tempoh Pembaharuan Lesen LKM, LMM Dilanjutkan Sehingga…

Tempoh pembaharuan lesen dilanjutkan gaisss!

Featured Tue, 14 Feb 2023
Hiburan Sun, 19 Nov 2023