Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi November 7, 2023 @ 2:15pm

Afieq Shazwan Murung Adegan Mesra Bersama Fasha Sandha Dikritik, Pernah Rasa Tak Mahu Berlakon Lagi – “Saya Mengaku Itu Memang Salah”

Pelakon dan penyanyi Afieq Shazwan mengakui murung selepas dihentam warga maya gara-gara berkongsi beberapa gambar adegan mesra bersama aktres popular, Fasha Sandha di Instagram (IG) baru-baru ini.

Pemilik nama Mohammad Shafieq Shazwan Zamros ini berkata, dia perlu melalui tempoh bertenang selama seminggu untuk meredakan situasi itu.

“Saya tak baca komen. Memang murung sekejap dan saya perlu mengambil masa dalam seminggu untuk redakan rasa itu.

“Sampaikan saya cakap pada diri saya, ‘Ya Allah salah sangat ke apa aku buat ni kan?’. Tetapi saya akui apa yang saya buat itu memang salah. Salah tetap salah. Biasalah mulut orang kita tak boleh nak tutup

“Saya pun berbincang semula dengan Kak Fasha dan dia pesan pada saya, ‘Kalau tak nak kacau mood serta mental kita ni jangan baca komen-komen itu’,” katanya ketika ditemui XTRA.

Afieq ditemui ketika penggambaran filem Saka Perawan di Teratak Angah Chalet, Kemensah pada petang Isnin.

Tambahnya lagi, dia turut merasakan enggan lagi menceburi bidang lakonan dek kerana kontroversi tersebut namun menganggap ia adalah onak duri yang perlu dilalui anak seni.

“Adalah juga saya rasa macam tu (berhenti berlakon) sampaikan saya cakap dengan pengurus saya, ‘Dah lah bang, saya tak nak berlakon dah lah’.

“Sebab waktu itu saya rasa ‘down’ sekejap tetapi itulah bidang seni. Apa yang saya boleh katakan sekarang ni saya memilih sikit untuk lakonkan sesuatu babak tu.

“Bukan sebab saya ni bagus ke apa cuma saya takut benda-benda yang sensitif seperti ini berlaku lagi,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Afieq dan Fasha menuai kecaman warga maya selepas memuat naik beberapa foto aksi mesra mereka bagi sebuah drama.

Filem Saka Perawan adalah sebuah filem bergenre seram komedi arahan Dr Ahmad Idham Nadzri yang dibarisi pelakon dan pelawak hebat tanah air seperti Isyariana, Sophia Albarakbah, Nelissa Nizam, Afieq Shazwan, Datuk Fauziah Nawi, Azlee Senario, Mamak Puteh, Man Raja Lawak, Anne Abdullah dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 12 Nov 2025
Hiburan Thu, 5 Jun 2025

Dikritik Gara-Gara Mahu Lelaki Jaga Solat, Nadia Brian Sindir Netizen – “Alhamdulillah… Rupanya Yang Mengecam Semua Ahli Syurga”

Pelakon jelita, Nadia Brian tetap meluahkan rasa syukur meskipun menerima kecaman hebat daripada netizen susulan kenyataannya mempersoalkan kewujudan lelaki bujang yang menjaga solat, berkerjaya serta memiliki akhlak yang baik. Menerusi satu hantaran di platform Threads, […]

Featured Wed, 7 Jul 2021

Sistem Kesihatan Di 4 Negeri Ini Akan Lumpuh Jika…

Empat negeri masih menunjukkan peningkatan kes harian baharu melebihi kapasiti maksimum hospital di negeri tersebut iaitu lebih 38 kes baharu harian bagi setiap negeri. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata empat […]

#ThrowbackXTRA Wed, 12 Jul 2023
Featured Fri, 16 Apr 2021

Rentas Negeri Ke Majlis Kahwin Penyebab Kluster Baru

Semakin hari kes semakin meningkat..

Trending Fri, 13 Sep 2019

This American Company is Willing to Pay You $1000 Just For Drinking Coffee for a Month

Caffeine addicts and coffee churches, this might be your time!

error: Content is protected !!